MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

21 Oktober 2011

PROGRAM BACAAN YASIN DAN MEMAGAR DI BUKIT KATIL

Selepas Bacaan Yasin di Tanjung keling,Team Darussyifa Jasin dijemput untuk memagar rumah di Taman Bukit katil

Kelihatan Wak berahim,Ust CD dan Ust Faisol sedang khusyuk membaca Yasin dan zikir

Ust Che Lee dan Ust Hazman turut sama membaca Yasin 

RAWATAN DAN BACAAN YASIN DI TAPAK JETI PETRONAS DI TANJONG KELING MELAKA


Ahli-ahli Darussyifa Melaka seramai 16 orang telah jemput membaca Yasin di Tapak Jeti Petronas di Tanjong Keling. Majlis bermula selepas solat Isya diimamkan oleh Ust Sheikh Faisol kemudian bacaan doa dibawa oleh Che Lee




20 Oktober 2011

JENIS-JENIS RAWATAN YANG DISEDIAKAN DI DARUSSYIFA


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.
Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.
Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.
Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan. 



1. Angin Ahmar
2. Asma (juga termasuk Lelah)
3. Badi Mayat & Badi Haiwan
4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)
5. Batu Karang
6. Benda Tajam dalam Badan
7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)
8. Buah Pinggang
9. Buasir
10. Darah Rendah
11. Darah Tinggi
12. Demam Campak
13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)
14. Gangguan Emosi
15. Gangguan Tidur
16. Gastrik
17. Gaut
18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)
19. Gila Merian
20. Jantung
21. Kayap
22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)
23. Kenan & Kecacatan Bayi
24. Kencing Malam
25. Kencing Manis
26. Keselamatan Diri dan Harta Benda
27. Ketumbuhan
28. Kolestrol tinggi
29. Koma
30. Lekat Tulang
31. Lemah Semangat
32. Lumpuh
33. Magrin
34. Mandul
35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)
36. Mata Masuk Benda
37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru
38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri
39. Menghentikan Tabiat Buruk
40. Mudah Lupa
41. Mudah Marah
42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)
43. Nyanyuk
44. Panas Baran
45. Pelembut Hati
46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)
47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)
48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)
49. Pendekat Jodoh
50. Penerang Hati
51. Penyakit yang Sukar diubati
52. Penyelera Makan
53. Resdung
54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)
55. Sakit Kepala
56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi
57. Sakit Perut
58. Sakit Rindu
59. Santau
60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)
61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)
62. Selsema yang berterusan
63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)
64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)
65. Sukar Tidur Malam
66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

18 Oktober 2011

TEBU HITAM BAHAN UNTUK RAWATAN SANTAU

Tebu hitam merupakan antara bahan yang digunakan dalam merawat santau. Selain daripada tebu hitam antara bahan-bahan yang diperlukan ialah secekak pokok dokong anak,gula batu (rock) pengaga,7 helai daun nangka dan juga air yang telah dibacakan. 

Antara tanda-tanda terkena santau ialah batuk yang berpanjangan,rasa gatal di bahagian dada,kuku berwarna biru dan beberapa tanda lain. Anda yang ada tanda-tanda tersebut boleh berjumpa dengan perawat Darussyifa. Di Jasin anda boleh menghubungi Ust Ibrahim yang biasa merawat santau. Hubungi beliau  melalui maklumat yang terdapat di bahagian kanan blog ini.

DAUN BIDARA ANTARA BAHAN RAWATAN DI DARULSYIFA


Daun bidara adalah antara bahan  yang digunakan dalam rawatan perubatan di Darussyifa ,digunakan khususnya bila merawat mereka yang terkena gangguan makhluk halus. Biasanya bila setelah dibuat rawatan pesakit dibekalkan dengan daun bidara ini. Caranya ialah daun bidara ditumbuk dengan lesung batu separuh hancur kemudian dibungkus dengan 3 bungkusan. Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah. Cara mandi ialah gunakan setengah baldi air (ikut keperluan) masukkan sebungkus daun bidara bersama dengan sebahagian air yang didoakan. Setelah  mandi dan bersihkan badan, gunakan air yang telah disediakan tadi untuk dibuat bilasan. Sebelum bilas,baca selawat dan ratakan air ke seluruh anggota badan. Jangan lap air tersebut,biarkan  dibadan dan terus pakai pakaian.

Waktu mandi ialah selepas Solat Asar dan sebelum masuk waktu maghrib. Mandilah dengan mengikut bilangan bungkusan yang disediakan. Ini adalah satu usaha dan ikhtiar kita untuk membantu pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

Sekiranya anda berada di Jasin,daun ini boleh didapati di Hamas,di IKM Jasin dan di rumah Tok Man

MERAWAT DI BUKIT SEDANAN,SELANDAR

Perawat disertai oleh Ust Yusle,Wak Berahim Ust CD,Ust Zul,Tok Man,Ust Hazaman,Ust jalil dan Ust Salam.


 Serangan serentak makhluk halus kepada 3 beradik,mengelupur,susah bernafas,menjerit kesakitan. 
 Ustaz Jalil dan Ust Salam turut membantu membaca Yasin

Semoga mereka bertiga sembuh,Insyallah

17 Oktober 2011

ELAKKAN ANAK-ANAK DARIPADA MENGADAP FACEBOOK

Laporan mengatakan lebih 60 ribu pelajar mengadap FB lebih 4 jam sehari. jadi anak-anak kita khususnya anak-anak ahli Darussyifa jasin ,jangan biarkan anak-anak kita asik mengadap computer sehingga terabai kerja seharian yang dibekalkan oleh guru.

Kalau kena penyakit macam ni jangan jumpa perawat Darussyifa,emak atau bapak dia sendiri boleh rawat.Rawatan yang paling sesuai ialah dengan menggunakan kayu 2" x 4".

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB


Soalan
Tolong jelaskan dengan alasan syarak dan al-Quran atau as-Sunnah yang menunjukkan bahawa makhluk-makhluk halus i boleh memberi bekas kepada manusia seperti menyakiti, mengenakan dengan penyakit ganjil atau menjadi penyebab permusuhan yang membawa kepada pembunuhan.

Jawapan
Asas yang perlu dipegang bahawa kebaikan dan keburukan, kebahagiaan dan kecelakaan pada umumnya datangnya daripada Allah SWT.
Makhluk halus secara khusus berdasarkan kepada al-Quranul Karim nyata bahawa mereka tidak boleh mengenakan kemudaratan, kesusahan dan kepayahan kepada manusia, melainkan dengan izin Allah SWT.
Firman Allah (mafhumnya):
“Dan tidak lah mereka itu (makhluk-makhluk halus) memberi kemudaratan sedikit pun kepadamu, mana-mana orang, melainkan dengan izin Allah SWT. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka”(Surah al-Baqarah, ayat 102)
Akan tetapi dengan izin Allah SWT. dengan sebab daripada perbuatan mereka, maka kemudaratan dan kesakitan boleh berlaku.
Ayat ini juga merujuk kepada ilmu sihir yang disebutkan sebelum ini, bahawa syaitanlah yang kufur, merekalah yang mengajar manusia ilmu sihir, salah satu daripada kebolehan ilmu sihir ini, mendatangkan kemudaratan kepada manusia.
Merujuk kepada Firman Allah (mafhumnya): “Dan ingatlah tentang hamba Kami, Ayub a.s. ketika dia menyeru bermunajat kepada Allah, dengan katanya, “Ya Allah sesungguhnya saya sedang dikenakan oleh syaitan dengan kepenatan yang amat sangat dan keazaban yang tiada tandingnya.” (Surah as-Saad, ayat 41)
Ayat ini merujuk kepada kisah Nabi Ayub yang terkena kemudaratan, sengsara badan angkara perbuatan syaitan. Walaupun ia jelas berlaku, tetapi dengan izin Allah SWT.
Dalam hadis-hadis yang sahih, banyak Nabi Muhammad saw menyimpulkan bahawa, memang syaitan merupakan musuh manusia dan mengenakan manusia dengan berbagai-bagai angkara.
Dalam hadis Sahih Muslim menceritakan kisah seorang pemuda yang menikam seekor ular yang masuk ke dalam rumahnya, ular itu menggelepar lalu mati, pemuda itu turut menggelepar dan berakhir dengan mati. Itu adalah angkara sebab musabab, membunuh seekor ular jelmaan makhluk halus.
Syaitan juga boleh menyebabkan permusuhan dan pembunuhan dikalangan manusia, tetapi dengan perantaraan insan juga sebagaimana yang beraku dalam kisah anak Nabi Adam, Qabil membunuh Habil, berikutan daripada perselisihan mereka, syaitan menguasai Qabil dengan perantara permusuhan dan kemarahan yang membara lalu dia membunuh Habil.
Merujuk kepada kisah Nabi Yusuf a.s. yang diceritakan Allah dalam firman-Nya (mafhumnya): “…..Dan sesungguhnya Ia telah melimpahkan kebaikan kepadaku, ketika Ia mengeluarkan daku dari penjara dan Ia membawa kamu kemari dari desa sesudah syaitan (dengan hasutannya) merosakkan hubungan antara daku dengan saudara-saudaraku. Sesungguhnya Tuhanku lemah lembut tadbir-Nya, bagi apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Yusuf, ayat 100)
Ayat ini menceritakan kisah mengenai abang-abang Nabi Yusuf, dihasut syaitan supaya membenci adik kandung mereka (Yusuf) sehingga tergamak mereka mengambil keputusan mencampakkannya ke dalam perigi buta.
Dibiarkan dalam keadaan begitu sama ada Yusuf mati atau diambil oleb mana-mana orang yang boleh memisahkan Yusuf daripada mereka, tetapi akhirnya Allah mengembalikan mereka dalam suatu ikatan persaudaraan yang amat unik.
Ayat ini juga menyebut dengan jelas, bahawa syaitan dengan jelas telah merosakkan hubungan anak-anak Nabi Yaakub a.s.
Jelas bahawa sememangnya al-Quranul Karim memaparkan kisah bahawa syaitan (dengan izin Allah SWT) menjadi penyebab dan mencetuskan kesengsaraan kepada manusia, tetapi situasi ini tidak banyak berlaku dan tidak ramai yang berjaya dikenakan oleh mereka (syaltan).
Dalam ayat-ayat lain Allah juga memberitahu bahawa syaitan boleh mengenakan sihir kepada manusia sebagaimana disebut juga dalam ayat 102 , Surah al-Baqarah.
Syaitan juga boleh membawa kesengsaraan sehingga manusia tidak sedarkan diri, dipanggil dengan ‘al-massu syaitan’ sebagaimana yang dijelaskan Allah SWT pada ayat 275, Surah al-Baqarah.
Firman Allah (mathumnya): “Dan jika engkau dihasut oleh suatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa, apabila mereka disentuh oleh imbasan hasutan daripada syaitan, mereka (ingat kepada ajaran Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). (Surah al-A’raf, ayat 200~201)
Ayat ini jelas menunjukkan bahawa syaitan membawa kesakitan dan kesengsaraan kepada manusia. Oleh yang demikian, maka boleh kita mengambil kesimpulan bahawa berdasarkan kepada nas-nas syarak tadi, makhluk halus ini berupaya mengenakan pelbagai kesusahan dan kesengsaraan kepada manusia dengan izin Allah SWT.
Wallahu a’lam,

16 Oktober 2011

Rawatan di Taman Pokok Mangga dan Bukit Rambai

 Rawatan di Bukit Rambai. Seorang pesakit yang diserang makhluk halus. Lebih 30 pain darah telah di masukkan ke dalam badan tapi darah tersebut hilang bergitu sahaja sehingga doktor di hospital beras pelik.Kelihatan Team Darussyifa Jasin membantu mengeluarkan makhluk halus yang terdapat dalam badan pesakit.
Ust Hulk,Che Lee dan Ust CD sedang merawat pesakit tersebut sambil diperhati dan dibantu oleh Tok Man..
Sebelum itu Team Darussyifa jasin telah merawat Ust Khairul di Taman Pokok Mangga. Ust Khairul yang diserang gangguan makhluk halsu telah agak lama menderita kesakitan. Rawatan malam tadi sedikt sebanyak membantu beliau. Mudah-mudahan Allah memberi kesembuhan kepada mereka semua