MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

29 Mei 2012

Album gambar Perawat Darussyifa' Jasin

Pengerusi Darussyifa' Caangan Melaka Ustaz Faisol Sheikh Mohamad (tengah) bersama dengan Ustaz Kamarudin Hj Sedik ( Pengetua Sekolah Menengah Agama Arrahmah  Air Molek Melaka) ketika perasmian bangunan Pusat Rawatan Darussyifa' Melak.

ANDA BERTANYA ,TUAN GURU MENJAWAB


Adakah sama Saka dengan Qareen?

Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato' sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?

Jawapan
Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.

Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.

SELAMAT BERCUTI PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN

Selamat bercuti kepada perawat-perawaat Team Darussyifa' Jasin yang akan ke kampung halaman mereka di seluruh pelusuk tanah air . Ust Yusle Hj Yusof (Pulau Pinang) Ust Saidi Sulaiman ( Kuantan ) Ust Zulkifli Ahmad (Terengganu) Ust Ibrahim Kamsan,Ust Adzli,Ust Kamalruzaman(Kedah) Tn Hj Shamsudin (Kelantan) dan tidak lupa kepada Tuan Haji Nordin Hj Yusof yang kini berada di Vietnam.

Semoga kalian dalam keadaan sihat dan kembali semula ke Jasin dan meruskan usaha murni Tuan Guru Dato Dr  Haron Din membantu mereka yang memerlukan pertolongan.

Kepada perawat -perawat yang masih ada di Jasin,anda diminta membantu memenuhi jadual yang ditetapkan,insyallah.

10 JAM TUAN GURU BERTARUNG NYAWA





BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.
Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.
Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron (gambar)yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu. Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.

"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke  ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.