MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

11 September 2014

PERHATIAN UNTUK PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN - TUGASAN SEPANJANG TAHUN 2014 - 2015

JADUAL TUGAS PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN

Kumpulan 1
Ustaz Anuar muhammad
Ustaz Abdullah Suhaimi
Ust Azli Khalid Abu Khair
Ust Jefri Mohd Tohir
UstAzlan Abu Kasim
Ust Rahimi Yusof
Ust faisol Sheikh Mohamad
Ust Yusle b. Yusof (Ketua)
Ust Shamsudin b. Hj Ali
Ust Saidi b. Sulaiman
Hj Abu Bakar
Ust Zainurin b. Md. Yasin
Tarikh Bertugas.
Tahun 2014
(11,18,25 Sept) (2,9,16,23,30 Okt ),(6,13,20,27 Nov ) (4,11,18,25 Dis )
Tahun 2015
(2,9,16,23,30 Jan) (5,12,1926 Feb) (5,12,19,26 Mac) ( 2,9,16,23,30 April) (7,1421,28 Jun) (30 Jul) (6,13,20,27 Ogos) ( 3,10,17 Sept )
KUMPULAN 2
Ust Azrol Abu Aman
Ust Hazman Hamzah
Ust Ibrahim Kamsan (Ketua)
Ust kamalruzaman Ahmad
Ust Khairudin Keling
Ust Mazlan Maadom
Ust Mohamad Kechik
Ust Mohd Nazri Zainal
Ust Hj Nordin b Hj Yusof
Ust Rahmat Minhat
Ust Raihan Ismail
Ust Hj Awang Ab Rahman
Ust Hj Sayuti
Tarikh Bertugas
Tahun 2014
(15,22,29 Sept) (13,20,27 Okt) (3,10,17,24 Nov) (8,15,22,29 Dis)
Tahun 2015
(6,13,20,27 Jan) (2,9,16,23 Feb) (2,9,16,23,30 Mac) ( 6,13,20,27 April) ( 4,11,18,25 Mei) (1,8,15 Jun) (27 Jul) (3,10,17,24,31 Ogos) (7,14,21,28 Sept)

PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA KE TANAH SUCI MEKAH

3 orang perawat Darussyifa Jasin telah pergi ke tanah suci Mekah beberapa hari lalu. aMeraka yang terlibat ialah Tuan Hj Nordin b. Hj Yusof,Ustaz Awang dan Ustaz Sayuti. Pemergian meeka ke sana diiringi oleh isteri masing-masing.. Jawatankuasa dan seluruh ahli Darussyifa Jasin mendoakan mereka bertiga dan pasangan masing-masing memperolehi haji yang mabrur dan selamat kembali ke tanah air insyallah.

HARI INI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' JASIN DIBUKA SEPERTI BIASA

Makluman kepada semua  pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di pusat rawatan Islam Darussyifa ini,anda bolehlah datang seperti biasa pada setiap hari  Isnin dan Khamis bermula dari jam 8.00 malam hingga 10.30 malam.
Anda tidak perlu membawa air kerana air yang telah dibacakan engan Surah Yasin dan zikir ada disediakan dengan bayaran RM2.50 sebotol.

23 Jun 2014

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Assalamualaikum..Semua perawat Darussyifa' Jasin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak yang akan menjelma tidak berapa lama lagi.Sehubungan dengan itu,Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin akan menangguhkan rawatan di pusat rawatan sepanjang bulan Ramadhan ini.
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan tahun-tahun yang lepas.Marilah sama-sama kita meningkatkan ibadah di bulan mulia ini.

19 Mac 2014

SOALAN YANG SERING DITANYA TENTANG DARUSSYIFA' MELAKA

UNtuk makluman semua,di Melaka kita ada 3 pusat rawatan :

1. Darussyifa' Melaka - beroperasi di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka. Waktu Rawatan ialah setiap hari Ahad dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengahari.

2. Darussyifa' Jasin - beroperasi di Taman Maju Jasin,berhampiran dengan Shell atau di bangunan belakang 7-Eleven Taman Maju. Dibuka setiap hari ISNIN DAN KHAMIS - BERMULA JAM 8.00 MALAM HINGGA 10.30 MALAM

3. Daraussyifa Sungai Rambai - beroperasi berhampiran dengan Kolam Paning Koperai Darussyifa' atau berdekatan PETRONAS Sg Rambai.Dibuka setiap hari SABTU bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.

Sekian untuk makluman

Tikar terbang tanda syirik berleluasa - Datuk Dr Harun Din




 PETALING JAYA: Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din mengajak umat Islam kembali kepada cara hidup Islam dan sistem Islam.  Katanya, air di empangan semakin kurang, hampir ¾ Malaysia berjerubu dan terbaru kehilangan kapal terbang MAS MH370. “Berpuluh-puluh kapal dan kapal terbang mencari MH370 tapi tak jumpa pun. Allah menguji kita bahawa ilmu kita sangat sedikit berbanding dengan ilmu Allah,” kata beliau dalam kuliah maghrib di sebuah masjid di Selangor yang dimuatkan intipati kuliahnya dalam Facebook.

Inilah kali pertama beliau bersuara selepas berlakunya peristiwa kehilangan MH370 itu pada 8 Mac lalu.  Sambil memetik ayat al quran yang bermaksud, beliau berkata “ Jangan makan dan minum yang haram. Kalau kita langgar, ia mengundang kemurkaan Allah lalu Allah menurunkan bala kepada semua”. Beliau turut mendakwa kehilangan pesawat MAS itu menjadikan negara kita tumpuan seluruh dunia. “Tetapi Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi berkata kita biarkan syirik berleluasa,” katanya merujuk tindakan Raja Bomoh di KLIA yang menjadi bahan jenaka seluruh dunia.

Katanya, memang yang itu berlaku sebenarnya . “Allah hina negara kita dengan peristiwa seperti itu,” katanya lagi.  Beliau berkata manusia tidak melihat peristiwa itu dengan mata hati kerana mata hati kita kotor dengan maksiat. “Allah mahu kita kembali kepadaNya dan bertaubatlah dan insaflah,” tegasnya lagi.  Katanya, bila dah tiga empat hari kapal terbang tak diumpai, baru nak ingat pada Allah . “Baru nak buat solat hajat. Bagi yang terang mata hati, terus baca innalihi waina ilahi rajuin sewaktu awal-awal peristiwa itu berlaku,” katanya.

Beliau mencadangkan supaya MAS mencontohi penerbangan Arab Saudi dan Brunei yang berdoa selamatkan penerbangan mereka sebelum kapal terbang berlepas. “Sepatutnya kita berserah kepada Allah dalam setiap permulaan penerbangan,” katanya sambil mengajak umat Islam melihat dengan mata hati dan bukannya dengan mata kasar.

08 Mac 2014

Mesyuarat AJK Kali Pertama 2014

Jasin_03 Mac.Mesyuarat AJK Darussyifa Jasin Kali pertama telah diadakan di Pusat Rawatan Jasin.
Pelbagai isu telah dibincangkan,antaranya ialah;
1.Etika perawat ketika merawat
2.Dana Persatuan

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Utz Kamalruzaman.