MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

05 April 2013

MESYUARAT KHAS PEMBELIAN BANGUNAN DARUSSYIFA JASIN

Penasihat & Pengerusi
Antara perawat yang hadir


Perawat yang berpengalaman
Khusyu' mendengar penerangan
  • Semoga usaha kita untuk membantu orang ramai dipermudahkan oleh ALLAH.
  • Mudah-mudahan ALLAH membalas dengan sebaik-baik balasan kepada mereka yang telah memberi sumbangan samada kewangan.sokongan dan sebgainya.

03 April 2013


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw  sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang
2. Jangan tidur menghadap kaki arahQiblat. Inia dalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
3. Barangsiapa yang membacaTasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid.  Apa itu Tasbih Fatimah?  Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X,  Allahuakbar 34 X.
4. Baca 3 Qul tiup ketapak tangandan sapu keseluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

02 April 2013


Tahukah kita siapakah yang dinamakan ulamak suk (jahat)? Kadang-kadang kita tertipu dengan hujah yang disertakan dalil Al-Quran dan hadis bagi membolehkan sesuatu tindakan yang dilakukan oleh mereka. Ulamak suk ialah orang yang mempunyai ilmu dan hanya mementingkan keuntungan dunia semata-mata. Ia juga tidak gamak mencegah segala kemungkaran yang dilakukan oleh pemerintah atau orang kenamaan demi menjaga periuk nasinya....

01 April 2013

Apa terjadi pada tubuh kita di alam kubur?


SESUNGGUHNYA mayat di dalam kubur, akan melalui beberapa fasa perubahan, dan inilah fasa-fasa mulai pada malam pertama masuk ke alam kubur sehingga 25 tahun setelahnya.

Malam pertama di kubur tubuh badan mula membusuk dan ia dimulai daripada perut dan kemaluan. Subhanallah, perut dan kemaluan adalah dua hal terpenting yang dijagai oleh anak cucu Adam di dunia. Dua hajat, yang kerananya Allah azza wa jalla membuat manusia rugi di dunia akan membusuk pada malam pertamanya di kubur. Setelah itu, mulailah jasad berubah warna menjadi hijau kehitaman. Setelah pelbagai solekan, dan alat-alat kecantikan membuatnya memiliki ragam pesona, rupa-rupanya tubuh manusia hanya akan memiliki satu warna saja.

Malam kedua di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh lain membusuk seperti: limpa, hati, paru-paru dan rusuk.

Malam ketiga di kubur, mulailah anggota-anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk yang melampau.

Seminggu selepas itu, wajah mulai tampak membengkak, begitu juga dua mata, kedua bibir dan pipi.

Selepas 2 minggu, rambut mulai gugur.

Selepas 15 hari, lalat hijau mulai dapat mencium bau busuk dari jarak 5 km, dan ulat-ulat pun mulai menutupi seluruh tubuh.

Selepas 6 bulan yang tinggal hanya rangka tulang saja.

Selepas 25 tahun, rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji, dan di dalam biji tersebut, kita akan menemukan satu tulang yang sangat kecil yang disebut ‘ajbudz dzanab (tulang ekor). Daripada tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah azza wa jalla pada hari kiamat. Inilah tubuh yang selama ini kita jaga. Inilah tubuh yang kita berbuat maksiat kepada Allah. Oleh sebab itulah, jangan gunakan jasad ini secara sia-sia, kerana dia akan mendapatkan apa yang telah disebutkan.

31 Mac 2013


7 Amalan Sunnah Wajib Rasulullah SAW Seharian...
Assalamualaikum semua!~

Adakah anda tahu apakah amalan2 yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari? Kepada yang tahu, baguslah... Kepada yang tidak tahu, meh saya kongsi...

1. Solat Sunat Tahajjud

Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...

2. Membaca Al-Quran

Bilakah kali terakhir kita semua menyentuh dan membaca Al-Quran? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Sudah ber-tahun2? Jika jawapan kita adalah selain daripada semalam, maka kita semua di dalam situasi yang amat parah dan kritikal... Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran walaupun sehari kerana banyak faedah yang kita akan dapat dengan membaca Al-Quran... Bacalah dan sampaikanlah walau sepotong ayat...

3. Berjemaah di masjid

Dalam sehari, ada 5 waktu solat yang wajib kita lakukan... Dan di dalam ke-lima2 waktu tersebut, waktu solat yang mana yang akan kita lakukan secara berjemaah di masjid? Se-baik2nya, jejakkanlah kaki anda ke masjid untuk solat berjemaah walau untuk satu waktu... Selain memperoleh pahala sebanyak 27 kali ganda daripda sembahyang bersendirian, kita juga dapat memakmurkan masjid...

4. Menjaga Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha yang sinonim sebagai solat sunat yang membuka pintu rezeki... Rugi kalau kita melepaskan peluang untuk melakukan solat sunat Dhuha... Bagi yang bekerja, cuba curi2 masa untuk melakukannya kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan... Moga2 dengan melaksanakannya rezeki akan datang men-curah2 kepada kita...