PERBOMOHAN MENURUT ISLAM
Menurut Islam, hukum menggunakan khidmat bomoh atau seumpamanya
dalam perubatan tradisional terbahagi kepada dua iaitu harus dan haram.
Keharusan menggunakan khidmat bomoh dalam perubatan tradisional
tidak bersifat mutlak. Ia dibatasi dengan syarat tertentu seperti;
· Perubatan bomoh itu menyebut nama Allah atau
salah satu namanya.
· Menggunakan ayat Al-Quran dan doa yang diamalkan
oleh nabi dan rasul.
· Menyakini bahawa perkara itu tidak dapat memberi
kesan secara tersendiri, bahkan adalah dengan ketentuan Allah SWT.
Perubatan bomoh menjadi haram jika;
- Cara rawatannya itu bertentangan dengan syarak. Misalnya,
menggunakan khidmat jin, pemujaan, jampi, mentera dan sebagainya yang
tidak mengikut cara rawatan yang diharuskan oleh Islam.
- Orang yang berubat benar-benar beriktikad bahawa bomoh itulah
menyembuhkan pesakitnya tanpa bergantung kepada Allah.
Kesan daripada amalan mempercayai bomoh ini sangat besar. Ia telah
menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Jika ia terus diamalkan, akan
mendatangkan imej buruk kepada Islam dari pandangan agama lain.
Akidah adalah penentu kaitan seseorang dengan Islam, manakala
syariah pula sebagai pengukur keteguhan dan kekuatan akidah. Akidah Islam
adalah akidah yang bebas daripada sebarang unsur syirik dan khurafat. Syirik
adalah pencemaran terhadap akidah, sementara khurafat adalah pencemaran
terhadap kewarasan berfikir.
Menggunakan khidmat bomoh yang mengubati dengan cara yang salah
seperti menggunakan khidmat jin, jampi mantera dan pemujaan bukanlah jalan
penyelesaian yang hakiki bagi semua penyakit dan masaalah yang dihadapi. Usaha
untuk menyelesaikan sesuatu masaalah digalakkan oleh Islam. Tetapi, biar
bertepatan dengan fitrah kemanusiaan dan selari dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah.
Setiap bomoh hendaklah merasakan bahawa setiap sesuatu yang
dilakukannya itu kerana takut kepada Allah. Pada masa yang sama, orang yang
menerima rawatan daripada bomoh pula harus memastikan rawatannya tidak
bercanggah dengan Islam.
JAMPI BOLEH GUNA AYAT AL-QURAN DAN BAHASA DIFAHAMI
Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah SWT dan
sifat-Nya atau maksud disebalik kalimah atau nama Allah atau sifat-Nya.
Contohnya, mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus daripada Allah
atau kudratnya adalah kudrat Allah atau melalui mimpi berjumpa wali, malaikat
atau lainnya. Pengamalan bomoh tidak boleh diertikan sebagai maksud yang
tersirat daripada diri atau jasad dan roh Rasulullah SAW, malaikat, nabi dan
orang soleh seperti Nur Muhammad menjelma ke dalam diri dan sebagainya.
Mengikut Garis Panduan Perbomohan Menurut Islam yang di keluarkan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan