BENTENG
PERTAHANAN DIRI, KELUARGA DAN HARTA BENDA
Ada lima jenis benteng pertahanan diri, keluarga dan harta benda yang boleh diamalkan seperti berikut;
i. Al-Muawwizat
ii. Ayatul Kursi
iii. Ayat 1 hingga 9 Surah Yaasin
iv. Ayat Berkubu
v. Ayat Penggerak
1.0 AL-MUAWWIZAT
(PELINDUNG-PELINDUNG)
BACAAN
Al-Muawwizat iaitu;
1. Surah Al-Ikhlas
2. Surah Al-Falaq
3. Surah An-Naas
CARA
1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membacaSurah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangankeseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari
2.0 AYATUL KURSI
CARA
1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekelilingmengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah(mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalamatau diluar rumah.
3.0 AYAT 1
HINGGA 9 DALAM SURAH YAASIN
CARA
1. Untuk memegar diri, keluarga dan harta benda
2.Berdiri disatu penjuru rumah (katakan dihadapan rumah sebelah kanan)sambil menghadap penjuru rumah satu lagi iaitu dikiri rumah.
Baca surahAl-fatihah diikuti Surah Yaasin ayat 1~9. Sambil baca, sambil berjalanmenuju kepenjuru rumah satu lagi.
(Ikut arah Tawaf Kaabah).
Bacakombinasi ini di setiap penjuru iaitu sampai bertemu penjuru yang mula-mula.Jumlahnya 4
kali. Akhir sekali baca kombinasi ini sambil mengisyaratmendinding keseluruhan bumbung rumah.
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Aku berkubudengan kubu Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan nabiMuhamad RasululLah.
|
CARA
1. Berdiri menghadap kiblat (ke arah barat).
Baca ayat ini kemudian tiupsehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan ke kiri.
2. Pusing ke arah kiri (sekarang berdiri ke arah selatan),
Baca ayat inikemudian tiup sehingga habis nafas ke hadapan sambil menoleh kanan kekiri.
3. Lakukan perkara yang sama untuk arah timur dan utara
4. Berpaling semula ke arah kiblat, baca lagi kemudian tiup kebawah sehinggahabis nafas.
Baca lagi kemudian tiup kearah atas sehingga habis nafas
5. Akhir sekali (bacaan yang
ke-7), baca ayat ini kemudian tarik nafas dantahan nafas seberapa lama
yang boleh kemudian hembus.
Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi jugadilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.
|
CARA
1. Bila hendak pergi kesesuatu tempat yang berisiko atau merbahaya, ataubermusafir atau balik kampung atau hendak membuat sesuatu perkerjaanyang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaanyang berisiko, maka baca ayat ini tujuh kali.
2. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini,berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga tujuh kali bacaan lancarbaru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan