Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
23 Mac 2012
MELAKAR SEJARAH
Pada 20 Mei 2010, Darussyifa' telah melakar sejarah apabila telah menandatangani MOU dengan Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS). Dengan termenterainya perjanjian ini, buat pertama kalinya Diploma Pengubatan Islam akan diajarkan di peringkat universiti di negara ini.
( PETIKAN DARI LAMAN WEB DARUSSYIFA' BANGI )
22 Mac 2012
IKHTIAR RAWATAN BARAH & KANSER
Barah-
- ia merupakan sejenis penyakit yang merbahaya dan merupakan pembunuh yang sgt berjaya di Malaysia
- Sering dikaitkan dengan pengambilan makanan yang tinggi kandungan lemak, terdedah kepada kimia, akibat serangan Hepatitis B, dan pengambilan ubat2 yang tertentu.
- Ia berlaku apabila sel-sel yang tumbuh itu terus membentuk dan menjadi kumpulan sel yang kelihatan bengkak.
- apabila sel-sel ini bengkak dibahagian-bahagian tertentu, maka ia boleh menyekat salur darah dan boleh menyebabkan kerosakan dibahagian lain.
- penyakit ini apabila dibiarkan boleh menyebabkan jangkitan ke bahagian lain seperti pundi kencing, buah pinggang dan seumpamanya.
Jenis & Punca-
- Barah Pangkal Rahim - melakukan hubungan jenis rambang dengan ramai pasangan berkemungkinan akan menyebabkan penyakit ini. ia berlaku kerana jangkitan kuman kepada pangkal rahim.
- Tanda2 - berlaku pendarahan yang tidak tentu, keluar keputihan yang busuk dan berdarah, pendarahan selepas melakukan hubungan kelamin, ataupun berlaku pendarahan selepas putus haid (menopause).
- Barah paru-paru - kebanyakan punca ianya terjadi diakibatkan oleh pengamalan menghisap rokok.we all know about that right?
- Barah Nasofarink - berlaku disebabkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan garam secara terus-menerus dalam jumlah banyak dalam jangka masa panjang. Ikan masin atau lobak masin mengandungi jumlah garam yang banyak.
- Tanda2 - Ketumbuhan berupa benjolan atau berlaku pembesaran kelenjar leher. Hidung tersumbat, atau seperti masalah selesema namun lebih kerap dari biasa diiringi hingus pekat atau berwarna. (more info)
- Barah Tulang - kehadiran tumor pada mana-mana bahagian tulang dalam tubuh manusia. (more info about bone cancer)
Gambar 2: Kehadiran tumor pada tulang.
Kaedah Rawatan
- Bahan rawatan yang dinyatakan adalah secara herba dan ayat al-Quran. Sebaiknya kita usaha dengan menggunakan rawatan moden dan juga secara herba. Allah jugalah yang Maha Penyembuh segala penyakit.
- Bahan-bahan rawatan yang perlu disediakan untuk merawat sakit ini ialah :
- air yang telah didoakan
- kapur kulit kerang.
- Rumput Sambau
Gambar 4: Rumput Sambau - Sebiji Mangkuk Putih
Gambar 5: Mangkuk putih tanpa corak
- Bacaan doanya ialah:
- Al-Fatihah( lebih baik apabila dibaca dengan 1 nafas)
- Surah Al-Ikhlas dibaca 4 kali (lebih baik dibaca dengan 1 nafas).
3. Ayat Pengecil
![]() |
Ayat Pengecil |
4. Surah Al- Qalam, ayat 1-3 (lebih baik dibaca dengan 1 nafas)

21 Mac 2012
Cara Menggunakan Daun Bidara
Antara dalilnya ialah sebagaimana yang dsebutkan oleh Abul Hasan Ali ibn Khalaf yang dikenali Ibn Battal al-Maliki yang mensyarahkan sahih Bukhari ketika menghuraikan hadith berkenaan sihir :
“(Hendaklah dia mengambil tujuh helai daun bidara yang segar hijau lalu menumbuknya di antara dua batu (iaitu menggunakan lesung) kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayatul kursi, tiga qul (ada yang mengatakan empat qul termasuk surah al-Kafirun) kemudian dihirup sekurang-kurangnya sekali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut. Sesungguhnya ia akan menghilangkan apa sahaja yang dihidapinya dengan izin Allah, ia baik bagi lelaki yang tertahan daripada mendatangi isterinya (tidak boleh berjimak disebabkan sihir)”
Dalam contoh lain, Nabi SAW juga menjelaskan bahawa ketika memandikan mayat selain dimandikan dengan air bersih, salah satu mandian mayat tersebut perlu menggunakan campuran air dengan daun bidara. Ini menunjukkan terdapat khasiat khusus pada daun bidara sehingga digunakan ketika memandikan mayat.
Kaedah rawatan :
Ambil sekurang-kurangnya 21 helai daun bidara untuk kegunaan tiga hari iaitu setiap hari menggunakan 7 helai. Ambil tujuh helai daun bidara ini kemudian tumbuk dengan lesung batu sehingga separuh hancur. Campurkan daun yang separuh hancur itu dengan air yang telah didoaka. Minum sedikit air ini kemudian dibuat bilasan mandi di waktu petang. Lakukan kaedah ini selama tiga hari berturut-turut.
Rujukan : Rawatan Penyakit Jasmani (I), Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din
19 Mac 2012
Merawat Di Batu Pahat
Pada 11.03.2012,perawat Darusyifa Melaka telah diundang untuk merawat di Batu Pahat.Program diadakan sempena majlis ramah mesra penduduk di Taman Mesra Batu Pahat.Seramai 10 orang perawat dari Melaka telah hadir.Sambutan daripada penduduk setempat amat menggalakan.Ribuan terima kasih kepada AJK Taman yang telah menjemput kami.
Di antara penduduk setempat yang hadir
Utz.Faisol sedang memimpin bacaan Yaasin
Wak Berahim,Wak Seli & Wak Man ( WM )
18 Mac 2012
AIR KENCING BABI ?
"Ustaz, anak perempuan saya ni sedang belajar di sebuah kolej di Melaka. Sejak beberapa minggu ni dia asyik tidak sedarkan diri. Ini menyebabkan pelajarannya terganggu. Untuk makluman ustaz anak saya ni ada seorang teman lelaki,baru-baru ini teman lelakinya ada beri beberapa botol "ubat" berbentuk spray dan juga minyak wangi. . Saya muskil dengan apa yang diberikan itu,jadi saya paksa dia berterus terang kepada saya apakah sebenarnya botol-botol kecil dan spray serta ayat-ayat berbentuk memuja itu?
Setelah didesak,alangkah terkejutnya saya,rupa-rupanya cecair tersebut adalah najis babi ! dan semua bahan yang saya bawa itu adalah najis ! Celaka punya jantan !!"
Itu adalah sebahagian daripada masalah masyarakat yang berlaku dalam masyarakat kita yang diceritakan semasa rawatan ahad lepas.
Moralnya,kita mestilah berhati-hati dengan siapa sahaja walaupun orang berkenaan baru kita kenali kerana kadang-kadang mereka mengambil kesempatan dengan mengenakan sihir dan sebagainya.
Setelah didesak,alangkah terkejutnya saya,rupa-rupanya cecair tersebut adalah najis babi ! dan semua bahan yang saya bawa itu adalah najis ! Celaka punya jantan !!"
Itu adalah sebahagian daripada masalah masyarakat yang berlaku dalam masyarakat kita yang diceritakan semasa rawatan ahad lepas.
Moralnya,kita mestilah berhati-hati dengan siapa sahaja walaupun orang berkenaan baru kita kenali kerana kadang-kadang mereka mengambil kesempatan dengan mengenakan sihir dan sebagainya.
DARUSSYIFA JASIN AKAN BUKA PUSAT RAWATAN
Darussyifa Jasin akan membuka purat rawatan terbaru di Taman Maju.
Tunggu kemunculan kami di Jasin.
Anda yang berada di sekitar Jasin akan memperolehi manfaat daripada pembukaan pusat rawatan tersebut.
Kami akan maklumkan tarikh dan masa pembukaan pusat rawatan berkenaan.
Langgan:
Catatan (Atom)