MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

15 Oktober 2011

TEAM DARUSSYIFA JASIN KE CHABAU,TENGOK IKAN KELI !!

Wak Berahim dan Che Lee ke rumah Tok Man tengok ikan keli. Bukan tengok sahaja  !!Ikan keli ini diakui halal dan tidak diberi makanan selain daripada pallet ikan. Panggang,masak lemak cili api ,goreng kunyit,goreng berlada dan berbagai-bagai lagi jenis masakan boleh dimasak. Awas ....jangan dibuat pengat !!

Cara untuk senang siang ikan keli ialah,masukkan ikan keli ke dlam baldi ,kemudian masukkan segengam garam dan tutup dengan "apa". Dalam masa tak berapa second ikan keli itu akan diam dan boleh disiang dengan senang. Selamat mencuba !!

Malam ini merawat di Padang Jambu, Bukit baru.. Masa jam 8.00 jangan lupa.

14 Oktober 2011

Anda bertanya Wak Berahim Menjawab

Soalan:
Ustaz saya seorang suri rumah,suami saya bekerja dan kadang-kadang balik lewat malam. Anak-anak pulak tidur awal . Masalahnya saya sering terganggu dengan bunyi yang entah apa-apa di atas syiling rumah saya khususnya pada waktu tengah malam. Sementara itu beberapa bahagian badan saya terdapat lebam-lebam seolah-olah ada benda yang mengigit. Malam-malam pula susah melelapkan mata dan cepat naik angin ke atas suami dan anak-anak. Bolehkah ustaz terangkan bagaimana  mengatasi masalah tersebut ?

Jawapan :
Simptom yang puan terangkan itu merupakan tanda-tanda gangguan makhluk halus. Puan dinasihatkan berjumpa dengan perawat-perawat Darussyifa di mana-mana pusat rawatan . Puan juga boleh menghubungi perawat-perawat Team Darussyifa Jasin melalui maklumat yang  terdapat di bahagian sisi blog ini. Walau bagaimana pun peringkat awal puan boleh mengamalkan bacaan daripada surah Al-Baqarah samada membacanya sendiri ataupun melalui CD. Untuk makluman puan,Pusat Rawatan Darussyifa Melaka dibuka setiap hari Ahad bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12.30 tengahari. Pusat Rawatan darussyifa di Bangi dibuka setiap hari.
Sekiranya puan tingal di Kawasan Jasin,puan boleh menghubungi Ustaz Yuslee di talian  012-3574294

Malam tadi 13 Okt Merawat di Selandar,Flda Kemendor dan Semabok

Gambar-gambar rawatan di Selandar ,Felda Kemendor dan Semabok.Team Darussyifa Jasin disertai oleh Che Lee,Wak Berahim,Ust Hulk,Ust Nurin dan Tok Man.
 Che Lee sedang menjampi air dan garam yang disediaka di Felda Kemendore Jasin Melaka.Memagar dan merawat pesakit
 Sopan santun !!
 Pesakit di Felda Kemendore.Memagar dan merawat pesakit
 Ust Hulk sedang merawat di Semabok
Wak Berahim tersenyum melihat kelakuan pesakit yang dirasuk makhluk halus. Nanti kau..!!!

12 Oktober 2011

TEAM DARUSSYIFA JASIN BERSAMA KELUARGA

Malam ini ahli-ahli Team Darussyifa Jasin bersantai bersama keluar.. Ada yang makan makan makanan laut di Saba Aur di Muar.ada di Berkat Salam Bukit Katil dan yang lain entah di mana. Kepada yang berkursus
Ust CD yang berkursus di Johor Bahru,banyak-banyaklah bersabar. Anggaplah kursus 3 hari tu macam 3 jam !!

 Che Lee bersama keluarga di Saba Aur Muar. Order banyak sangat sampai tak habis. Nasib baik boleh bungkus.
Tok Man dan keluarga bersama Che Lee sekeluarga menikmati makanan laut di Saba Aur. Harga boleh tahan taklah mahal sangat.  Ustaz HULK ada di Berkat Salam Bukit katil. Selamat menjamu selera.

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB


Soalan
Banyak kali orang menyebut jin telah ditangkap, makhluk halus telah dipenjarakan, toyol telah dimasukkkan ke dalam botol, dibuang ke laut dan berbagai dakwaan lain seperti itu? Apakah ada asasnya dalam syarak bahawa makhluk halus seperti itu boleh ditambat, disumbat dalam botol atau dibuang ke sungai ke laut. Bolehkah dipercayai? Sila jelaskan.
NAUFAL MOHD AMIN
Jeli
Jawapan
Masyarakat Melayu adalah masyarakat yang budayanya dicambahi dengan pelbagai kepercayaan dan tahayul. Disebarkan dengan berbagai dakwaan yang kebanyakannya ada yang menyalahi hukum syarak.
Masalah makhluk halus adalah masalah kefahaman kepada istilah itu sendiri.
Al-Qurannul karim merujukkannya sebagai syaitan, iblis, jin, ifrit dan beberapa istilah lain dalam hadis yang semuanya merujuk kepada makhluk halus.
Pernah berlaku seketika di zaman Rasulullah s.a.w, ketika baginda mengimamkan solat di Masjidil Haram, tiba-tiba dalam solat itu, kelihatan oleh para sahabat, Rasulullah sedang mengelak daripada sesuatu dan sedang memegang atau menangkap sesuatu yang mereka tidak nampak.
Selesai solat sahabat bertanya Rasulullah s.a.w, mengapakah gerak geri Rasulullah dalam solat tidak pernah dilihat sebelum itu.
Rasulullah menjelaskan kepada mereka, "Bahawa ifrit telah datang kepada ku dengan obor api untuk menganggu solat ku, aku mengelak daripada nyalaan obor api itu dari muka ku dan aku telah menangkapnya dengan tangan. Dan ketika itu aku berazam mengikat ifrit ini pada salah satu tiang di Masjidil Haram, biar selepas itu dilihat dan dimain-mainkan oleh anak-anak kita. Tiba-tiba aku teringat doa Nabi Sulaiman, yang meminta kepada Allah SWT bahawa kekuatan yang ada padanya, boleh menawan, mengangkap dan mengurung makhluk halus ini tidak diberi lagi kepada mana-mana orang, maka aku lepaskan ifrit itu setelah aku terasa lidahnya mula mengena ke lengan aku."
Kejadian ini membolehkan kita mengambil kesimpulan bahawa Nabi Muhammad sendiri pun tidak pernah menangkap atau menambat iblis, jauh sekali memasukkannya ke dalam botol, untuk dibuang ke mana-mana.
Yang berlaku ialah, baginda hendak mengelak dia diganggu, baginda adalan seorang Rasul yang dapat melihat sesuatu yang orang ramai tidak dapat melihatnya.
Baginda menangkap hanya kerana ifrit menganggunya, walaupun Muhammad teringin untuk menambat ifrit, namun mengingatkan doa Sulaiman maka ianya tidak berlaku.
Maka pada saya, soalan saudari tadi tiada asasnya untuk dipercayai hukum syarak.
Lagipun makhluk ini diperbuat daripada api (bukan fizikal). Kuasa api ialah kuasa cahaya yang boleh melepasi tembok.
Contohnya, kita melihat kuasa x-ray yang boleh melintasi badan kita, melihat gambar tulang rusuk, tulang belakang dan melihat apa yang ada dalam otak.
Malah batu batan yang besar seperti Piramid, juga boleh dilihat apa yang ada di dalamnya dengan menggunakan kuasa cahaya x-tray.
Kalau setakat boleh yang diperbuat daripada kaca yang telus cahaya, bermakna makhluk halus boleh masuk dan boleh keluar, bagaimana mungkin sesuatu yang bentuknya bukan fizikal hendak dimasukkan dalam sesuatu yang bentuknya fizikal?
Botol adalah benda fizikal sedangkan makhluk halus bukan fizikal. Makhluk halus adalah api, dari unsur cahaya, kederasannya adalah sama seperti kederasan cahaya.
Tidak perlu dimasukkan ke dalam botol. Dia boleh masuk dan dia boleh keluar bila-bila masa.
Nabi Sulaiman dan Nabi Muhammad boleh menangkapnya kepada mereka Rasul. Tetapi tidak sabit pada amalan sahabat atau tabiin bahawa mereka boleh menangkap makhluk halus untuk dimasukkan ke dalam botol.
Apa yang ada hanyalah ikhtiar manusia untuk mengelakkan gangguan makhluk halus dengan membaca ayat-ayat al-Quran yang ditunjukkan oleh Rasullah s.a.w.
Tujuan kita ialah memohon Allah menjauhkan makhluk halus daripada kita.
Di antaranya yang Nabi sebut dalam Surah al-Baqarah, ayat Kursi dan sebagainya.
Dengan bacaan ayat-ayat al-Quran, insya Allah dengan kehendak Allah, maka makhluk halus akan menjauhkan dirinya atau mengeluarkan dirinya dari badan manusia. Wallahu a'lam.

11 Oktober 2011

PROGRAM RAWATAN DAN MEMAGAR RUMAH DI PEJABAT PROPEL DAN PLUS DI PEDAS

 Program rawatan dan memagar bangunan Team Darulsyifa  Jasin di pejabat Propel dan PLUS di Highway
 Team Darulsyifa jasin terdiri daripada Che Lee,Ust Joe,Wak Berahim.Mr Expert
Sempat membasahkan tekak dengan ABC di Berkat Salam

BUAT PENDINDING DIRI SELEPAS RAWATAN

Gambar : Ust "Joe" sedang menunjukkan cara yang betul buat pendinding

Mereka yang terkena gangguan dan apabila telah dirawat hendaklah buat pendinding diri daripada gangguan makhluk halus. Walaupun bacaan nya mudah tapi ianya berat dilakukan. Caranya ialah membaca "3 Qul" dimulai dengan Surah Al Ikhlas,AlFalak dan Annas .Baca ditapak tangan kemudain hembuskan ke tapak tangan,hidu semula kemudian tarik nafas dan tahan. Sapu tangan yang dihembus ke seluruh anggota badan sambil menahan nafas sehingga ke hujung kaki.

BUKAN PESAKIT SAHAJA YANG KENA GANGGUAN,PERAWAT PUN KENA JUGA

Sila lihat tanda merah yang terdapat di lengan Wak berahim ini. Tanda lebam dan merah ini terhasil selepas merawat seorang pesakit. Kesannya menyebabkan perawat berasa sakit badan dan letih. Walau macam manapun Wak Berahim masih tetap tabah merawat malah masin semangat mambantu mereka yang memerlukan. Tahiah Wak Berahim...Team Darussyifa Jasin tetap bersama !

10 Oktober 2011

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB


soalan
Bolehkah tidak ditulis ayat-ayat al-Quran untuk digantungkan pada badan, untuk dijadikan penghadang dari gangguan makhluk halus atau dijadikannya sebagai ikhtiar menyembuhkan penyakit. Menurut kata seorang ustaz, ianya dibolehkankan, betul atau tidak?
Jawapan
Menggantungkan sesuatu di badan untuk dijadikan sebagai pengadang daripada gangguan makhluk halus atau untuk menyembuhkan penyakit, terbahagi kepada dua bahagian yang utama.
Pertamanya, menggunakan tangkal menangkal seperti menggunakan bahan seperti tulang binatang atau kayu yang dikatakan berhikmah, atau seumpamanya, ulama tidak khilfah bahawanya ia tidak harus.
Ianya adalah ditegah berdasarkan kepada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, al-Hakim dan al-Baihaqi yang mafhum hadis itu bermaksud, "Sesungguhnya jampi mentera yang menggunakan perkataan-perkataan syirik terhadap Allah, tangkal menangkal, ilmu pengasih adalah syirik."
Hadis ini jelas menunjukkan bahawasanya tangkal yang digunakan oleh masyarakat di zaman jahiliyah, ada yang menggunakannya selepas kedatangan Islam hingga hari ini adalah termasuk dalam istilah 'tamamaaim' atau tangkal. Ini jelas haram. Wajib dijauhi. Ianya dekat kepada kesyirikan kepada Allah S.W.T ataupun ianya syirik terus.
Keduanya, adapun mengunakan ayat-ayat al-Quranul Karim, dilipat dan digantung, dijadikan seolah-olahnya tangkal di badan dengan tujuan untuk dijadikan pengadang daripada syaitan atau untuk menyembuhkan penyakit,
Dalam hal ini, ulama-ulama terdahulu hingga ke hari ini berbeza pendapat. Satu golongan mengatakan ianya tidak harus, satu lagi golongan mengatakan ianya harus.
Yang berpendapat tidak harus adalah berpandukan kepada umum hadis yang disebutkan di atas tadi. Hadis itu jelas melarang daripada menggunakan tangkal tanpa mengira bahan tersebut digunakan daripada al-Quran atau bukan dari al-Quran.
Semuanya sama sahaja, ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah kerana ada penggantungan kepada makhluk, bukan kepada Allah S.W.T.
Golongan ini berhujah dengan kaedah fekah yang terkenal disebut dengan 'sadduzzarie'ah', iaitu mencegah daripada kerosakan, khususnya kerosakan aqidah.
Kaedah ini membolehkan kita melarang, mencegah dari melakukan suatu perkara yang boleh membawa kepada haram atau syirik.
Menggunakan tangkal untuk mengelak atau mempertahankan diri daripada sesuatu yang tidak diingini, boleh membawa kepada terpesongnya penggantungan ataupun tawakal kepada Allah. Menyimpang pendirian sepatutnya bergantung harap kepada Allah S.W.T sahaja, kepada penggantungan tangkal walaupun ianya ayat-ayat al-Quran.
Perbuatan sebegitu juga membawa makna bahawa kita telah menghina al-Quran bagi maksud membawanya bersama kita ke tempat yang tidak suci seperti tandas, melakukan kerja yang bercanggah seperti maksiat, sebagainya. Perkara itu tidak wajar dilakukan, penggunaan ayat al-Quran sebagai tangkal atau disembunyikan ayat tersebut dalam perhiasan wanita (seperti loket), semuanya itu adalah haram mengikut golongan yang pertama ini. Golongan yang berpendapat seperti iini adalah sahabat Rasulullah s.a.w seperti Abdullah ibni Mas'ud, Imam Ahmad bin Hambal (salah satu riwayat daripadanya) dan lain-lain.
Golongan yang kedua, berpendapat, perbuatan sedemikian itu adalah harus, didokong Abdullah bin Amru bin al-'Ass, Abu Jaafar al Baqir dan Imam Ahmad bin Hambal (salah satu riwayat daripadanya). Mereka berpendapat ia adalah harus kerana berlaku di zaman Rasulullah s.a.w, ada sahabat yang berbuat sedemikian untuk anak-anak mereka yang belum boleh menghafaz al-Quran.
Meskipun ada dua pandangan sahabat dan ulama. Satu yang mengharuskan, kedua yang tidak mengharuskan, akan tetapi perubahan zaman boleh membawa perubahan hukum, khususnya bagi kes seperti dalam soalan ini di zaman ini.
Zaman ini, akidah umat Islam sedang terancam, iman rata-rata begitu rapuh dan mudah rosak. Amat terdedah kepada kesyirikan dan kekufuran kerana zaman ini dipenuhi dengan kemaksiatan kepada Allah.
Umat hari ini kekurangan ilmu yang membawa keutuhan pegangan, kecelaruan dalam pegangan hukum sehingga banyak yang melakukan pelanggaran hukum yang disengajakan.
Zaman ini, umat Islam tidak begitu kuat bergantung kepada Allah, kerana amat terdedah kepada gejala-gejala yang mendorong mereka lebih mengutamakan kenikmatan hidup sementara, tidak mempedulikan halal haram dan lebih suka mengharap kebahagiaan kehidupan yang segera tanpa memikir kebahagian akhirat yang sejati.
Oleh yang demikian, maka pergantunggan ummah kepada tangkal ini, jika tidak dibendung atau dicegah dengan sejelas-jelasnya akan mendorong ummah terjerumus ke pelbagai kerosakan lain.
Ayat-ayat al-Quran secara umumnya bukan untuk gantung atau dijadikan tangkal. Ianya adalah untuk diamat-amati maknanya. Difahami tuntutannya, direalisasikan hukumnya, dijadikan panduan kehidupan untuk mendapat keredhaan Allah bagi kebahagiaan dunia akhirat.
Ayat al-Quran adalah untuk dibaca an dihafal, dipohon perlindungan daripada Allah dan membentuk jati diri untuk mentaati Allah. Untuk melindungi diri dari gangguan syaitan, memang dibolehkan atau diharuskan bacaan-bacaan al-Quran. khususnya, al-muawwizaat (Surah al-Ikhlas, Surah-Falaq, Surah an-Nas), ayat Qursi dan sebagainya, boleh diamalkan untuk menjadi penghalang darpada sesuatu yang tidak diingini

09 Oktober 2011

PAKEJ RAWATAN DI KUALA LUMPUR SEMALAM 8 OKTOBER 2011

Pada 8 Oktober (semalam ) Team Darussyifa Jasin telah ke Kuala Lumpur. Bertolaj jam 5.00 petang. Rumah Pertama di Segambut(memagar dan merawat) Rumah kedua di Cheras dan ketiga di Seksyen 19 Shah Alam. Rawtan erakhir jam 1.00 pagi. Memanglah penat tetapi menyeronokkan. Team kami sampai ke Melaka jam 5.00 pagi (9 Oktober 2011)
 Che Lee bersama Ust Nurin sedang menyediakan bahan untuk memagar di Segambut
 Che Lee mengetuai bacaan Yasin bersama dengan 5 orang Team Darussyifa Jasin
 Ust Hulksedang bersedia untuk merawat
 WakBerahim,satu nama yang agak dikenali di Jasin kerana berkebolehan merawat angin ahmar dan urut
Menjamu selera di R&R Air Keroh selepas merawat di Shah Alam hari yang sama.

PROFESOR DATO` DR. HARON DIN~


Pengasas Darussyifa`, Timbalan Mursyidul Am  dan Tokoh Akademik.

Front Cover

Bermula dengan kerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, sejak awal Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dan menjawat sebagai Profesor. Beliau adalah keluaran Kolej Islam Kelang – Sijil Tertinggi (1965). Menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar pada peringkat Master (1966-68) dan Ph. D di Universiti Darul Ulum Qahirah (1972-74). Sekembalinya beliau berkhidmat di UKM.

Darussyifa` ditubuhkan pada 1977 dengan beberapa pelajar datang meminta beliau mengajarkan `Perubatan` yang beliau praktikkan bermula dari kediamannya di Taman Bangi di Jalan Reko, Kajang. Kemudian berpindah ke No. 3, Jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi. Bermula dari seorang pelajar (Abdul Rahman Mustafa (1977) dan berkembang hingga berjumlah 32 (1980). Bangunan Daruysifa` sekarang dibina dan digunakan pada 17 Mac 1990 bersamaan 01 Ramadhan 1411. Kini Darussyifa mempunyai banyak cawangan di dalam negeri Selangor (8) dan luar dari negeri Selangor (40). Kini pelajar-pelajarnya berjumlah puluh ribuan. Beliau dianggap orang terawal memperkenalkan Rawatan Islam dengan pendekatan tersendiri dan menjadi ikon masyarakat umat.
Dr. Harun Din yang berasal dari Perlis ini seorang tokoh prolific dan banyak menghasilkan karangan.

Antara karyanya ialah Manusia dan Islam, Islam Jihad Sebagai Survival Islam dan beberapa siri karya perubatan Islam/