MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

09 Julai 2012

Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran


Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).” 
(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”(Riwayat Muslim)

08 Julai 2012

Darussyifa' Cawangan Jasin - berkhidmat kepada masyarakat

Semalam 7 Julai 2012 perawat Darussyifa' Cawangan Jasin telah dijemput untuk memberi bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Bemban. Alhamdulillah proses memagar kawasan sekolah berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari seluruh warga sekolah termasuk Guru Besar,guru-guru,PIBG,JKKK dan juga pegawai adat dan syarak. Mudah-mudahan mereka diberi perlindungan daripada Allah Taala dan dipermudahkan segala urusan serta dihindarkan dari gangguan makhluk halus dan juga manusia, insyallah.

Malam ini 8 Julai 2012 semua perawat dipersilakan hadir di kilang ANSEL di Kawasan Perindustrian Air Keroh untuk program memagar kawasan kilang. Program bermula dengan solat Isya,bacaan Yasin dan zikir seterusnya memagar kawasan kilang dan rawatan. Harap maklum.

KENAPA KITA DIANJURKAN BERGERAK MENGIKUT LAWAN ARAH JAM ?

Bagaimanakah anda mengacau makanan atau minuman?

Menggunakan arah jam atau arah lawan jam?

Setiap ciptaan Allah SWT di alam ini semuanya bergerak berlawana dengan arah jam.

Berpandukan sunnah Rasulullah, baginda sentiasa mengacau dengan menggunakan arah lawan jam. Tentu ada hikmah tersirat di sebalik perbuatan Rasulullah yang mulia. Di Darussyifa' juga kita mengamalkan pagar rumah mengikut lawan arah jam termasuklah ketika menyapu bahan pada anggota pesakit.

Mari kita soroti, mudah-mudahan Allah memberi kita petunjuk.

Pada struktur atom, terdapat electrons yg merupakan satu-satunya objek yang bergerak dalam atom. Ia mengandungi cas negatif dan berputar mengelingi nucleus dlm kedudukan arah lawan jam.

PETUA PENGIDAP PENYAKIT KRONIK


Petua Rasulullah saaw buat yang menghidap penyakit kronik..


Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik (kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir) kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;

"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."

Menurut  Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula.

Mesti cuba tau! Moga Allah menganugerahkan sifat istiqamah kepada kita semua.
by Ustaz Zahazan Mohamed

CARA NAK PANJANG UMUR...


Kematian adalah hak Allah Swt, tanpa mampu kita menolaknya secara apapun jika Allah berkehendak, dan juga maju mundurnya kematian adalah hak Allah Swt.

Tetapi, ada satu perkara yang mampu membuat kematian di tunda oleh-Nya. Lalu bagaimana caranya dan mengapa itu boleh terjadi? Berikut ini sebuah contoh kisah yang benar - benar terjadi pada masa kenabian Ibrahim as.

Suatu hari, Malaikal Maut mendatangi Nabi Allah Ibrahim, dan bertanya, “Siapa anak muda yang tadi mendatangimu wahai Ibrahim?

Yang anak muda tadi maksudnya?” tanya Ibrahim. “Itu sahabat sekaligus muridku.”

“Ada apa dia datang menemuimu?”

Dia menyampaikan bahwa dia akan melangsungkan pernikahannya besok pagi.”