MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

08 Julai 2012

Darussyifa' Cawangan Jasin - berkhidmat kepada masyarakat

Semalam 7 Julai 2012 perawat Darussyifa' Cawangan Jasin telah dijemput untuk memberi bantuan kepada Sekolah Kebangsaan Bemban. Alhamdulillah proses memagar kawasan sekolah berjalan dengan baik dan mendapat kerjasama dari seluruh warga sekolah termasuk Guru Besar,guru-guru,PIBG,JKKK dan juga pegawai adat dan syarak. Mudah-mudahan mereka diberi perlindungan daripada Allah Taala dan dipermudahkan segala urusan serta dihindarkan dari gangguan makhluk halus dan juga manusia, insyallah.

Malam ini 8 Julai 2012 semua perawat dipersilakan hadir di kilang ANSEL di Kawasan Perindustrian Air Keroh untuk program memagar kawasan kilang. Program bermula dengan solat Isya,bacaan Yasin dan zikir seterusnya memagar kawasan kilang dan rawatan. Harap maklum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan