MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

15 Februari 2012

TUAN GURU DATO DR HARON DI DI SOLOK GAUNG AIR MOLEK MELAKA

Dato Dr Haron Din akan menyampaikan kuliah kepada pelajar-pelajar baru di Madrasah Arrahmah Solok gaung Air Molek Melaka pada 17 februari 2012. Program akan bermula selepas maghrib dan dijangka berakhir jam 11.00 malam.Semua AJK diminta hadir sebelum solat maghrib.

Semua pelajar baru pengambilan 3 di wajibkan hadir. Sementara itu Jawatankuasa Darussyifa Cawangan Melaka di minta hadir bersama untuk melancarkan lagi program tersebut. Semua pelajar dan AJK diminta memakai pakaian putih dan bersongkok putih.

10 Tanda Jika Seseorang Bela Hantu Raya

Seorang pendakwah bebas Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz berkata ada beberapa tanda boleh dikenal pasti bagi mana-mana individu yang membela hantu raya.Antara tanda-tandnya ialah:



* Takut bertentang mata bila bercakap
* Gementar dan keluh kesah bila berjumpa orang alim
* Hati sentiasa tidak tenang dan badan sentiasa berpeluh bila berada dalam majlis ilmu
* Gemar makan bubur kacang merah dan suka jamu orang makan pada malam Jumaat
* Walaupun usia lanjut tetapi memiliki tenaga luarbiasa bila melakukan kerja-kerja berat
* Bila keluar rumah tidak akan beritahukepada ahli keluarga terutama isteri
* Kerap bawa berpuluh-puluh telur rebus kedalam hutan
* Bila ada mesyuarat orang ramai akan patuh dan tunduk keputusannnya
* Mempunyai tenaga seks luar biasa bila bejimak dengan isteri.

Ustaz Abu Bakar berkata undividu yang bersahabat dengan hantu raya memperolehi apa hajat dengan bantuan makhluk itu