Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
28 Jun 2013
MAKLUMAN KEPADA SEMUA
Salam.Makluman kepada semua,Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin akan di tutup pada bulan RAMADHAN ini.Ini bagi memberi ruang kepada semua untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang Mulia ini dengan Solat Tarawih,Tadarrus Al-Quran dan lain-lain.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi dan Setiausaha di telefon nombor seperti yang tercatat disebelah kiri blog ini.Sekian terima kasih.
26 Jun 2013
9 JENIS SIHIR YANG PERLU DIKETAHUI

1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.
2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.
3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.
4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.
5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.
6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.
7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.
8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.
9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat
24 Jun 2013
ASAL USUL JIN,IBLIS & SYAITAN
Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan
Mungkin ada di antara kita masih
lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para
ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis,
syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir
al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan
bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri
kepada Allah seumpama manusia.
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud:
Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud:
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia
melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
23 Jun 2013
RAMADHAN MENJELMA LAGI
Sama-sama lah kita berdoa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.
Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “ Wahai orang-orang
yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah
diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi
orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)
Pengertian Puasa
Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.QADA DAN QADAR
Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang
wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan
mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah
dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk
difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru
menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
Langgan:
Catatan (Atom)