MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

24 April 2012

KUMPULAN YANG MERAWAT PADA 26 APRIL 2012.


Sila ambil perhatian.
Di bawah ialah perawat Darussyifa Jasin yang akan bertugas pada hari Khamis malam Jumaat 26 April 2012. Perawat yang ditugaskan pada hari-hari berkenaan  sila tepati masa bertugas untuk mengelakkan  pesakit menunggu lama. Harap maklum.


Kumpulan 2
(Apr12,26) (Mei 3,17,21) (Jun 14,28)(Jul 12) (Ogs 30) (Sep 13,27) (Okt 4,18) (Nov 1,15,29)
Ust Kamalruzaman,Ust Hj Shamsudin,Ust Zainurin,Ust Hazman,Ust Hj Nordin,Ust Nazri)

PENGHARGAAN KEPADA TUAN HAJI NORDIN

Makluman kepada semua perawat Darussyifa' Cawangan  Jasin bahawa Tuan Haji Nordin b Hj Yusof iaitu salah seorang perawat aktif Darussyifa' Jasin telah berangkat ke tanah suci  semalam (23 April) bersama isterinya untuk menunaikan umrah di Makkatul Mukarramah.

Semoga beliau dan isteri diberi umrah yag mabrur serta kesihatan.Amin !

23 April 2012

MAKLUMAN

MALAM INI 23 APRIL RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA JASIN BERMULA JAM 7.30 MALAM SEHINGGA JAM 10.30 MALAM.


HARAP MAKLUM


PERAWAT MALAM INI SILA RUJUK JADUAL DI SEBELAH KIRI WEB.

BICARA AHLI

Admin telah padam semua gambar ahli Darussyifa' Jasin yang terdapat di dalam blog ini. Pada mulanya penulis menganggap meletakkan nama-nama tersebut memberi peluang kepada orang ramai mengenali perawat Darussyifa' Jasin dan tidak terkeliru dengan perawat-perawat yang  menyamar sebagai perawat Darussyifa' tetapi  tidak semua yang kita  jangka baik,baik pada orang lain.

Tak apalah kita ambil pendekatan yang tidak ada konfrantasi dengan pihak lain dan jika ada sekelumit aduan atau salah faham, pihak Darussyifa' Jasin akan mengambil tindakan segera apatah lagi Darussyifa Jasin belum pun berumur sebulan ! Kami sangat menjaga nama baik Darussyifa yang di naungi Tuan Guru Dto Dr Haron Din serta pengerusi Darussyifa Pusat Tn Hj Abdul Rahman Ahmad yang bergitu komited dengan Darussyifa'.

Sebagai perawat, penulis dan rakan-rakan yang punya 7 tahun  pengalaman ada yang lebih dari itu ,berbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilalui baik kecil mahupun besar,pada diri mahupun keluarga. Alhamdulillah semua itu dengan berkat keikhlasan dan pertolongan Allah dapat diatasi. Usaha membantu masyarakat khususnya yang terkena gangguan baik di mana sahaja  selalunya diterima dengan baik. Bukan tujuan ahli untuk disanjung atau dikenali tetapi sumbangan kepada masyarakat tersebut  dihargai oleh masyarakat keseluruhannya. 

Perawat  tidak dibayar untuk merawat,jika  adapun sekadar duit minyak kereta dan juga minum dalam perjalanan balik. Kadang-kadang tidak diberi apa-apa pun walaupun perjalanan jauh dengan 2 buah kereta sejauh Pagoh,Johor.Bukan menjadi satu polisi kepada perawat menentukan bayaran kepada orang ramai ! Malah itu semua sudah menjadi asam garam kami perawat-perawat Darussyifa,tiada sungutan mahupun cercaan. Sesungguhnya Allah menentukan segalanya.

Khidmat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Darussyifa khususnya di Jasin ini sudah merentasi sempadan geografi. Kami telah panggil sehingga keluar dari negeri Melaka seperti negeri-negeri berdekatan Johor,Negeri Sembilan,Singapura malah telah dipanggil sehingga ke Selangor,Kedah,Pahang,Kelantan juga sehingga ke Bintulu Serawak.Antara tempat-tempat  yang di rawati ialah bangunan kilang,logi penapisan minyak,bangunan kerajaan,kedai ,restoran,rumah persendirian dan banyak lagi. Sekolah lah yang paling banyak memanggil khidmat Darussyifa kerana pelajar-pelajar mereka yang terkena hesteria dan juga gangguan makhluk halus.

Pengalaman merawat sekolah yang terkena hasteria kadang-kadang amat mengecewakan. Tak perlulah penulis sebut nama sekolah tersebut. Apa yang mengecewakan perawat ialah pihak pentadbiran khususnya guru besar atau pengetua tidak menganggap merawat itu satu keperluan. Buktinya ialah mereka melepaskan tanggungjawab tersebut kepada HEM atau penyelia asrama. Mereka inilah yang kontang-kanting ke hulu ke hilir mencari keperluan yang dikehendaki oleh perawat. Komitmen daripada pentadbir serta guru-guru untuk bersama dalam majlis tersebut amat sedikit sekali. Sebab itulah Darussyifa' Pusat telah mengarahkan Darussyifa cawangan-cawangan pastikan ada surat permohonan dari pihak sekolah untuk mendapatkan rawatan Darussyifa' supaya tidak timbul apa-apa masalah seperti  perawat menceroboh dan sebagainya..

Perawat Darussyifa pula terdiri daripa berbagai latar belakang pendidikan.Ada yang menjadi guru,ustaz,bekas pengetua,jutera,kaki tangan kerajaan yang lain juga swasta. Kebanyakannya ialah dari kalangan pendidik kerana kebanyakannya terlibat degan murid atau asrama serta masyarakat secara langsung.Kesungguhan yang mereka berikan untuk membantu masyarakat seharusnya dihargai oleh ketua jabatan atau orang yang lebih atas lagi. Janganlah cari ruang menyalahkan orang bawahan kerana itu dan ini yang tak tahu apa atau agenda sebenarnya.

wassalam.

22 April 2012

18 sebab jin merasuk manusia

WANITA suka bersolek dan gemar berpakaian mendedahkan aurat sasaran utama golongan jin untuk dipikat.

Salah seorang imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor, Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani berkata, dalam setiap tubuh manusia ada jin dan makhluk halus itu sentiasa berusaha mempengaruhi kita mengikut telunjuk mereka.

Pendakwah bebas lulusan Universiti Al-Azhar itu berkata, ramai manusia tidak menyedari tindak-tanduk mereka sentiasa menjadi perhatian jin.

Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.
Manurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.

Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.

Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat,?katanya.

Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

Lain lain tanda ialah pening berpanjangan terutama pada waktu senja, otak lemah, tidak sedar diri serta telinga berdesing atau mendengar kata-kata suruhan tertentu.

KULIAH PENGUBATAN ISLAM DARUSSYFA DI SOLOK GAUNG MELAKA

Hari ini Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa' di Madrasah Arrahmah Solok Gaung,Air Molek Melaka bermula jam 8.30 pagi. Kuliah berkaitan dengan Santau. Semua pelajar Darussyifa' wajib hadir.
Sementara itu rawatan seperti biasa di pusat rawatan Darussyifa' bersebelahan dengan Madrasah.