MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

31 Mac 2012

MAKLUMAN RAWATAN DI SEGAMAT MALAM INI

Peringatan: Malam(31 Mac 2012)  ini rawatan  di Pusat Pendidikan Kitab Turath dan Tahfiz Melayu Raya Segamat .Bertolak jam 5.00 petang berhimpun di kompleks guru Jasin..

Maklumat  awal berkaitan dengan tempat rawatan.
Pusat Pendidikan Kitab Turath dan Tahfiz Al-Quran ini dibangunkan oleh Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz  dengan 2 buah bangunan  asrama lelaki dan perempuan serta bilik kuliah dan sebuah dewan besar serba guna. Terdapat lebih 70 pelajar lelaki dan perempuan  serta sebilangan guru. Pusat pendidikan tersebut baru sahaja dirasmikan tetapi mudir dan keluarga ,tenaga pengajar serta beberapa orang murid telah diserang oleh gangguan makhluk halus. Perkara berkenaan menimbulkan masalah kepada semua penghuni  madrasah tersebut termasuk juga mudir dan gurunya sehinggakan Al Fadhil Ustaz Razali Jamil terpaksa tawaquf sementara semua aktiviti kuliah umumnya.

Oleh yang demikian ,adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa'  Cawangan Jasin membantu sekadar termampu dan diharapkan dengan izin Allah usaha yang sedikit ini dipermudahkan oleh Allah dan dikembalikan seperti sediakala   suasana di pusat pendidikan tersebut.

Adalah diharapkan semua perawat Darussyifa dapat mengorbankan masa dan tenaga membantu Ustaz Razali.

30 Mac 2012

JENIS-JENIS RAWATAN


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.


1. Angin Ahmar2. Asma (juga termasuk Lelah)3. Badi Mayat & Badi Haiwan4. Barah (seperti Barah Payu Dara, Hati, Usus dan seumpamanya)5. Batu Karang6. Benda Tajam dalam Badan7. Bisa (Pelbagai jenis Bisa termasuk bisa sengatan serangga, bisa ular juga bisa sendi-sendi)8. Buah Pinggang9. Buasir10. Darah Rendah11. Darah Tinggi12. Demam Campak13. Demam Panas (juga Denggi, Hepatitis dll)14. Gangguan Emosi15. Gangguan Tidur16. Gastrik17. Gaut18. Gigi (Semua jenis sakit gigi termasuk sakit gusi)19. Gila Merian20. Jantung21. Kayap22. Kehilangan (Kehilangan barang atau anak lari dari rumah)23. Kenan & Kecacatan Bayi24. Kencing Malam25. Kencing Manis26. Keselamatan Diri dan Harta Benda27. Ketumbuhan28. Kolestrol tinggi29. Koma30. Lekat Tulang31. Lemah Semangat32. Lumpuh33. Magrin34. Mandul35. Mata (pelbagai jenis sakit mata)36. Mata Masuk Benda37. Memasuki Rumah Baru atau Pejabat Baru38. Memulihkan Pesakit Akibat Kesalahan Sendiri39. Menghentikan Tabiat Buruk40. Mudah Lupa41. Mudah Marah 42. Murah Rezeki (Mengatasi Gangguan Hutang)43. Nyanyuk44. Panas Baran45. Pelembut Hati46. Pemisah (seperti memisah tabiat kanak-kanak hisap bantal busuk)47. Pemutus Susu ( untuk bayi 2 tahun keatas daripada menyusu ibunya)48. Penahan (Kencing Tak Tus, darah sentiasa mengalir dan seumpamanya)49. Pendekat Jodoh50. Penerang Hati51. Penyakit yang Sukar diubati52. Penyelera Makan53. Resdung54. Sakit dalam Dada (seperti Sesak Nafas)55. Sakit Kepala56. Sakit Lutut dan Bengkak Sendi57. Sakit Perut58. Sakit Rindu59. Santau60. Sawan (pelbagai jenis Sawan seperti Sawan Tangis, Tarik & Babi)61. Segala jenis Gangguan Spiritual (termasuk gangguan sihir)62. Selsema yang berterusan63. Selusuh (Supaya senang melahirkan anak)64. Sukar Bersalin (seperti disebabkan oleh bayi Songsang didalam rahim)65. Sukar Tidur Malam66. Dan pelbagai jenis penyakit lain yang mungkin tidak tersenarai disini.

PEMBUKAAN PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' JASIN SATU LANGKAH TEPAT

JASIN 30 MAC -Usaha ahli-ahli Darussyifa' Jasin membuka pusat rawatan di Taman Maju Jasin amat dialu-alukan oleh orang ramai. Menurut mereka langkah tersebut memudahkan orang ramai mendapatkan rawatan alternatif selain daripada rawatan moden yang ada pada hari ini.Di Melaka juga terdapat dua pusat rawatan Darussyifa' iaitu di Madrasah Arrahmah,Solok Gaung Air Molek Melaka yang dibuka setiap Ahad sementara di Sungai Rambai dibuka setiap hari Sabtu.

Pusat rawatan Darussyifa' Jasin yang dibuka pada  waktu malam iaitu pada Isnin dan Khamis,memberi peluang pada orang ramai yang tidak mempunyai masa di waktu siangnya. Menurut salah seorang yanag ditemui oleh penulis, ianya memudahkan mereka mendapatkan rawatan kerana bekerja di siang hari dan agak susah untuk mendapatkan cuti.

Mereka yang ingin dapatkan rawatan khususnya berkaitan dengan gangguan,boleh dapatkan maklumat melalui blog ini atau menghubungi mana-mana perawat yang tertera.

29 Mac 2012

Bagaimana untuk mengatasi dan membuang bahan-bahan yang disyaki bahan sihir yang ditabur?


Tuan Guru Menjawab

Di pejabat saya, acap kali berlaku kecoh bila didapati benda-benda pelik ditaburkan di pintu pejabat bos kami, seperti kemenyan, beras kunyit, kain warna warni, telur, daging mentah dan bangkai burung gagak hitam bersepah sehingga ke dalam bilik bos saya. Apakah maksud kerja-kerja sebegini dan bagaimana untuk mengatasinya pada pandangan Dato'?


Jawapan
Sering berlaku berbagai benda pelik diletakkan di hadapan rumah, kedai, warung, tempat-tempat makan, di pejabat dan sebagainya.
Orang Melayu mempunyai kefahaman menebal adanya kerja halus dilakukan, untuk menyampaikan maksud jahat, tidak puashati dengan seorang ketua ataupun seorang teman sepekerjaan, lalu berfikir untuk menukarkan mereka ke tempat lain atau dengan tujuan tertentu.Perkara yang disebutkan saudari, memang ada imbas-imbas pekerjaan sihir, tetapi apakah setiap kali kita berjumpa perkara tersebut, hendak dikaitkan dengan sihir, atau mungkin ia suatu perang psikologi?

Mungkin ia bertujuan menakutkan seseorang, atau membuatkan orang yang 'dibuat' itu menarik diri dari jawatannya. Mungkin ianya kerja nakal, gurauan atau perbuatan suka-suka tanpa ada mainan sihir.
Jika diandaikan ia amalan sihir, saya rasa ianya tersasar. Sihir itu ialah perbuatan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Kebiasaannya kerja sihir dilakukan di tempat gelap dan bahan sihir biasanya disembunyikan.
Bahan sihir ditanam atau dimasukkan dalam konkrit, disangkutkan di atas bumbung atau di siling rumah dengan tujuan tiada orang yang dapat melihat.
Ia dilakukan dengan jampi mentera, berhubung dengan makluk halus sebagai perantara untuk menyampaikan maksud jahat mereka. Sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.

Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.
Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.
Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.
Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.
Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.
Keempat, jadilah panduan, Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.
Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.
Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua'lam.
Amalan selama 40 hari ditolak jika percaya benda ghaib

PERINGATAN ,MALAM INI BACAAN YASIN DI RUMAH TN HJ DALIB

Assalamualaikum,
Kepada semua perawat Darussyifa Jasin .
Sebagai tanda hormat dan terima kasih kepada Tuan Hj Dalib yang telah menginfakkan bangunannya untukdigunakan sebagai Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin,maka semua ahli diminta hadir dirumah beliau untuk bacaan Yasin pada hari Khamis (MALAM INI) selepas solat Maghrib. Harap semua hadir.

SERBAN RASULULLAH SAW DAN AMALAN SUNNAHNYA.



NOSTALGIA PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN



    
         
Rabu 28 Mac 9.40 malam  - Kali kedua Team Darussyifa Jasin merawat seorang pesakit di depan Matrikulasi Tangkak. Seperti biasa kami sama-sama membaca Yasin  dan zikir seterusnya memagar rumah.  Kali ini pesakit tersebut  muntah mengeluarkan lebih 60 batang jarum peniti,9 batang paku dan juga klip kertas serta kerongsang .. Anda bayangkan bagaimana pesakit tersebut kesakitan apabila dibacakan ayat-ayat tertentu dan ditepuk belakangnya sehingga mengelupur dan mengeluarkan jarum peniti dan paku !!

Inilah antara pengalaman-pengalaman mengerikan semasa merawat. Ya Allah,lindungilah kami,keluarga kami,rakan-rakan perawat kami dari gangguan makhluk halus samada daripada jin,syaitan.iblis mahupun manusia..Semoga pesakit tersebut sembuh dan perawat-perawat Darussyifa keseluruhannya diberi kekuatan dan kesihatan.

Perawat yang terlibat ialah Wak Berahim,Ust Joe,Ust Awang,Wak Seli, Tok Man serta Ust CD.

28 Mac 2012

MESYUARAT PERTAMA TEAM DARUSSYIFA' JASIN

 

 
Team darussyifa jasin buat kali pertamanya telah membentuk satu jawatankuasa terdiri daripada hampir 24 orang perawat di sekitar Jasin berkumpul di Pusat Rawatan Darussyifa Jasin di Taman Maju (belakang klinik Zanawati)

Mesyuarat tersebut telah memutuskan aktiviti,tatacara rawatan,masa ,jadual rawatan serta keperluan-keperluan lain apabila pusat rawatan Islam tersebut dibuka. Pusat Rawatan Darussyifa jasin akan dibuka secara rasminya pada 9 April 2012 (Isnin dan Khamis) bermula jam 7.00 malam hingga 10.30 malam di premis tersebut. . Anda yang memerlukan rawatan khususnya yang berada di sekitar Jasin boleh dapatkan maklumat melalui no Telefon yang tertera.

PAKU KELUAR DARI MULUT PESAKIT

 
Perawat team Darussyifa Jasin telah merawat seorang pesakit di Paya Mas Tangkak.pada  26 Mac 2012 jam 9.30 malam. Apa yang menghairankan ialah  paku sebanyak 15 batang telah keluar dari mulut pesakit yang dirawat,

Ianya agak mencemaskan apabila pasakit mengelupur kesakitan dan mengeluarkan paku-paku tersebut.Dalam satu kenyataan Wak Berahim,Wak Seli,Tok Man dan Ust Awang berasa terkejut dan inilah kali pertama bahan sepeti paku,kerongsang,skru dan jarum keluar dari mulut pesakit di samping  banyak lagi  kejadian-kejadian aneh yang berlaku.

Kami berharap pesakit tersebut sembuh dengan izin Allah. Amin.

27 Mac 2012

Pengalaman yang menakjubkan

Haaaa.... pesakit muntahkan paku ?
Tunggu berita dan gambar berkenaan malam ini di Pusat Rawatan Darussyifa Jasin.

MAKLUMAN MESYUARAT AJK DARUSSYIFA JASIN

Assalamualaikum,
Kepada semua ahli Darussyifa Jasin,satu mesyuarat jawatankuasa penaja akan diadakan pada malam ini 27 Mac 2012 jam 9.30 malam bertempat di Pusat Rawatan Darussyifa di Bangunan Hj Dalip (Belakang Klinik Zanawati) Taman Maju Jasin.
Semua ahli Darussyifa Jasin diminta hadir. 

26 Mac 2012

TANDA-TANDA SEKIRANYA ANDA TERKENA GANGGUAN JIN

SIMPTOM AWAL GANGGUAN JIN 
1) Sakit kepala selepas waktu asar ke atas. 
2) Badan terasa berat dan malas. 
3) Sukar mendapat jodoh. 
4) Badan terasa bisa-bisa. 
5) Sakit ketika ziarah orang meninggal. 
6) Sukar tidur malam. 
7) Sakit pinggang tanpa sebab. 
8 ) Sakit dada bila waktu asar keatas.
 9) Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya. 
10) Bermimpi bayi atau menyusukan bayi. 
11) Bermimpi di tempat tinggi. 
12) Bermimpi di tempat yang kotor. 
13) Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar. 
14) Ada terasa benda bergerak dibawah kulit. 
15) Bayi kerap menangis. 16) Bunyi guli jatuh diatas syiling. 
17) Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil. 
18) Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali. 
19) Malas beribadat. 
20) Nyanyuk ketika usia lanjut. 
21) Panas baran. 
22) Sikap berubah secara mendadak. 
23) Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran. 
24) Suka melakukan tabiat buruk. 
25) Kerap sendawa bila mendengar al-quran. 
26) Kerap keguguran. 
27) Gagal melakukan hubungan kelamin. 
28) Mengantuk bila dengar al-quran. 
29) Bermimpi seram yang menakutkan. 
30) Darah haid turun lebih 15 hari. 
31) Batuk yang berpanjangan. 
32) Selalu ditindih ketika tidur. 
33) Kuat berangan. 
34) Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan. 
35) Nafsu seksual yang melampau. 
36) Selalu melihat kelibat dirumah. 
37) Terasa diri selalu diperhatikan. 
38) Mandul. 
39) Kerap mendengar sesuatu bisikan. 
40) Melihat jin secara terus. 
41) Sakit mental atau gila


Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda di atas ,sgeralah dapatkan rawatan di pusat-pusat  rawatan Darussyifa yang berhampiran atau hubungi perawat-perawat Team Darussyifa Jasin seperti tertera di sebelah kiri blog

9 perkara membuatkan syaitan berpesta

  


Assalaamu alaikum warahmatullaahi wabarkatuh.
Sahabatku, Imam Ghazali mengajak kita untuk mengenali sembilan keadaan umat manusia yang membuat syaitan "pesta pora" kerana kejayaan menggoda manusia

1. Terjadinya perceraian rumah tangga. Iblis sebagai pimpinan para syaitan selalu memuji semua kejayaan para syaitan, tetapi Iblis akan membanggakan kumpulan syaitan yang berjaya menceraikan suami isteri, "... syaitan menggoda untuk menceraikan suami dengan isterinya (QS 2:102)

2. Derhaka pada orang tua

3. Perkelahian sampai membunuh atau terbunuh

4. Penagih arak-Dadah (QS 5:90)

5. Tenggelam dalam dosa zina, terus menerus berzina

6. Ketagihan duit haram, seperti penipu, koruptor, perompak, rentenir dan sebagainya

7. "Attakabburru bil hasadi wal intiqoomi" Angkuh dibarengi dengan sifat dengki, pemarah dan dendam kusumat (QS 31:18)

8. Menjadi dukun dan pengikut setia dukun

9. Puncak kegembiraan syaitan, manusia mati dalam keadaan ma'siyat sampai mati kafir kepada Allah, "Sesungguhnya orang-orag kafir, dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka dilaknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya" (QS 2:161).

"Ya Allah lindungi kami dari nafsu ma'siyat dan godaan syaitan yang terkutuk ... aamiin".

MESYUARAT PENAJA DARUSSYIFA JASIN

MAKLUMAN KEPADA PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA JASIN

Satu mesyuarat penyelarasan pembukaan Pusat Rawatan Darussyifa Jasin akan di adakan 
pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh     :    27 MAC 2012 (Selasa)
Masa      :    9.00 malam
Tempat    :     Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin ( Belakang Klinik Zanawati Taman Maju)

Semua perawat Darussyifa Jasin diminta hadir.