MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

24 Mei 2013

ANTARA PENYAKIT YANG DIRAWAT DI DARUSSYIFA'


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.

ANDA BERTANYA ,TUAN GURU MENJAWAB

Apakah hikmahnya Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat rupa asal mereka. Dalam masa yang sama makhluk ini memusuhi manusia dan sering menyakiti manusia. Senang mereka memperlakukan manusia kerana mereka dapat melihat manusia. Mengapa begitu, harap Dato' jelaskan.
ZAINAL ABIDIN HUSSIN
Kota Sarang Semut
Jawapan
Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada kalangan mereka beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):"Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya."
Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya)""Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara."
Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita.
Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus.
Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus.
Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus.

23 Mei 2013

Rawatan Islam Darussyifa' malam ini 23 Mei 2013

Rawatan Darussyifa' malam ini berjalan seperti biasa bertempat di Taman Maju Jasin bermula jam 7.30 malam. Didahului dengan solat Maghrib,bacaan Yasin,zikir,Solat Isya dan rawatan. Anda digalakkan solat berjemaah serta baca Yasin bersama kerana ianya adalah sebahagian daripada rawatan.

"ORANG GILA"


Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

22 Mei 2013

Perawat Darusyifa Jasin berkhidmat untuk masyarakat Parit Sulong Batu Pahat.

JASIN 21 MEI - Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin telah menerima undangan rawatan di Masjid Parit Sulong Muar Johor di bawah kelolaan pengurusan masid tersebut. Kira-kira empat ratus orang ahli jamaah termasuk lelaki dan perempuan telah diberi penerangan dan taklimat berkaitan rawataan yang disediakan. Sementara itu empat belas orang perawat Darussyifa' Jasin yang diketuai oleh Ustaz Faisol Sheikh Mohamad telah membantu hampir 100 orang pesakit yang menerima rawatan. Mereka berharap program seperti itu akan diadakan di masa-masa akan datang sebagai alternative rawatan moden yang sedia ada.
 
Pujian harus diberi kepada pengurusan masjid kerana disamping mengadakan kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Faisol,mereka juga mengadakan program rawatan untuk  mengelakkan orang ramai kususnya di kariah masjid tersebut menerima rawatan daripada dukun atau bomoh atau pihak-pihak yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan. Ustaz Faisol dalam ucapannya menyeru orang ramai berhati-hati dengan pihak berkenaan dan kembali kepada fitrah kejadian manusia menerima Islam sebagai satu penyelesaian masalah.

DARUSSYIFA' JASIN SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN SUMBANGAN SERTA INFAK ANDA

Darussyifa' Jasin dalam proses memiliki bangunan sendiri di Jasin Melaka. Oleh yang demikian pihak kami sangat memerlukan sumbangan anda dalam bentuk kewangan demi merilisasikan impian dan harapan agar tertegaknya sebuah pusat rawatan Islam khususnya di Selatan Tanah Air.Ketika ini kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk proses awal tetapi jumlah  yang diperlukan lebih dari itu.

Pihak kami ada menyediakan sijil waqaf yang bernilai RM50.00 untuk satu kaki persegi dan masih lagi menjualnya kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam. Di samping itu juga kami mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang r amai yang berhajat untuk menginfakkan  atau mewaqafkan kepada arwah ibubapa,saudara mara, atau siapa sahaja di samping untuk diri sendiri.Semua sumbangan boleh disampaikan melalui bendahari atau sesiapa sahaja jawatankuasa Darussyifa' Jasin atau masukkan terus ke akaun bank Islam seperti nombor yang disediakan di atas blog ini.
Semoga Allah memberkati usaha baik kita bersama ,insyallah.