MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

06 Jun 2013

Arwah Suami Datang Setiap Malam Untuk "Bersama" Isteri

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

03 Jun 2013

PENGAMBILAN PELAJARAN BARU DARUSSYIFA' MELAKA

Darussyifa' Cawangan Melaka telah mula mengedarkan borang permohonan untuk menjadi pelajar Darussyifa' Ambilan 4 dijangka bermula selepas Idulfitri. Borang permohonan boleh diperolehi melalui Pusat Rawatan Darussyifa Melaka dan juga melalui Darussyifa' Jasin pada hari-hari rawatan.

Permohonan akan diproses dan peserta akan ditemuduga dengan bacaan AlQuran serta soalan-soalan berkaitan Tauhid,fekah dan juga ibadah. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh Ustaz Halim yang juga setiausaha Darussyifa' Melaka.

Pelajar dikenakan yuran sebanyak RM500 sepanjang pengajian,yuran tersebut termasuk juga duit kitab,bag,tag dan sebagainya. Boleh dijelaskan sekali gus dan juga ansuran. Darussyifa'sangat menitik beratkan didiplin semasa belajar,jumlah credit hour yang tidak cuup boleh menjejaskan peluang untuk diijazahkan. Ada banyak ayat-ayat yang perlu dihafal sepanjang pengajian mengikut `peringkat-peringkat yang ditetapkan.

Anda yang berminat boleh menghubungi pengerusi,setiausaha atau bendahari Darussyifa' Jasin atau mana-mana AJK atau perawat Darussyifa' Jasin atau Melaka. Nombor telefon boleh diperolehi di sebelah kiri blog Darussyifa' jasin ini.

02 Jun 2013

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG AURAT.

Ramai yang menyatakan wanita arab agak kasar perlakuan mereka. Sekasar-kasar wanita arab, kebanyakan mereka berkelubung seluruh badan termasuk muka apabila berjalan keluar rumah.

Ramai yang menyatakan wanita melayu lemah lembut dan bersopan. Selembut-lembut wanita melayu, kebanyakan mereka tidak malu menyarung pakaian tidak sopan apabila berjalan keluar rumah.

Allahu Akbar! Takutlah kepada kemurkaan Allah sebelum kita melihat hukumanNya. Sungguh, kita tidak akan sanggup menghadapinya.

Renunglah diri sendiri dan sekeliling kita - sesuatu kepincangan menjadi kebiasaan apabila ramai orang yang melakukannya. Kita? Jadilah kumpulan segelintir yang berbeza. Kita? Turutlah perintah dan larangan Allah serta RasulNya.

PELIHARA DIRI,ISTERI DAN ANAK-ANAK DARIPADA BAKARAN API NERAKA

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU


Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.