MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

23 Jun 2012

HEMPEDU BUMI UNTUIK RAWATAN DARAH TINGGI

Tambah kapsyen

RAWATAN BARAH


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser. Jika pesakit dapat membacanya lagi baik. Jika tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain membaca untuknya.

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan: 

1. Istighfar 10x.
2. Salawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.

Sediakan sebotol secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air. Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya





Untuk rawatan seterusnya sila berjumpa dengan pusat rawatan Islam Darussyifa' Jasin atau mana -mana pusat rawatan Islam darussyifa' di seluruh Malaysia. Insyallah kita berikhtiar Allah yang menyembuhkan.

21 Jun 2012

Anda bertanya Tuan guru menjawab

PERJUMPAAN NISFU SYAABAN PERAWAT DARUSSYIFA ' JASIN

Adalah dimaklumkan bahawa Darussyifa' Jasin akan mengadakan program Perjumpaan Nisfu Syaaban  semua perawat Darussyifa' Cawangan Jasin pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh  :  4 Julai 2012 (Rabu)
Masa   :  6.15 petang
Tempat : Medan Ikan Bakar Saba Aur (Muar)

Semua perawat dikehendaki berkumpul di perkarangan Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin pada jam 6.15 petang dan akan bertolak tepat jam 6.30 petang.

Tentatif program :

6.15 petang - berkumpul di perkarangan Darussyifa' Jasin
6.30 petang - bertolak di Saba Aur Muar Johor
7. 22 malam - Solat Maghrib
8.00 malam  - Tazkirah Ust Faisol Sheikh Mohamad (Penasihat Darussyifa' Jasin) dan perbincangan
8.15 malam  -  Jamuan ikan bakar
10.00 malam - bersurai

Objektif Program :
1. Merapatkan silaturrahim semua perawat Darussyifa' Jasin
2. Mendengar amanat penting pengerusi/penasihat Darussyifa' Jasin
3. Berbincang dan bertukar -tukar pendapat bagaimana mempertingkatkan lagi peranan Darussyifa dalam konteks membantu masyarakat seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan juga pengerusi Darussyifa' Pusat Tuan Haji Rahman Ahmad.
4. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan Darussyifa Jasin untuk dimuhasabah.

Semua perawat Darussyifa' Jasin diminta mengesahkan kehadiran kepada Tuan Setiausaha Ustaz Azrul.
Harap semua perawat melapangkan masa untuk program tersebut .Terima kasih

JADUAL PERAWAT BERTUGAS MALAM INI 21 JUN 2012


Kumpulan 3
(Mei10,24,28) (Jun 7,21,25)(Jul 5,19) (Ogs 23) (Sep 6,20,24) (Okt 11,15,25) (Nov 8,22,26) (Dis 6,17,27)
Ust Yusle (K) Ust Saidi,Ust Abdullah Suhaimi,Ust Rahimi,Ust Zulkifli Ahmad,Ust Adzli Khalid,Ust Faisol,Ust Awang,Ust Zahari Jamaludin

19 Jun 2012

MENGENALI 9 JENIS SYAITAN YANG MENJADI SEKUTU IBLIS


UMAR AL-KHATTAB R.A berkata, terdapat 9 jenis Syaitan yang merupakan sekutu Iblis Laknatullah dengan tugas2 khas mereka untuk merosakkan iman dan amal manusia serta cuba untuk menyesatkan kita agar menjadi teman mereka di dalam Neraka…na’uzubillah!!

1. ZALITUUN
Duduk di pasar2 dan kedai2 supaya manusia hilang sifat jimat cermat dan menjadi boros. Menggoda manusia supaya berbelanja lebih, membazir dan membeli yang tidak perlu serta kedekut pula untuk bersedekah..
2. WATHIIN
Pergi kepada orang yang mendapat musibah dan yang sedang berdukacita supaya bersangka buruk terhadap Allah dan berputus asa dari rahmat Allah SWT..
3. A’AWAN
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan, kekayaan dan kemewahan sehingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ‘alim ulama..
4. HAFFAF
Berkawan dengan kaki botol (pemabuk). Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat dan pesta2 yg melalaikan (contoh: konsert2, disko, kelab malam & tempat yang ada wanita penghibur dan minuman keras)..
5. MURRAH
Merosakkan dan melalaikan orang yang sukakan muzik, nyanyian dan tarian sehingga lupa untuk mengingati Allah. Termasuklah komposer, penulis lirik dan artis (penyanyi, pemuzik dan penari dll). Mereka ini diusahakan oleh syaitan2 ini supaya tenggelam dalam keseronokan, glamour, kemegahan, kemewahan hasil rezeki yang tidak halal dan lain-lain..
6. MASUUD
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan kata2 tidak elok, lucah dan cabul, menipu, fitnah, gosip, kejian (mengutuk), umpatan dan apa sahaja penyakit yang mula dari kata-kata mulut..
7. DAASIM
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, syaitan ini berusaha agar berlaku suasana tidak aman dan keruntuhan rumah tangga, anak2 bergaduh, suami isteri berkelahi, suami bertindak ganas dgn ahli keluarganya, isteri menuntut cerai, suami isteri jadi bercerai berai, anak-anak didera dan terabai serta pelbagai bentuk kerosakan di dalam institusi keluarga..
8. WALAHAAN
Menimbulkan rasa was-was dan tidak yakin dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk, mandi junub, solat dan lain2 ibadah sehingga menjejaskan amal soleh yang kita lakukan..
9. LAKHUUS
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari..

Syaitan yang manakah sering mengganggu anda? Lihat dan perhatikan pada diri anda sendiri..Adakah syaitan WALAHAAN menyebabkan anda was-was untuk menyebarkan maklumat ini ? anda sendiri jawab..