MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

21 Jun 2012

PERJUMPAAN NISFU SYAABAN PERAWAT DARUSSYIFA ' JASIN

Adalah dimaklumkan bahawa Darussyifa' Jasin akan mengadakan program Perjumpaan Nisfu Syaaban  semua perawat Darussyifa' Cawangan Jasin pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh  :  4 Julai 2012 (Rabu)
Masa   :  6.15 petang
Tempat : Medan Ikan Bakar Saba Aur (Muar)

Semua perawat dikehendaki berkumpul di perkarangan Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin pada jam 6.15 petang dan akan bertolak tepat jam 6.30 petang.

Tentatif program :

6.15 petang - berkumpul di perkarangan Darussyifa' Jasin
6.30 petang - bertolak di Saba Aur Muar Johor
7. 22 malam - Solat Maghrib
8.00 malam  - Tazkirah Ust Faisol Sheikh Mohamad (Penasihat Darussyifa' Jasin) dan perbincangan
8.15 malam  -  Jamuan ikan bakar
10.00 malam - bersurai

Objektif Program :
1. Merapatkan silaturrahim semua perawat Darussyifa' Jasin
2. Mendengar amanat penting pengerusi/penasihat Darussyifa' Jasin
3. Berbincang dan bertukar -tukar pendapat bagaimana mempertingkatkan lagi peranan Darussyifa dalam konteks membantu masyarakat seperti yang disarankan oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din dan juga pengerusi Darussyifa' Pusat Tuan Haji Rahman Ahmad.
4. Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan Darussyifa Jasin untuk dimuhasabah.

Semua perawat Darussyifa' Jasin diminta mengesahkan kehadiran kepada Tuan Setiausaha Ustaz Azrul.
Harap semua perawat melapangkan masa untuk program tersebut .Terima kasih

Tiada ulasan:

Catat Ulasan