MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

15 Mac 2013


BENTENG PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA

Ada lima jenis benteng pertahanan dirikeluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;

i.                  Al-Muawwizat
ii.                Ayatul Kursi
iii.             Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv.             Ayat Berkubu
v.               Ayat Penggerak


1.0  AL-MUAWWIZAT (PELINDUNG-PELINDUNG)

BACAAN

            Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas

CARA

1.   Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2.   Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5.  Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6.  Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari


2.0  AYATUL KURSI
  
CARA

1.    Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.


3.0 AYAT  1 HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN

  
  
CARA

1.   Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah. Baca surahAl-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi. (Ikut arah Tawaf Kaabah). Bacakombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4 kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.




Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.


CARA

1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat). Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2.  Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan), Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3.   Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas. Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5.   Akhir sekali (bacaan yang ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama yang boleh kemudian hembus.

5.0  AYAT PENGERAK

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.



CARA

1.   Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, ataubermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2.   Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.


ANTARA PESANAN NABI SAW

Kerap menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita hingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada kita.

Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut nama Allah.

Makhluk yang berbuat baik kita puji melangit, tetapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan langsung tidak ingat. Sebaik-baiknya lidah kita memuji Allah saban waktu, bukan ucapan alhamdulillah hanya selepas kekenyangan. Pujian begini hanya di lidah tidak menyerap ke lubuk hati. Kita hendaklah sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah. Ini kerana dengan zikrullah manusia sentiasa ingat nikmat yang Allah limpahkan. Kata Imam Ibnu Qayyim, “Sesungguhnya zikir adalah makanan asas bagi hati dan roh, apabila hamba Allah gersang daripada siraman zikir, jadilah ia bagaikan tubuh yang terhalang untuk memperoleh makanan asasnya.”

11 Mac 2013


Kebaikan dan kelebihan Sedekah

Sebahagian ulama berkata : Sedekah itu 10 Kebaikan dan kelebihan - lima di dunia dan lima di akhirat.

Lima di dunia:

1. Mencucikan hartanya
2. Mencucikan badannya
3. Menolak daripada penyakit
4. Menggembirakan orang miskin dan menggembirakan 
    orang mukmin adalah semulia-mulia amal
5. Berkat hartanya dan diluaskan Allah rezekeinya

Lima di akhirat:

1. Dinaungkan Allah orang yang bersedekah di hari qiamat 
    ketika sangat panas
2. Ringan hisabnya
3. Berat timbangan (amalan) di akhirat
4. Mudah melalui titian siratulmustaqim
5. Bertambah darjatnya di dalam syurga

10 Mac 2013


KELEBIHAN MENINGGALKAN…

Umar r.a. diberitakan pernah berkata:

“Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan.

“”Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati.”

“Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya.”

“Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah.”

“Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya.”

"Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat.”

“Siapa yang meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri.”

“Siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah SWT,maka dia akan dianugerahi keselamatan dari iktiqad orang munafik.” wallahu’alam.