MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

02 Februari 2013


Doa apabila terganggu dan terkejut ketika tidur 

atau rasa kesepian 


Maksudnya:

Aku memohon perlindungan dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemurkaanNya dan azabNya, daripada kejahatan hambaNya dan daripada hasutan syaitan-syaitan dan daripada syaitan mendekatiku.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus Jin menyerupai manusia.

Cuma yang berbezanya fizikal Jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala Jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi Jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan Jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan Jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seprti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta Jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

ASAL KEJADIAN JIN

AGAMA PUAK-PUAK JIN

Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.

Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir. Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan Jin.

Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang Khawasil-Khawas.

01 Februari 2013


CARA PEMBIAKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya sehingga ke hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis sehinggalah ke hari kiamat.

ASAL KEJADIAN JIN

Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning dan biru.

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.

Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

31 Januari 2013


KELEBIHAN HARI JUMAAT


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.  Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.  Antara peristiwa itu ialah :


1. Pernikahan Nabi Adam a.s dan Hawa
2. Pernikahan Nabi Yusof a.s dan Zulaikha
3. Pernikahan Nabi Musa dan Shafuro
4. Pernikahan Nabi Sulaiman dan Ratu Balqis
5. Pernikahan nabi Muhammad S.A.W. dan Khadijah r.a
6. Pernikahan Nabi Muhammad S.A.W. dan Siti Aishah r.a
7. Pernikahan Ali bin Abu Talib r.a dengan Fatimah Az-Zahra r.a

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya:
“ Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

ASAL KEJADIAN JIN

Peranan Jahat Syaitan

Mengikut kajian ulama, syaitan adalah jenis jin yang jahat perangainya. Syaitan berasal daripada api dan tabiatnya menyesatkan manusia. Oleh itu ia wujud di mana saja manusia berada. Ia mempunyai kebolehan menyerupai sesuatu di alam nyata, memperalatkan tubuh manusia, malah boleh hidup dalam badan orang yang disukainya.

Selain mendatangkan punca penyakit, pengsan dan gila, jin juga kadangkala mencuri atau dipakai untuk mencuri barangan orang.

Dalam ajaran Islam kita dapat mengesan bahawa malaikat, jin dan syaitan mempunyai jalan untuk mempengaruhi manusia supaya melakukan kebaikan atau sebaliknya.

Mengikut sebuah hadis Turmizi, “Malaikat menggunakan jalan itu untuk meniupkan ilham yang baik maka syaitan pula menyampaikan bisikan jahat dan mendustakan Allah…”

Orang yang bersih jiwanya dapat mendengar suara ilham yang disampaikan oleh pelawat di hadrat hati. Oleh itu, orang berkenaan berasa lapang dada dan terdorong untuk beramal. Malah ilham sendiri menjadi faktor penting jiwanya berasa gembira. Orang yang kotor jiwanya didatangi oleh jin atau syaitan. Malah mengikut surah al-Zukhruf ayat 36, Allah menyediakan satu syaitan secara tetap dalam hati yang kosong daripada zikir.
Syaitan itu menjadi sahabat karibnya. Surah Fussilat ayat 25 menghuraikan kerja syaitan berkenaan iaitu membisikkan kata-kata manis dan menghayalkan.

Mereka Sangat Dikehendaki

Antara perawat di kalangan 24 orang ahli Darussyifa' Cawangan Jasin yang sangat dikehendaki membantu pesakit di daerah Jasin

  
       Wak Seli                                Ust Zul

Program Nelayan Darat Cuti Tahun Baru Cina

Sahabat-sahabat Darussyifa' Cawangan  Jasin yang ingin bersama menyertai nelayan darat ,jangan lupa kita ke  destinasi nelayan darat ! Pastikan kelengkapan nelayan yang cukup. Hari tu kita berehat daripada sebarang aktiviti merawat.  Hubungi Wak Seli atau Tok Man untuk urusan ke sana.

KUMPULAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA


Antara kumpulan ajaran sesat di Malaysia ialah

1.       Nasrul Haq
2.       Budi Suci
3.       Al-Watan
4.       Budi Suci Sejati
5.       Jawa Faradin
6.       Silat Sunda Pukulan Ghaib
7.       Tusuk Hikmat
8.       Ilmu Kebatinan
9.       Potong Maya
10.   Naluri
11.   Kaula
12.   Haqqullah Syahadah
13.   Rampai
14.   Wali Suci
15.   Kalimat Sakti
16.   Silat Pukulan Jarak Jauh
17.   Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18.   Zikir Sha’ban Islam Haq
19.   Asal Wujud Garis Laksmana
20.   Al-Ma’zat
21.   Trancendental Meditation – Maharisi Mahish Yugi
22.   Ilmu Kebatinan
23.   Abdul Manan bin Harun – tolak hadis
24.   Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T. Qahar
25.   Kumpuylan Ikhwan/al-Mas
26.   Kuasa Ghaib (Tahan Diri)
27.   Mohd Nordin Putih
28.   Nasrun S.T. Qahar
29.   Rslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30.   Tariqat Naqsyabandiyyah Kadirun Yahya
31.   Wali Sembilan
32.   Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33.   Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34.   Ajaran Mohd Seman al-Banjari
35.   Al-Arqam
36.   Golongan anti hadis
37.   Ajaran oleh Juruzon bin Abd Latif @ dikenali Hj Ahmad al-Walidie
38.   Syiah
39.   Ajaran Hj Ghazali Othman Hulu Kelang
40.   Ajaran Hj Kadar Ahmad
41.   Ajaran Ilmu Tajali Ahmad Laksamana
42.   Ajaran Ilmu Hakikat @ Jahar Dumin Hulu Langat
43.   Tarikat Mufaridiah
44.   Ajaran Hassan anak rimau
45.   Tarikat Aurad Ismailiah
46.   Ajaran Martabat Tujuh
47.   Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
48.   Ajaran Sulaiman (Bahtera Nabi Noh)
49.   Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
50.   Ajaran Ahmadiah/Qadyani
51.   Ajaran Mohd Nor Seman
52.   Ajatran Ayah Pin
53.   Ajaran Bahai
54.   Al-Maunah
55.   Ajaran Azhar Wahab
56.   Ajaran Hj Banuar

Antara kepercayaan atau amalan kumpulan ajaran sesat ini ialah:

1.   1.      Mempercayai orang mati boleh memberi pertolongan apabila diseru 
        namanya
2.     Bersumpah tidak akan menceritakan ajaran yang diikutinya kepada orang 
        lain,
3.     Mengaku dirinya atau gurunya sebagai nabi
4.     Mengaku dirinya memiliki barang-barang peninggalan Rasulullah SAW  
        seperti pedang dan sebagainya
5.     Mempercayai semua ajaran agama adalah sama dan semua menuju ke 
        syurga
6.     Mengakui diri sebagai wali atau mempunyai keramat
7.     Mempercayai gurunya boleh memberi syafaat di akhirat
8.     Mengakui dirinya atau gurunya sebagai Imam Mahdi
9.     Meninggalkan sembahyang Jumaat kerana bersuluk.

  

29 Januari 2013


TANDA-TANDA SESEORANG/ KELUARGA ITU TERKENA SIHIR 

  • Suka bergaduh dan lekas naik darah panas sehingga bercerai-berai, pukul memukul dan sebagainya. 
  • Hilang ceria diri dan rumah kediaman. 
  • Sakit yang berlari-lari atau sakit diantara kulit dan isi yang tidak dapat dikesan oleh doktor pakar melalui kaedah saintifik. 
  • Menjelma masuk kedalam badan hingga lupa diri. 
  • Mimpi yang menakutkan dan menzahirkan beberapa perkara yang merosakkan serta menakutkan seperti: 
a.                  Api menyala dengan sendiri
b.                  Bunyi orang berjalan
c.                  Menangis
d.                  Bau-bauan, bunyi bising dan sebagainya.

Antara sebab-sebabnya ialah: 
  • Masaalah perniagaan seperti berkedai, berjaja, kontraktor dan sebagainya.
  • Putus pertunangan.
  • Masaalah pertunangan yang tidak ditunaikan.
  • Rebutan pangkat kedudukkan dalam masyarakat, swasta dan kerajaan.
  • Rebutan harta pusaka.
  • Irihati dengan jiran-jiran sebelah.
  • Cemburu, jahat sangka dan lain-lain yang seumpama. 
TANDA-TANDA SAKIT ATAU TERKENA GANGGUAN DARI MAKHLUK HALUS ADALAH MELALUI: 
  • Mimpi.
  • Perubahan atau sakit pada tubuh badan.
  • Gangguan dirumah atau dipersekitaran.
  • Mempelajari atau mengamalkan ilmu yang salah atau berunsurkan syirik.
  • Menggunakan makhluk halus untuk menjaga hartabenda, kediaman, diri dan sebagainya. 
Al-Quran memperakui tentang adanya jin-jin. Terangkum dalam golongan jin ialah iblis dan syaitan. Begitu juga dengan keterangan hadis-hadis. Malah Al-Quran sendiri menyatakan Allah menjadikan jin itu lebih awal daripada Adam. Pada dasarnya jin-jin ini sukar mengganggu fizikal manusia kerana nature kejadian makhluk ini dengan manusia adalah berbeza. Apa yang sering berlaku ialah gangguan pada roh manusia yang disalurkan melalui mimpi. Kerana itulah maka apabila seseorang itu diganggu oleh makhluk ini ia akan menghadapi masaalah ketika tidur.

GANGGUAN KETIKA TIDUR

1.     Gangguan ketika tidur sering berlaku apabila seseorang itu hendak lena, juga   
        ketika sedang tidur nyenyak.
2.     Mungkin seseorang itu terasa perutnya ditusuk dengan jarum, lembing atau 
        benda tajam yang tidak kelihatan.
3.     Di langgar kenderaan menyebabkan darah kelihatan bertaburan.
4.     Di terkam oleh makhluk yang menakutkan dan sebagainya sebaik-baik sahaja  
        hendak lena.
5.    Sering bermimpi melihat makhluk ganjil, hitam , tinggi lagi menakutkan.
6.    Dikejar dan ditangkap oleh makhluk besar lalu diselamkan dalam air  
       menyebabkan pesakit terasa lemas, tercungap-cungap sukar bernafas.
7.    Mimpi melihat binatang yang menakutkan.
8.    Mimpi berada ditempat asing lagi menggerunkan seperti berjumpa mayat atau  
       berjumpa orang yang meninggal dunia.
9. Terasa seolah-olah berada di awang-awangan, di tempat tinggi, di gunung ataupun hutan lalu jatuh ke bumi.

Gangguan yang menakutkan dan menyakiti seperti ini datang lagi sebaik-baik sahaja seseorang itu memulakan tidurnya lagi. Pengalaman seperti ini menyebabkan seseorang itu rasa takut dan bimbang hendak menyambung tidur.


SOLAT TAHAJJUD


Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.


KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

.
    1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
    2. Doa dimakbulkan Allah.
    3. Memperolehi ketenangan jiwa.
    4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
    5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
    6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
    7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
    8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
    9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
    10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
    11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
    12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
    13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
    14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
    15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
    16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
    17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
    18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.