MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

01 Oktober 2011

JADUAL TEAAM DARUSSYIFA JASIN

1.  1 Oktober 2011 ( Sabtu malam Ahad ) Pagar rumah di Bukit Rambai Melaka. Bertolak jam 6.30 petang dan     berkumpul di kompleks guru Jasin.

2. 2 Oktober 2011 (Ahad malam Isnin ) Merawat rumah di Rumah Awam Chin Chin bermula selepas solat Maghrib.

Perawat Team Darussyifa Jasin sila beri perhatian

ISU GELANG MAGNATIK DAN SELAWAT SYIFA - BERSAMA TUAN GURU DATO DR HARON DIN

30 September 2011

Ustaz, apakah tanda-tanda terkena gangguan ?

Soalan ini Ustaz akan jawab selepas balik merawat nanti, malam ini di Taman Maju Jasin. Nantikan jawapannya.

30 PAIN DARAH MASUK KE DALAM BADAN TAPI HILANG BERGITU SAHAJA !!

Malam tadi (malam Jumaat 29 Okt)  Wak Berahim,Ust Yusle,Ust Zul,ust Saidi dan Ust Man ke Masjid Tanah Melaka.Perjalanan agak lewat sebab Wak lambat comfirmkan dengan sahabat-sahabat lain. Wak kesian dengan    pesakit tu sebab hampir dua minggu tingal di wad hospital Melaka dan sepanjnag tinggal di wad sudah 30 pain darah telah masuk ke dalam badan tapi yang sangat menghairankan ialah kemana perginya darah tu . Doktor yang merawat pun hairan sehingga peralatan canggih yang digunakan untuk mengesan penyakit tersebut tidak diketahui.

6 Oktober nanti pesakit itu akan dihantar ke hospital Kuala Lumpur untuk dirawat dengan alat yang paling canggih. Kalau tak boleh kesan jugak....doktor pun tak tahu nak buat apa. Macam biasalah bila wak dan rakan-rakan yang lain datang ,kami baca Yasin dan berzikir mintak pada Allah Taala sembuhkan penyakit. Selepas baca Yasin dan berzikir kami pun merawat.

Ust man yang berada dihujung kaki terus tekan bawah tapak kaki pesakit...apa lagi pesakitpun terus sendawa dan terbelahak yang menunjukkan tanda-tanda awal gangguan pada badan pesakit tersebut.Wak baca di perut,Ust Saidi,Ust Zul dan Ust Yusle tuurt sama membantu.

Bila makhluk halus tu nak keluar,pesakit membuka mulut dan menghembus nafas sekuat-kuatnya. Setelah keluar pesakit terbaring kerana keletihan yang amat sangat. Pesakit debekalkan dengan daun bidara dan air Yasin untuk diminum dan buat mandi. Mudah-mudahan Allah Taala memberi kesembuhan kepada pesakit insyallah.

Macam biasa,bila balik singgahlah kami belah mulut !! balik jam 1.30 pagi..  penat jugak ekk !!

ANDA ATAU AHLI KELUARGA ANDA MENGHIDAPI ANGIN AHMAR ?

Angin ahmar atau "angin merah" merupakan penyakit yang kerap dihidapi  oleh masyarakat kita. Kita sama-sama minta perlindungan Allah S.W.T dari penyakit tersebut. Walau bagaimana pun ada antara perawat Darussyifa Melaka khususnya daripada Team Darussyifa Jasin yang insyallah boleh merawat penyakit berkenaan. Insyallah penyakit tersebut boleh sembuh dengan usaha dan ikhtiar dan keizinan Allah Taala. Sehingga kini sebilangan daripada pesakit yang dirawat telah sembuh dan dapat berjalan seperti biasa insyallah.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi Ustaz Ibrahim b. Kamsan melalui no telefon yang terdapat di sebelah kiri blog ini.

Harap maklum.

GAMBAR PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN

Gambar ahli Team Darussyifa Jasin bersama Tuan Guru Dato Dr Haron Din sempena  Konvokesyen Pelajar Darussyifa  Melaka kali ke 2 bertempat di Puteri Resort Air Keroh Melaka.


Tok Penghulu (sebelah kiri sekali) sedang merenung jauh,selepas ni nak pagar apa lah pulak !!

Anda Tanya ,Wak Berahim Jawab

Soalan :
Ustaz ,sekiranya saya berada di luar daripada Jasin iaitu saya tinggal di Bandar baru Jengka dan ingin buat rawatan gangguan dan juga pagar rumah. Bagaimanakah caranya saya menghubungi Darussyifa dan apakah keperluan yang perlu saya sediakan ?

Jawapan:
Memagar rumah atau bangunan biasanya adalah kerana rumah atau bangunan tersebut diganggu makhluk halus antaranya diganggu melalui kelibat orang,rasa panas bila berada dalam rumah,ahli rumah sentiasa bertengkar,tidak boleh tidur dalam rumah,terdengar berbagai jenis bunyi di waktu malam dan berbagai lagi. Kebiasaannya orang yang tinggal dalam rumah juga turut diganggu ataupun dengan lain perkataan  "ada benda dlam badan" . Selalunya rumah ini kita pagar dengan menggunakan garam dan lada hitam. Sekiranya rumah sebuah kita memerlukan 5 kg garam kasar dan setengah kilo lada hitam di samping air untuk minuman  dan juga mandi atau pagar.

Perawat Darussyifa dengan bilangan ahli 5 atau 6 orang biasanya  akan membaca Yasin serta berzikir dan berdoa,kemudian air yang dibacakan itu direnjiskan di dalam rumah dan garam dan lada hitam direjam di sekeliling rumah dengan kaedah tertentu Darussyifa selepas itu barulah kita akan buat rawatan kepada mereka yang terkena gangguan..Kebiasaannya pihak kami akan melakukan pada waktu malam selepas Solat Maghrib atau Isya,

Sekiranya anda yang bertanya berada di luar daripada Jasin,anda boleh menghubungi dan membuat temujanji dengan Ustaz Yusle di talian 0123574294  atau hubungi perawat-perawat team Darussyifa Jasin melalui maklumat yang ada di sebelah kiri blog ini.

Terima kasih.

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB



Soalan 1.
Apakah cara-cara yang disarankan oleh syarak, supaya manusia boleh menghindar atau mengubati penyakit-penyakit yang disebabkan oleh Makhluk Halus. Apakah saranan atau petunjuk dari Rasulullah?
Jawapan
Bertiti tolak daripada penjelasan al-Quran yang menyebut tentang makhluk halus yang boleh membawa kemudaratan kepada manusia, kerana manusia adalah musuh mereka. Apabila sudah hidup bermusuhan maka berbagai masalah dalam masyarakat manusia.
Islam sebagai agama yang syumul telah mengajar manusia berbagai ilmu yang termasuk ilmu untuk menghindarkan diri dari gangguan makhluk halus sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran khasnya terdapat 3 surah yang terakhir iaitu al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas.
A'isyah rha menyatakan bahawa Rasullulah s.a.w telah mengajar iaitu apabila kita hendak tidur, bacalah ketiga-tiga surah ini dalam keadaan berdoa, selepas itu sapulah dengan kedua-dua tangan itu keseluruh badan sebagai suatu permohonan perlindungan daripada Allah S.W.T.
Surah al-Ikhlas memberi mesej bahawa kita hendaklah membulatkan keimanan kepada Allah Yang Esa tanpa sebarang keraguan dan kepada Allah tempat memohon segala pertolongan.
Manakala Surah al-Falaq, kita memohon perlindungan daripada Allah Yang Mengatur semua makhluk, supaya dihindari semua kejahatan makhluk-Nya, sama ada kejahatan berlaku sewaktu kegelapan malam dan kejahatan tukang sihir yang meniup dengan air ludahnya serta daripada orang yang dengki.
Surah an-Nas pula, kita memohon perlindungan dari kejahatan bisikan syaitan yang mengajak manusia melakukan berbagai angkara untuk melakukan perkara yang tidak diizinkan Allah.
Ketiga-tiga surah ini digunakan untuk menghindari atau mengubati manusia yang terkena perbuatan makhluk halus.
Dalam sebuah hadis sahih, Nabi Muhammad s.a.w, pernah cuba disihir oleh seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'sam, Jibril a.s datang mengajar Nabi bagaimana henda menghindar dan mengubati sihir tersebut maka al-muawwizat (tiga surah tadi) dijadikan amalan atau bacaan. Antaranya, amalkanlah ayatul Kursi dan seagainya.
Jelas, bahawa Islam mempunyai cara untuk mengatasi masalah yang saudara sebutkan.

29 September 2011

TEAM DARUSSYIFA NAK KE MASJID TANAH SEKARANG NI

Satu kes agak berat di Masjid Tanah,Seorang pesakit yang telah keluar dari hospital  di mana telah  kehilangan darah setelah 30 beg darah dimasukkan. Entah apa agaknya yang menyebabkan darahnya hilang. Insyallah Wak akan ceritakan nanti.
Semoga perjalanan wak dan team darussyifa Jasin selamat sampai dam selamat kembali. (Malam Jumaat ni
bang !!)

ANTARA TEAM DARUSSYIFA JASIN









BERSEMBANG DENGAN WAK BERAHIM - PANGGILAN MALAM

Hari ini Wak Berahim nak bersembang tentang pengalaman Wak bersama Team Darussyifa Jasin ketika merawat di suatu tempat di Felda Palong 12. Kalau Wak nak ceritakan memang 2 hari 3 malam tak habis...layan ajelah..
Suatu malam ketika Wak dan rakan-rakan sedang memagar rumah di Alor Gajah tiba-tiba telefon Wak berbunyi.."tut...,tutttt" dalam hati wak ini tentu emergency call,maklumlah Wak dan rakan-rakan memang sentiasa oncall ! "Assalamualaikum Ustaz saya daripada Palong 12....mintak tolong boleh tak,isteri saya dalam keadaan tak sedarkan diri hampir seminggu...tolonglah ustaz datang!!  Mak datukkkk...Palong 12...jauh tu  !!! paling tidak pun satu jam setengah perjalanan. Wak dan rakan-rakan berpandangan sesama sendiri...nak pergi ke tidak ! Akhirnya bila terkenangkan amanat Tuan Guru maka kami pun bersetuju untuk datang.

Hari tu Ust Zul yang pandu kereta ...apa lagi.. wak dan rakan-rakan di belakang tarik kusyen dan lelapkan mata.Waktu kami bertolak tu jam sudah menunjukkan pukul 10.00 malam. Sepatutnya waktu itu kami dah "belah mulut" atau pun istilah ust Yusle "Potong" !!

Setibanya di Palong 12 kami pun dijemput masuk  ke dalam rumah...melangkah sahaja ke dalam rumah kami dikejutkan dengan dengan pandangan seorang perempuan dalam lingkungan umur 20an. Matanya yang terbeliak membuatkan kami tersentak. Wak dan rakan-rakan terus meminta bahan-bahan yang diperlukan untuk rawatan memagar rumah antaranya garam kasar,air dan juga lada hitam. Ust Yusle yang juga Sheikul Kabir dalam team kami mengepalai bacaan Yasin dan zikir. Sewaktu wak dan rakan-rakan membaca Yasin dan Zikir...perempuan yang membuntangkan mata tersebut mengelupur dan meniarap seraya menjelirkan lidahnya yang panjang persis seekor biawak !! matanya yang meliar dan menyusur lantai ada ketikanya menyebabkan kami terkojut ! " Tak pernah kami jumpa pesakit yang macam ini," kata  Ustaz Azli terkezut !

Selepas bacaan Yasin,zikir dan doa ,wak pun terus azan. Selepas Azan kami pagar bahagian dalam rumah menggunakan air Yasin dan garam serta lada hitam kami gunakan untuk pagar bahagian luar rumah disertai dengan bacaan ayatuk Kursy. Selesai sahaja memagar kami pun mula merawat.

Mak datukkkkk kuatnya pempuan ni ! kami berlima Ust Saidi,Ust Yusle,Ust Zul,Ust Azli dan Ust Man? terus memegang 4 penjuru badan sambil membaca ayat-ayat tertentu menyebabkan jin yang ada di dalam badan pesakit itu mengelupur  kesakita.  Rupanya jin tersebut berada di belakang badan pesakit. "Siapa kau?" kata ust Saidi..." Aku Zaidi" kata pesakit itu..."Kenapa kau kacau dia....aku hendak engkau keluar dari badan ini sebelum aku seksa engkau" ..Jin itu menjerit  " sakitttttttttttt....aku keluar,aku keluar"

"Aku hendak kau keluar sekarang jugak !"  Yelah...aku keluar" kata jin itu kesakitan."Aku hendak engkau jangan masuk lagi dalam badan perempuan ini, sekali lagi kalau engkau datang...tahulah nasib kau" jerkah Ustaz Zul .Setelah jin itu keluar dari badan,perempuan itu pun sedar macam sediakala,sedangkan hampir seminggu tidak sedarkan diri.

Bergitulah keadaan mereka yang dirasuk makhluk halus dengan sebab di puja atau pun disihir. Mereka yang tidak pernah dirasuk mestilah mempersiapkan diri dengan pendinding. Jangan tinggal solat,tutup aurat dan tidak meninggalkan atau menentang hukum Allah.

Wak nasihatkan diri wak serta pembaca sekelian supaya mentaati perintah Allah dan Rasul. Banyakkan ibadat seperti membaca AlQuran,zikir serta solat kerana dengan yang demikian terhindar diri kita dari gangguan makhluk halus.

Sebenarnya ada banyak lagi kisah-kisah benar yang Wak serta Rakan-rakan Team Darussyifa Jasin alami dan akan cuba Wak ceritakan nanti. Ikuti  kisah selanjutnya dalam siri-siri yang akan datang.

28 September 2011

ANTARA KEGIATAN TEAM DARUSSYIFA JASIN

Antara kegiatan kami ialah membantu masyarakat tidak kira apa latar belakang,kaum,fahaman politik mahupun agama. Apa yang penting mereka sembuh dengan izin Allah sama diganggu oleh makhluk halus ataupun manusia. Gambar menunjukkan program "memagar" kawasan Taman Buaya di Melaka. Mudah-mudahan pengunjung ataupun petugas yang melawat di Taman Buaya tersebut sentiasa dalam keadaan selamat

SEJARAH DARUSSYIFA MELAKA


Pada 5 Ogos 2006 Cawangan Darussyifa’ Melaka yang baru berusia 3 bulan telah mengorak langkah seterusnya dengan menyediakan peluang kepada penduduk-penduduk Islam diselatan tanahair khususnya disekitar Melaka untuk mengikuti Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’.
Pada 5 Ogos 2006, majlis pelancaran Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Majlis pelancaran Kuliah Pengubatan yang pertama dan untuk kumpulan yang pertama ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah, Solok Gaung, Air Molek Melaka bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

Pada tahun 2004, enam orang sahabat yang menetap di Melaka telah berazam untuk belajar ilmu Pengubatan Islam yang dianjurkan oleh Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi. Mereka telah diterima belajar untuk sessi 2005/2006 dalam Kumpulan ke-17. Mereka telah berulang-alik dari Melaka ke Bandar Baru Bangi setiap hari Isnin dengan berkongsi menaiki MPV selama setahun untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Alhamdulillah dengan berkat kegigihan akhirnya mereka telah diijazahkan pada penghujung tahun 2005. Mereka kemudiannya telah mencadangkan kepada Darussyifa’ Pusat supaya Darussyifa’ Cawangan Melaka ditubuhkan. Cadangan mereka telah direstui, kemudian pada 24 April 2006 cawangan Melaka ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Cadangan untuk mengadakan Kuliah pengubatan di cawangan ini adalah cetusan dari enam sahabat ini yang terdiri daripada Ustaz Faisol Sheikh Mohamed, Ustaz Awang b Abdul Rahman, Ustaz Ibrahim, Ustaz Mohd Diah, Ustaz Kamarulzaman b Ahmad, Tuan Haji Nordin b Hj Yusof dan juga seorang peserta kumpulan yang terdahulu iaitu Tuan Haji Saad yang melihat bertapa perlunya kelas tersebut diwujudkan untuk manfaat peserta dari selatan khususnya di Melaka.

Seramai 130 orang telah membuat permohonan untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ di Melaka ini bagaimanapun setelah di temuduga hanya 113 orang sahaja yang telah diterima iaitu terdiri daripada 94 orang lelaki dan 19 orang wanita.
Kuliah Pengubatan Islam yang kedua akan bermula pada hari Ahad 27 Ogos 2006 bertempat di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah ini juga. Kuliah seterusnya akan berlangsung selama setahun dengan kekerapan 2 kali sebulan dan diadakan pada hari Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

AHLI-AHLI TEAM DARUSSYIFA JASIN

Berikut adalah ahli-ahli team Darussyifa Jasin yang aktif memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan.Mereka terdiri daripada :

1. Ustaz Faisol Sheikh Mohamad
2. Ustaz Yusle b. Hj Yusof   Tel - 0123574294
3. Ustaz Ibrahim b Kamsan
4. Ustaz Zulkifli b. Ahmad
5. Ustaz Saidi Sulaiman
6. Ustaz Nordin b Hj Yusof
7. Ustaz Shamsudin b Hj Ali
8. Kamalruzaman b. Ahmad
9. Ustaz Azrol
10. Ustaz Azman
11. Ustaz Abdullah Suhaimi


Serta beberapa nama lagi yang akan disiarkan nanti

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.
Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.
Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan. 
1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

CERPEN DSYIFA


Bacaan selawat tiba-tiba berkumandang dari telepon bimbit Azman, tersentak sebentar Azman dari lamunan. Dia mencapai telepon tersebut, terpapar nama Ustaz Saiful di skrin tersebut. Dalam hatinya oh! Ustaz Saiful yang telepon. Dia menjawab panggilan tersebut dengan terus melafazkan ucapan salam kepada Ustaz Saiful.
“Azman, enta kerja tak hari Sabtu ini” Ustaz Saiful bertanya.
“Tidak, kenapa Ustaz? kata Azman.
“Ana bercadang nak ke Baling Kedah ada jemputan Kahwin. Ana mungkin pergi seorang sahaja, kebetulan kereta ana ada masalah untuk jalan jauh”
“Ana nak mintak tolong enta temankan, kalau boleh naik kereta enta, ana tanggung minyak dan tol, boleh ke?”
“Insya’Allah, tak ada masalah Ustaz” jawab Azman dengan gembira.
Azman bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah Bangunan 15 tingkat di Bangi, dia bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan disitu. Hampir lima belas tahun dia telah bekerja disitu iaitu sejak dia berumur 23 tahun.
Pada pagi Sabtu itu Azman dan Ustaz Saiful telah bertolak dari Bangi kira-kira pukul 8 pagi menuju ke Baling. Mereka sampai di Kupang, Baling hampir dengan waktu Zohor. Selepas solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim di Masjid Kupang, mereka terus ke tempat kenduri.
Ustaz Saiful memeluk erat sahabat lamanya Ustaz Umar yang agak lama tak bertemu hampir dua tahun. “Enta datang seorang sahaja ke, keluarga tak ikut sekali? Tanya Ustaz Umar.
“Anak ana yang tua nak ambil SPM dan yang nombor tiga nak ambil UPSR, mereka ada kelas tambahan hari ini” Ustaz Saiful menerangkan.
“Ana datang dengan Sahabat baik ana ini, Ustaz Azman” Ustaz Saiful memperkenalkan Azman.
“Saya bukan Ustaz, panggil Azman sahaja” Sambil tersenyum, Azman cuba merendahkan diri dihadapan Ustaz Umar.
Ustaz Saiful dan Ustaz Umar bersahabat sejak perkenalan mereka ketika menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Hampir sejam juga mereka di rumah Ustaz Umar.
“Terlanjur kita dah sampai Baling ni mari kita singgah di Kulim sekejap, ana nak berjumpa dengan Sahabat ana di Kampung Kelang Lama, boleh ke Azman?” kata Ustaz Saiful kepada Azman.
“Ok, ustaz! No problem” jawab Azman dengan gembira.
Ketika memandu menuju ke Kulim, mereka telah tersesat jalan, lalu mereka berhenti dihadapan sebuah Stesen Telekom. Ustaz Saiful pergi ke pondok pengawal bertanyakan jalan yang betul ke Kulim. Ketika Ustaz Saiful sedang bercakap dengan Pengawal Keselamatan tersebut, Azman teringat ketika dia mula-mula berjumpa dengan Ustaz Saiful.
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, jiran sebelah rumah Azman, Hisham menyerahkan borang permohonan untuk belajar di Darussyifa’. Bila terima borang tersebut, Azman berkata kepada Hisham “Saya tak beranilah nak belajar di Darussyifa’, Quran pun aku baca sangkut-sangkut”.
“Inilah peluang kita nak tingkatkan diri kita, sekurang-kurangnya kita boleh menghadiri kelas Tajwid untuk perbaiki bacaan al-Quran kita” kata Hisham kepada Azman.
“Beginilah Azman, engkau lakukanlah solat sunat istikharah, mohon ilham dari Allah supaya buat keputusan sama ada nak belajar atau tidak di Darussyifa’” tambah Hisham lagi.
“Aku bukan apa, anak kecil kau tu selalu sangat menangis tengah-tengah malam, kalau kau belajar ilmu pengubatan Islam, kau sendiri boleh rawat anak kau tu” Hisham menegaskan lagi.
“Ok lah Hisham aku cuba lakukan solat istikharah” kata Azman.
Selang seminggu, Azman menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Hisham. “Insya’Allah aku cuba belajar di Darussyifa’, selepas solat istikharah, hati aku rasa berkobar-kobar nak belajar pulak” terang Azman kepada Hisham.
“Alhamdulillah” kata Hisham.
Azman telah menghadirkan diri di sessi temuduga untuk kemasukan pelajar baru. Salah satu soalan yang ditanya, calun disuruh memperdengarkan bacaan Surah al-Fatihah kepada panel penemuduga.
“Bacaan Surah al-Fatihah suadara sangat tidak memuaskan, saudara kena perbaikinya. Bacaan al-Fatihah adalah bacaan asas yang menjadi rukun solat. Kalau al-Fatihah tak betul, solat akan jadi tidak sah” Tegas Ustaz Rashid kepada Azman dalam sessi temuduga.
Selesai sessi temuduga, Azman rasa agak kecewa, ini kerana dia yakin dia tidak diterima belajar di Darussyifa’.
Selang sebulan. Petang itu telepon Azman berdering. Salam diberi diikuti dengan pertanyaan “Boleh saya cakap denga En Azman”.
“Ya saya Azman bercakap, siapa ni?” tanya Azman
“Saya Jufry dari Darussyifa’, tahniah! En. Azman telah diterima untuk belajar di Darussyifa’. Sila hadirkan pada hari pendaftaran Ahad yang akan datang ini”
Hati Azman sungguh gembira tidak terkira. Azman memasangkan tekad untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Malam itu dia lakukan solat hajat memohon Allah membantunya agar dia dapat meningkatkan dirinya dalam ‘ilmu agama dan al-quran.
Dia tidak mahu, ketika belajar di Darussyifa’ nanti merasa rendah diri kerana tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.
Pada keesokan harinya, ketika sedang bertugas di balai pengawal, seorang lelaki berkupiah putih datang menghampirinya.
“Assalammu’alaikum, boleh saya tanya Surau di tingkat berapa?
“Wa’alaikummussalam, di tingkat tiga encik. Encik nak berjumpa dengan siapa? Tanya Azman.
“Saya nak menyampaikan Kuliah Agama” Ustaz itu menjawab sambil tersenyum.
“Oh! Ustaz rupanya, boleh saya tahu nama Ustaz, bukan apa saya nak rekodkan dalam buku ini sahaja” Azman menambah.
“Nama saya Saiful bin Kamaruddin, panggil saya Ustaz Saiful sahaja” jawab Ustaz Saiful sambil tersenyum.
Itulah pertama kali Azman bertemu dengan Ustaz Saiful. Tujuh tahun telah berlalu, terasa sekejap sungguh, Azman dan Ustaz Saiful telah menjadi sahabat baik.
Sejak berkawan dengan Ustaz Saiful, Azman telah banyak berubah. Sehinggakan pada suatu subuh pagi Jumaat di sebuah surau di kawasan tempat dia tinggal imam tidak muncul-muncul untuk mengimamkan solat Subuh.
Masing-masing tolak menolak tidak mahu jadi imam kerana tidak hafal surah as-Sajadah. Salah seorang jamaah tiba-tiba menolak Azman supaya kehadapan untuk menjadi imam.
Azman terus mengimamkan solat Subuh itu. Selepas al-Fatihah di rakaat pertama dia membaca Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua Surah al-Insaan.
Selesai solat subuh, jamaah surah ucap tahniah kepadanya.
“Bila engkau belajar Quran ini, sedap betul kau baca tadi, Alhamdulillah, kau boleh jadi imam ni” kata salah seorang jamaah.
Azman teringat ketika mula-mula berpindah di taman itu sepuluh tahun yang lalu, dia ditegur banyak kali dalam majlis tadarus al-Quran di bulan Ramadhan kerana banyak yang salah dari yang betul dalam bacaan al-Quran yang dibacanya. Sejak itu dia terus malu nak ikut serta majlis tadarus.
Mereka sampai di Kampung Kelang Lama, Kulim agak lewat kerana tersesat jalan. Mereka singgah di Sebuah Masjid berhampiran yang berhampiran. Jamaah Masjid baharu sahaja selesai solat Asar berjamaah. Ada sebahagian jamaah masih bersembang di kaki lima Masjid.
Ustaz Saiful memberi salam dan bertanya kepada salah seorang jamaah di Masjid tersebut.
“Assalammu’alaikum pakcik, boleh saya bertanya, Pakcik kenal tak dengan Ustaz Mohd Nur Ismail, kalau tak silap saya dia tinggal di sekitar kampung ini”
“Oo! Ustaz Mohd Nor tak tinggal disini lagi dia dah pindah ke Gurun” kata Pakcik tersebut dengan menampakkan gigi hadapannya yang tinggal sebatang.
“Terima kasih pakcik” kata Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful menampakkan raut keletihan di wajahnya kerana tidak sampai hajat nak berjumpa kawan lama.
Mereka berdua mengambil wuduk kemudian lakukan solat Tahiyatul Masjid. Setelah itu mereka duduk di tangga hadapan masjid untuk berehat sebentar. Mereka tidak lakukan solat Asar sebab telah melakukan Jamak Taqdim.
Tiba-tiba mereka berdua di tegur oleh seorang pakcik yang dalam lingkumgan umur 70 tahun.
“Assalammu’alaikum” kata pakcik itu
“Wa’alaikummussalam” jawab mereka berdua.
“Anak berdua ni dari mana, dari Kuala Lumpur ke?”
“Ya Pakcik, kami dari Bangi, macam mana pakcik tahu?” kata Azman.
“Oo, Pakcik tengok kereta tu macam kereta orang Kuala Lumpur? Pakcik itu menerangkan.
“Anak berdua ni orang Ustaz Haron Din ke” tanya Pakcik itu meneruskan perbualan.
“Saya Saiful dan ini Azman, Azman ni memang orang Ustaz Haron Din, saya belum lagi” Ustaz Saiful menambah.
“Azman memang anak murid Ustaz Haron Din, macam mana pakcik tahu Darussyifa’ ” tambah Ustaz Saiful.
“Oo! Pakcik nampak di belakang kereta tu ada tulis Darussyifa” Pakcik itu menambah sambil menunjukkan ke arah kereta Azman.
Azman memang melekatkan stiker Darussyifa’ di keretanya sejak stiker itu dikeluarkan.
“Pakcik berhajat untuk menjemput anak berdua ke rumah Pakcik untuk minum petang. Boleh kita sambung berbual, kalau tak keberatan. Rumah Pakcik dekat situ sahaja” Kata pakcik itu dengan tersenyum sambil menunjukkan ke arah rumahnya.
Pakcik itu mengajak dengan bersungguh-sungguh akhirnya mereka tidak dapat menolaknya.
“Terima kasih, kerana sudi terima jemputan Pakcik” kata pakcik itu dengan gembira.
“Boleh saya tahu nama Pakcik” Azman bertanya.
“Oh! Terlupa pulak pakcik nak perkenalkan diri, nama pakcik, Haji Hussin, orang kampung panggil Pak Husin sahaja, pakcik ni siak di Masjid ini” Pak Hussin menerangkan.
Kami berjalan ke rumah Pak Husin bersama-sama. Kawasan sekitar sungguh tenang dan damai diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup pokok-pokok getah di sekeliling rumah Pak Husin.
Kelihatan daun-daun kering pokok getah yang berguguran melekat di sarang labah-labah berayun-ayun di tiup angin.
Tidak jauh di halaman rumah itu terdapat pokok ciku yang sedang lebat buahnya dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni menghiasi laman rumah tersebut.
Rumah Pak Husin ialah rumah Kampung yang masih unik dengan keaslian kampungnya. Bahagian hadapan sepenuhnya kayu dan didirikan diatas tiang-tiang kayu yang tinggi melepasi kepala. Bahagian belakang dan dapurnya adalah separuh batu dan separuh kayu.
Ustaz Saiful dan Azman di jemput naik kerumah. Pak Husin pergi kedapur dan menyuruh isterinya menyediakan minuman.
Pak Husin meneruskan perbualan “Pakcik sebenarnya dah lama sangat nak ke Bangi nak jumpa Ustaz Haron Din. Ada orang kata di Darussyifa’ macam-macam penyakit boleh sembuh”
“Di Darussyifa’ kami hanya berikhtiar sahaja dengan kaedah yang dibenarkan oleh Syarak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit” Azman menambah.
“ Ada juga anak pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur tu nak bawak ke Darussyifa’, tapi asyik tangguh sahaja, ada maca-macam hal pulak. Orang kata susah juga ya nak jumpa Ustaz Haron Din” sambung Pak Husin.
“Memang agak sukar nak berjumpa dengan Ustaz Haron Din. Dia hanya merawat pada pagi Selasa dari jam 7:30 pagi hingga 1:00 tengahari.” Azman menambah
“Kalau nak dapat rawatan terus dengan dia, kita perlu mendapatkan nombor giliran 1 hingga 200, sebab itu ada yang sanggup datang beratur di Darussyifa’ sebelum waktu subuh lagi untuk dapatkan nombor tersebut” Azman menjelaskan.
“Sebenarnya, boleh saya tahu penyakit apa yang pakcik hidapi? Azman bertanya.
“Oh! Sebenarnya bukan pakcik, anak pakcik yang sakit. Pakcik mempunyai tujuh orang anak. Yang sakit anak pakcik yang bungsu. Umurnya baru 25 tahun.” Pak Husin menjelaskan dengan agak sayu.
“Siapa namanya pakcik” Azman bertanya lagi
“Hafiz, sebelum sakit dulu dia belajar di Maktab Mahmud Alor Setar. Sejak akhir-akhir ini penyakit dia makin teruk. Selalu sangat mengigil dan meronta-ronta” Pak Husin menambah.
Mereka berbual panjang hingga jam hampir menunjukkan pukul 6 petang. Pak Husin menceritakan tentang anak-anak mereka yang berjaya. Anak lelaki sulungnya bekerja sebagai Doktor di Hospital HUKM menakala anak keduanya perempuan bekerja sebagai Guru di Alor Setar. Anak yang ketiga lelaki bekerja sebagai Pegawai KWSP di Sungai Petani. Anak-anak yang lain bekerja sendiri di Terengganu dan juga di Pulau Pinang. Semuanya dah berkahwin kecuali yang ke 6 dan yang bungsu.
“Anak perempuan pakcik yang nombor enam, Hafizahlah yang banyak membantu menguruskan Hafiz” kata Pak Husin
“Pakcik dah bercerita panjang, tetapi pakcik tak cerita lagi, apa penyakit Hafiz” Ustaz Saiful mencelah.
“Terlupa pulak pakcik nak bagi tahu, mula-mula dulu Sawan tapi orang kata Hafiz kena penyakit Gila Babi, dah enam tahun, pakcik dah berubat merata, tapi Allah belum izinkan untuk sembuh” Pak Husin menerangkan dengan sayu.
Seketika kemudian isteri Pak Husin datang duduk di sebelahnya. “Ustaz! kalau Ustaz boleh ubat, ubatlah anak makcik ini” kata isteri Pak Husin dengan nada mengharap.
“Boleh kami tengok Hafiz, pakcik” Azman bertanya.
“Boleh, mari pakcik bawa ke biliknya di bawah sana” Pak Husin dan isterinya bangun dan membawa kami ke bilik hafiz yang terletak di bahagian dapur rumahnya. Ketika itu kelihatan Hafiz sedang tidur.
Setelah Azman memerhatikan keadaan Hafiz dia pun berkata “Saya rasa ubat penyakit ini ada di depan rumah pakcik”
“Mengikut kata Guru saya, Allah menurunkan penyakit dan penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu penyakit itu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu penyakit itu” Azman menambah.
Dengan agak terperanjat Pak Husin terus berkata “Ya ke? kalau begitu saya merayu kepada Ustaz tolonglah usahakan”
Azman terus menerangkan kepada Pak Husin iaitu untuk mengubati penyakit Gila Babi ini ialah dengan menggunakan daun kering yang gugur melekat di sarang labah-labah. Azman memberitahu Pak Husin, dia nampak banyak daun kering yang melekat di sarang labah-labah berhampiran dengan rumah Pak Husin.
Azman bersama dengan Ustaz Saiful dan Pak Husin pergi mengambil daun kering tersebut. Sebelum mengambil daun tersebut, Azman menerangkan cara-cara nak mengambil daun kering tersebut sebagaimana pesan Ustaz Haron Din kepadanya seperti berikut;
a. Sebelum mengambil daun tersebut memberi salam kepada nabi Ilyas dahulu
b .Kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Selawat ke atas Nabi
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil daun tersebut jangan bayang-bayang kita terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat pada sarang labah-labah tersebut dengan menggunakan mulut kemudian selepas ia terpisah dari sarang labah-labah pegang dengan tangan untuk disimpan
e. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai.
Setelah daun tersebut di ambil sebanyak tujuh helai, Azman meminta Pak Husin menyediakan sebaldi air biasa yang di ambil dari perigi. Kebetulan di kawasan tersebut air perigi adalah air mineral.
Kemudian Hafiz di bawa keluar dari biliknya dan dibaringkan di hadapan pintu iaitu kakinya menghadap pintu yang menghala keluar rumah.
Azman meneruskan membaca beberapa kombinasi ayat berikut iaitu;
1.Surah al-Fatihah
2.Selawat Tafrijiyah
3.Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
4.Doa Hindar Syaitan
5.Dan beberapa doa lagi
Setelah habis doa di baca, Azman tiup pada Daun Kering dan air dalam baldi tersebut. Azman ambil sehelai daun kering tersebut dan memamahnya dengan mulut bersama sedikit air yang telah didoa. Setelah itu dia menyembur kearah Hafiz dari kepala sampai ke kaki dengan mengisyarat membuang ke luar kearah pintu. Azman mengulanginya tujuh kali dengan tujuh daun yang berasingan.
Setelah itu Hafiz diberi minum dengan air tersebut dan sebahagian air itu di buat mandi. Azman berpesan kepada Pak Husin bahagikan air itu kepada tiga bahagian untuk dibuat mandi tiga kali petang. Mandi sebelum masuk waktu maghrib. Air tersebut adalah untuk membuat bilasan terakhir.
Pada petang itu ibunya memandikan Hafiz dibantu oleh kakaknya Hafizah, akhir sekali dia di bilas dengan air yang telah dibacakan doa itu.
Setelah semuanya selesai, waktu telah hampir masuk maghrib. Azman dan Ustaz Saiful meminta diri untuk beredar melakukan solat berjamaah Maghrib di Masjid. Selepas solat maghrib, Pak Husin mempelawa mereka berdua untuk makan malam.
Selepas makan malam di rumah Pak Hussin. Azman berpesan kepada Pak Husin supaya membuang pokok ciku yang di tanam di hadapan rumahnya. Ini adalah pesanan Ustaz Haron Din, kerana mengikut pengalaman beliau dipokok ciku makhluk halus suka singgah dan bermain. Gila Babi adalah sejenis penyakit gangguan spiritual yang ada kaitan dengan makhluk halus (syaitan).
Membuang pokok ciku itu adalah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus tersebut.
Sebelum bertolak balik, Pak Husin memberikan sedikit wang untuk isi minyak dan tol, sebaliknya Azman menolak kata Azman “Kami dari Darussyifa’ merawat secara percuma Pakcik, Biarlah Allah SWT yang membalas amal perbuatan kami.” Pak Husin mendesak nak bagi juga, akhirnya tidak mahu kecilkan hati Pak Husin, dia ambil duit tersebut (dalam hatinya berkata aku akan sedekahkan di masjid duit ini).
Dalam perjalanan pulang balik Ustaz Saiful berkata kepada Azman “Apa yang enta buat tadi sungguh bagus, sekurang-kurangnya ada ikhtiar yang boleh kita buat bila orang mintak tolong”
“Ana rasa ana nak belajar ilmu perubatan Islam ini dari Ustaz Haron Din” tambah Ustaz Saiful.
“Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Ustaz” kata Azman tersenyum
Mereka sampai di Bangi hampir jam 2:00 pagi.
Sebelum masuk tidur Azman melakukan Solat Taubat dan Solat hajat dua rakaat memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar Hafiz di berikan kesembuhan oleh Allah SWT.
Doa yang paling mustajab ialah mendoakan saudara muslim kita yang lain tanpa dia mengetahui kita mendoakan untuknya seperti hadith rasulullah;
Mahfum Hadith:
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim dengan tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadith Riwayat oleh Muslim)

PESANAN TUAN GURU


Pra Syarat Sebagai Perawat

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Hendaklah memiliki 6 sifat seperti yang disebut dalam Syair Imam Shafie iaitu;
i.
Kecerdikan - Boleh memahami ilmu yang dipelajari, boleh menghafal doa-doa dan bukanlah seorang yang benak.
ii.Sensitiviti kepada Ilmu - Suka dan berminat mempelajari ilmu dan boleh memelihara (menyimpan) ilmu dan menjaga amanah ilmu dengan baik.
iii.Mempunyai Pendapatan - Mempunyai wang, harta dan bukan orang yang miskin.
iv.Mempunyai kesungguhan - bersungguh-sunguh dan berterusan dalam belajar ilmu pengubatan bukan sambil lewa sahaja.
v.Rakan seperguruan adalah saudara kita - Jangan ada cemburu-mencemburui, benci membenci sebaliknya tanamkanlah sifat hormat-menghormati dan kasih sayang.
vi.Memerlukan masa - iaitu hendaklah sentiasa bersabar dalam menuntut ilmu dan berubat kerana masa penantian yang panjang.
2. Hendaklah memberhentikan segala bentuk amalan pengubatan yang bercanggah dengan syariat Islam seperti penggunaaan tangkal (walaupun tangkal itu menggunakan ayat-ayat al-Quran), ilmu pengasih, ilmu penunduk dan seumpamanya.
3. Jangan melibatkan diri dengan Ilmu Tariqat atau kebatinan yang ada keraguan terhadapnya seperti Ahmadiah, Martabat-7, Qadiani dan seumpamanya, kalau dah sertai hendaklah ditinggalkan dengan segera.
4. Hendaklan meletakkan diri kita mampu dan boleh untuk berhadapan dengan segala bentuk ujian dan cabaran.

Syarat-syarat Utama Menjadi Perawat yang Baik

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.
5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari kesembuhan.

10 Perinsip Asas Rawatan Islam

(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
     i. Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
     ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
     iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.

25 September 2011

DARUSSYIFA CAWANGAN MELAKA DIBUKA SETIAP HARI AHAD

Darussyifa Cawangan Melaka akan dibuka setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Anda yang memerlukan rawatan sila kunungi pusat rawatan Darussyifa Cawangan melaka  bertempat di Madrasah Arrahmah,Solok Gaung Air Molek Melaka.

MEMPERKENALKAN AHLI VATERAN DARUSSYIFA JASIN

Tuan Hj Nordin b Hj Yusof adalah ahli vateran Darussyifa Jasin dan juga Melaka. Beliau bersama dengan beberapa orang yang lain merupakan perintis Darussyifa Melaka. Pada awalnya darussyifa Melak dibuka di Peringgit Melaka akhirnya berpindah ke Madrasah Arrah Sook Gaung Air Molek Melaka sehingga sekarang.

BERITA YANG AKAN DIPAPARKAN DI HALAM INI

Kami akan memaparkan berita-berita kegiatan ahli Darussyifa khususnya yang berada di Kawasan jasin dan Melak amnya.. Ikuti kami