MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

17 November 2013

IJTIMA' DARUSSYIFA' KALI PERTAMA 2013

KUIS_16 November 2013.Julung-julung kalinya Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia ( Darussyifa' ) telah mengadakan Ijtima' Perawat Darussyifa' Semalaysia.Ijtima' yang telah diadakan ini bagi menyambut 25 tahun penubuhan Darussyifa' dan telah berjaya mengumpulkan seramai 2000 perawat dari seluruh Malaysia.Program yang diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 10.00 malam ini berjalan lancar.Banyak perkongsian ilmu yang diperolehi.Diharapkan Ijtima' seperti ini dapat diadakan lagi pada masa-masa akan datang.Banyak ilmu,nasihat,motivasi dan kata-kata peransang yang telah disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Haron Din.Kami mendoakan semoga ALLAH sentiasa memberi kesihatan kepada Tuan Guru sekeluarga.Amin..

Bersama Perawat dar KL
Ustaz Yuslee & Ustaz Kamalruzaman

Berehat sebentar sesi pagi

Bersama Ustaz Fauzi

Perawat Pusat Rawatan Jasin
Menuju ke meja pendaftaran
Di dalam dewan
Sesi pendaftaran pagi
Perawat yang mempunyai gambar
dan maklumat berkaitan Ijtima'.boleh menghubungi admin untuk dimuatnaik ke dalam blog.




















04 November 2013

PENGUMUMAN PENGERUSI DARUSSYIFA' PUSAT

Assalammu'alaikum warohmatullah,

Adalah dimaklumkan kepada semua perawat Darussyifa, anda tidak perlu mendaftar secara terus dengan Kementerian Kesihatan, pendaftaran nama-nama perawat Darussyifa' ke Kementrian Kesihatan dilakukan oleh pejabat Darussyifa' Pusat.

Yang dimaksudkan dengan perawat Darussyifa' di atas ialah mereka yang telah mengisi borang sebagai perawat Darussyifa' dan telah disahkan sebagai perawat oleh Pengerusi Darussyifa'. Perawat yang telah disahkan sebagai perawat telah diberikan Kad Perawat Rasmi Darussyifa'. 

Bagi perawat-perawat Darussyifa' yang belum lagi mengisi borang perawat, maka mereka belum lagi diiktiraf sebagai perawat rasmi yang berdaftar.

Yang benar,

Haji Abdul Rahman Ahmad
Pengerusi Darussyifa' Malaysia
14-Mac-2013

PENGAMBILAN PELAJAR BARU DI DARUSSYIFA' PUSAT DI BANGI - ANDA YANG BERMINAT SILA MOHON SEKARANG

PENGAMBILAN PELAJAR BARU DARUSSYIFA' PUSAT



PENGAMBILAN PELAJAR BARU KUMPULAN KE-26 DARUSSYIFA' PUSAT - SESI 2013/2014

Tarikh Tutup Permohonan: 15-November-2013 (JUMAAT)
Tarikh Temuduga: 30-Nov-2013 (Sabtu) & 1-Dis-2013 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg

Borang Pendaftaran:

Butiran Permohonan
1. Tarikh Tutup Permohonan: 15 November 2013
2. Tarikh Temuduga: 30-Nov-2013 (Sabtu) & 1-Dis-2013 (Ahad) @ 8:00 pg ~ 10:00 pg
3. Sila layari laman web Darussyifa' http://www.darussyifa.org untuk maklumat dan pengumuman terkini.
Syarat-syarat permohonan:-
a. Permohonan untuk mengikuti kursus pengubatan ini hendaklah menggunakan borang yang disediakan. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan lengkap.
b. Pemohon mestilah beragama Islam dan berumur 18 tahun dan ke atas.
c. Pemohon yang bukan warganegara Malaysia boleh juga diterima untuk mengikuti kursus ini dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu.
d. Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah disertakan dengan satu salinan Kad Pengenalan.
e. Borang permohonan yang diterima selepas tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.
f. Setelah permohonan diproses, satu sesi temuduga akan diadakan untuk memilih calon-calon yang benar-benar layak sahaja.
g. Pemohon yang gagal hadir untuk temuduga, maka dengan sendirinya permohonan akan ditolak. Sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan dan anda boleh membuat permohonan semula ditahun-tahun yang akan datang.
h. Pemohon yang telah berjaya diterima dan lulus temuduga, hendaklah sanggup dan mampu membayar yuran sejumlah RM600 setahun (bayaran ini untuk pendaftaran, buku teks, yuran ahli seumur hidup dan yuran pengajian). Pada hari pendaftaran bayaran minimum ialah RM 300.00.
i. Pemohon yang telah berjaya diterima juga dimestikan untuk menghadiri sepenuhnya kuliah pengubatan setiap hari Isnin malam Selasa selama setahun di Bangunan Darussyifa' Bandar Baru Bangi. Jika sekiranya pemohon didapati lemah dalam ilmu bacaan al-Quran, pemohon dimestikan untuk menghadiri kelas Tajwid dan kelas-kelas lain yang ditentukan kemudian.
Sebarang pertanyaan sila emailkan ke darussyifa.malaysia@gmail.com  atau telepon pejabat Darussyifa': 03-89250443 atau hubungi Ustaz Zafran (012-680 7992) atau Ustaz Jufry (019-3634124) dari jam 9:00 pagi hingga 5:00 petang sahaja.

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' JASIN DIBUKA HARI INI

Makluman kepada semua penjenguk blog Darussyifa Jasin,pusat rawatan kami akan dibuka pada malam ini Isnin 4 November 2013 bermula jam 7.30 malam bermula dengan solat Maghrib,bacaan Yasin,solat Isya berjemaah dan diakhiri dengan rawatan. Rawatan berakhir jam 10.30 malam oleh kumpulan yang ketuai oleh Tuan Haji Nordin b. hj Yusof dan Tuan Haji Shamsudin Ali.

Anda yang inginkan rawatan sola ke pusat rawatan kami.

Lawatan ke Darussyifa, Terengganu di Kuala Ibai

  
 
Jawatankuasa Darussyifa' Jasin telah mengadakan lawatan ke Darussyifa Terengganu di Kuala Ibai.Lawatan bertujuan untuk meninjau kemudahan dan tatakelola Pusat Rawatan Islam Darussyifa' tersebut. Dalam kunjungan tersebut kami disambut oleh AJK Darussyifa Terengganu dan diberi peluanag meninjau kemudahan yanag sedia ada. Lawatan tersebut juga bertujuan mendedahkan kerperluan yang perlu ada pada bangunan baru yang sedang dirancang untuk di bina di Jasin Melaka.

22 September 2013

MEMAGAR DI SEKOLAH MENENGAH AGAMA ASSYAKIRIN SELANDAR MELAKA




MESYUARAT JAWATANKUASA DARUSSYIFA' JASIN

 

  
 

Antara AJK yang juga tenaga penggerak Darussyifa' Jasin yang bertungkuslumus menjaya kan setiap program Darussyifa Jasin. Semoga mereka semua diberi kesihatan dan kekuatan untuk berkhidmat kepada orang r amai

12 September 2013

LAWATAN DARARUSSYIFA' JASIN KE TERENGGANU

Darussyifa' jasin telah mengadakan lawatan ke Darussyifa Terengganu bagi meninjau perkembangan Darussyifa Terengganu. Lawatan disertai oleh pengerusi Darussyifa Jasin bersama Ust Faisol Sheikh Mohammmad dan Ust Raihan. Lawatan tersebut sangat bermanfaat untuk perkembangan Darussyifa Jasin

20 Ogos 2013

Anda bertanya ,Tuan Guru Menjawab

Soalan
Ada bomoh di tempat saya mengubati pesakit atau yang berhajat sesuatu, ditolongi dengan jampi mantera menggunakan bahasa Jawa. Saya orang Jawa asli yang tinggal di Pant Jawa, tetapi saya sendiri tidak faham apa dibaca dukun tersebut. Apakah pengubatan secara ini boleh diterima pakai dan tidak mendatangkan sesuatu yang berlawanan dengan syarak?


Jawapan
Mengubati penyakit atau menolong seseorang yang memerlukan pertolongan sehingga ter­tunai hajatnya, lebih-lebih lagi boleh membantu meng­ikhtiarkan kesembuhan pesakit yang bermasalah adalah pekerjaan mulia. Ia menjadi lebih mulia jika dilakukannya semata-mata kerana Allah SWT, meng­harapkan pahala pada hari akhirat dan tidak membe­bankan pesakit.
Amalan perubatan de­ngan menggunakan doa ataupun bacaan ayat memang salah satu daripada cabang rawatan yang dia­kui syarak sebagai amalan mulia. Pergi ke hospital atau menemui perawat pakar juga digalakkan Islam, kerana itu juga salah satu daripada cabang rawatan yang disebut oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis yang banyak.
Merujuk khusus kepada persoalan saudara iaitu soal jampi. Menjampi pesakit disebut dalam bahasa Arab se­bagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-­kadang amat digalakkan.
Rasulullah s.a.w. pernah sakit, suatu ketika Jibril diturunkan untuk memberi tawaran menjampikan baginda, lalu Jibril menjampi Nabi. Ianya disebut sebagai Ruqyatu Jibril.
Adapun menjampi seseo­rang itu dengan menggu­nakan bahasa khusus seperti Jawa, atau bahasa Mendiling, Inggeris dan Sepanyol diha­ruskan syarak dengan syarat, bacaan itu diketahui makna­nya dan ia tidak ada sebarang petanda kesyirikan terhadap Allah SWT. Jangan ada sebarang taf­siran yang boleh membawa syirik.
Oleh yang demikian jika lirik, seni kata atau bacaan yang disebut oleh dukun itu tidak diketahui maknanya, jika seperti saudara seorang berketurunan Jawa tidak memahami jampi yang dibaca dalam bahasa Jawa. Tetapi mungkin seperti disebut orang bahawa Jawa ada dua bahasa, iaitu bahasa kasar dan bahasa halus. Biasanya bahasa Jawa halus jarang diketahui orang.
Saya sendiri sememang­nya tidak memahami bahasa Jawa sama ada kasar ataupun halus. Sekiranya anda tidak faham bahasa tersebut, tetapi orang yang membacanya faham dan makna bacaan itu tidak ada sebarang petanda menuju kepada syirik, maka dia boleh berbuat demikian.
Tetapi jika dukun itu sendiri tidak faham dan tidak tahu apa yang diminta, maka tidak boleh digunakan perubatan dengan bahasa tersebut.
Daripada ayat al-Quran, Allah berfirman (mafhum­nya) : “Dan Kani turunkan
dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al­-Quran tidak menambah kepada orang-orang yang zalim melainkan kerugian jua.” (Surah al-Isra’ , ayat 82)
Ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran. Ada begitu banyak hadis yang menyebutkan tentang kesembuhan penyakit melalui rawatan pembacaan ayat-ayat al-Quran dan doa.
Oleh itu maka ulama ber­sependapat (ijmak), bahawa mengikhtiarkan kesembuhan penyakit dengan menggu­nakan kaedah bacaan dan doa serta air adalah diharus­kan, kadang-kadang digalak­kan, sekiranya memenuhi tiga syarat yang utama iaitu:
Pertama, menggunakan pembacaan ayat-ayat al-Qur­an dan as-Sunnah atau ruq­yah dalam bahasa Arab yang diketahui maknanya tidak bertentangan dengan syarak.
Kedua, boleh mengguna­kan bacaan selain daripada yang pertama, dengan apa jua bahasa, tetapi mestilah difahami maknanya dan tidak ada sebarang percang­gahan dengan syarak.
Ketiga, hendaklah yang merawat mengiktikadkan bahawa penyembuh sebe­narnya adalah Allah SWT sahaja. Pengubat hanyalah berikhtiar.
Oleh itu saya suka menje­laskan, jika sudah ternyata al-­Quranlah bacaan utama sebagai penawar terbaik, as-Sunnah (al-Hadis) adalah yang terbaik selain al-Quran, maka mengapakah kita tidak menggunakan bacaan ini sebagai rawatan?
Kita harus membebaskan diri daripada yang kurang baik, lebih-lebih lagi jika ia boleh membawa kepada kesyirikan kepada Allah SWT.
WalLah hu a’lam.

PUSAT RAWATAN ISLAM DARUSSYIFA' JASIN DIBUKA SEMULA

Assalamualaikum.

Pusat Rawatan Islam darussyifa' Jasin kembali dibuka seperti biasa bermul 19 Ogos 2013.Anda yng memerlukn rwtan sila  ke pusat rawatan tesebut setiap hari Isnin dan Jumaat malam bermula jam 8.00 malam sehingga jam 10.30 malam.Sila ambil perhatian.

Segala pertanyaan sila hubungi perawat-perawt kami. Terima kasih

10 Julai 2013

Puasa: Pemangkin Jihad & Perisai Ummah -Dr Harun Din.

Image
SETIAP kali menjelang Ramadan umat Islam seluruhnya akan menunaikan ibadat puasa kerana mematuhi perintah Allah Taala. Puasa pada zahirnya memperlihatkan suatu ibadat yang ritual dilakukan saban tahun. Setiap ibadat dalam Islam mempunyai matlamat yang amat murni untuk dicapai oleh orang Islam;
  • pertamanya, untuk menuju keredaan Allah dengan mematuhi perintahnya; dan  
  • kedua, untuk mendapat “hasanah” atau kebaikan di dunia dengan berbagai-bagai anugerah Allah Taala.
Dari segi sejarah, puasa Ramadan diwajibkan oleh Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW dalam bulan Sya’aban, tahun kedua Hijrah. Meskipun ibadat puasa bukanlah suatu ibadat baru yang dikenali pada zaman Muhammad SAW, malah ia disebut di dalam al-Quran bahawa kewajipan itu telah diwajibkan kepada umat sebelum kita.

Cuma, sebelum Nabi Muhammad SAW puasa diwajibkan, tetapi tidak sabit dilakukan dalam bulan Ramadan, tetapi setelah ia diwajibkan kepada umat Islam, puasa dilakukan sepenuhnya dalam bulan Ramadan sehingga Hari Kiamat.

Bagi golongan tertentu, mereka melihat Ramadan sebagai suatu ibadat untuk menahan diri daripada makan dan minum yang memberi erti mendatar. Kepada sesetengah manusia hanya untuk berlapar dan dahaga, berpenat dan letih yang mungkin boleh membawa kelemahan fizikal yang menghalang kewajiban harian dilaksanakan.

05 Julai 2013

MAJLIS BACAN YAASIN,TAHLIL & PAGAR RUMAH

Jasin_05 Julai.Majlis bacaan Yaasin,Tahlil & Pagar Rumah Allahyarham Utz.Zul telah diadakan selepas solat Maghrib.Terima kasih kepada semua rakan perawat Darussyifa Jasin yang telah hadir bersama-sama keluarga masing-masing.Semoga Allah melimpahkan Rahmat dan Kasih Sayangnya kepada kita semua.

Add caption
Add caption


Add caption
Add caption




Add caption
Add caption
Add caption


28 Jun 2013

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Salam.Makluman kepada semua,Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin akan di tutup pada bulan RAMADHAN ini.Ini bagi memberi ruang kepada semua untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang Mulia ini dengan Solat Tarawih,Tadarrus Al-Quran dan lain-lain.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi dan Setiausaha di telefon nombor seperti yang tercatat disebelah kiri blog ini.Sekian terima kasih.

26 Jun 2013

9 JENIS SIHIR YANG PERLU DIKETAHUI


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

24 Jun 2013

ASAL USUL JIN,IBLIS & SYAITAN




Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan
Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.

Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: 
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

23 Jun 2013

RAMADHAN MENJELMA LAGI

Sama-sama lah kita berdoa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.


Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

QADA DAN QADAR

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

21 Jun 2013

AL FATIHAH

Jasin_20 JUN 2013,01.30 pagi,Ustaz Zulkifli bin Ahmad perawat Darusyifa Jasin telah kembali kerahmatullah.Pemergian Allahyarham amat dirasai khususnya rakan-rakan perawat.Terasa begitu sebak.Namun itulah ketentuan ILLAHI.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.


16 Jun 2013

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA

Ustaz Zulkifli bin Ahmad,salah seorang perawat Pusat Rawatan Islam Darusyifa Jasin telah sakit dan kini masih belum sedarkan diri.Beliau telah mula sakit pada hari Khamis( 13.06.2013 ) yang lalu.Mohon jasa baik tuan-tuan semua mendoakan agar Ustaz Zulkifli sembuh dan sihat seperti sediakala.Kepada seluruh ahli keluarga beliau diharapkan banyak-banyak bersabar diatas ujian ini.

Ustaz Zulkifli bin Ahmad

MEMAGAR BANGUNAN MYDIN BANDAR BARU BESTARI JASIN

Jasin_13 Jun 2013.Pihak pengurusan Mydin Bandar Baru Bestari Jasin telah meminta Perawat Darussyifa' Jasin untuk memagar bangunan Mydin yang baru dibuka kira-kira 5 bulan yang lepas.Aktiviti memagar bangunan berkenaan telah diadakan kira-kira pukul 11.30 malam selepas habis waktu perniagaan.Seramai 23 orang perawat Darussyifa Jasin telah hadir.Terima kasih kepada semua perawat yang telah sama-sama membantu.Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.

Pengerusi sedang menerangkan sesuatu
Menyediakan air sebelum bacaan Yaasin


Antara bahan-bahan untuk rawatan
Pekerja Mydin yang hadir


Wakil Pihak pengurusan Mydin
Membuka botol air untuk bacaan Yaasin


06 Jun 2013

Arwah Suami Datang Setiap Malam Untuk "Bersama" Isteri

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.

03 Jun 2013

PENGAMBILAN PELAJARAN BARU DARUSSYIFA' MELAKA

Darussyifa' Cawangan Melaka telah mula mengedarkan borang permohonan untuk menjadi pelajar Darussyifa' Ambilan 4 dijangka bermula selepas Idulfitri. Borang permohonan boleh diperolehi melalui Pusat Rawatan Darussyifa Melaka dan juga melalui Darussyifa' Jasin pada hari-hari rawatan.

Permohonan akan diproses dan peserta akan ditemuduga dengan bacaan AlQuran serta soalan-soalan berkaitan Tauhid,fekah dan juga ibadah. Peserta yang berjaya akan dihubungi oleh Ustaz Halim yang juga setiausaha Darussyifa' Melaka.

Pelajar dikenakan yuran sebanyak RM500 sepanjang pengajian,yuran tersebut termasuk juga duit kitab,bag,tag dan sebagainya. Boleh dijelaskan sekali gus dan juga ansuran. Darussyifa'sangat menitik beratkan didiplin semasa belajar,jumlah credit hour yang tidak cuup boleh menjejaskan peluang untuk diijazahkan. Ada banyak ayat-ayat yang perlu dihafal sepanjang pengajian mengikut `peringkat-peringkat yang ditetapkan.

Anda yang berminat boleh menghubungi pengerusi,setiausaha atau bendahari Darussyifa' Jasin atau mana-mana AJK atau perawat Darussyifa' Jasin atau Melaka. Nombor telefon boleh diperolehi di sebelah kiri blog Darussyifa' jasin ini.

02 Jun 2013

JANGAN AMBIL MUDAH TENTANG AURAT.

Ramai yang menyatakan wanita arab agak kasar perlakuan mereka. Sekasar-kasar wanita arab, kebanyakan mereka berkelubung seluruh badan termasuk muka apabila berjalan keluar rumah.

Ramai yang menyatakan wanita melayu lemah lembut dan bersopan. Selembut-lembut wanita melayu, kebanyakan mereka tidak malu menyarung pakaian tidak sopan apabila berjalan keluar rumah.

Allahu Akbar! Takutlah kepada kemurkaan Allah sebelum kita melihat hukumanNya. Sungguh, kita tidak akan sanggup menghadapinya.

Renunglah diri sendiri dan sekeliling kita - sesuatu kepincangan menjadi kebiasaan apabila ramai orang yang melakukannya. Kita? Jadilah kumpulan segelintir yang berbeza. Kita? Turutlah perintah dan larangan Allah serta RasulNya.

PELIHARA DIRI,ISTERI DAN ANAK-ANAK DARIPADA BAKARAN API NERAKA

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU


Tak tergambar oleh kita betapa besar dan sucinya kasih seorang ibu terhadap anaknya. Sejak dalam kandungan, ibu menanggung segala kesakitan dengan penuh kesabaran. Begitu juga selepas kita dilahirkan, ibu mengasuh dan menjaga dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi.

Kita sebagai anak, tak akan mampu membalas jasa ibu yang selama ini membesarkan kita sehingga dewasa. Walaupun beribu, berjuta wang dipertaruhkan. Ia masih tak mampu membalas jutaan kasih ibu yang memang tak ternilai harga dan semestinya tiada apa pun di dunia ini dapat membeli kasih seorang ibu.  

24 Mei 2013

ANTARA PENYAKIT YANG DIRAWAT DI DARUSSYIFA'


Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, yakinlah bahawa Allah SWT menjadikan setiap penyakit bersama-sama dengan penawarnya sekali. Semua penyakit boleh diubati dengan izin Allah SWT, kecuali mati.

Kita sebagai insan biasa perlulah berikhtiar , berusaha dan berdoa bersungguh-sungguh dalam mencari kesembuhan penyakit. Kita hanya berikhtiar, pemberi kesembuhan hanyalah milik Allah SWT.

Oleh itu kami di Darussyifa' dengan sedaya upaya berikhtiar menolong masyarakat yang meminta bantuan melalui jalan-jalan yang diredhai oleh Allah SWT dengan doa-doa daripada al-Quran dan as-Sunnah serta bahan-bahan ubat yang selaras dengan syarak.

Berikut adalah senarai pelbagai jenis penyakit yang pernah dan kebiasaannya masyarakat rujuk kepada Darussyifa' dalam usaha ikhtiar mereka untuk mencari kesembuhan.

ANDA BERTANYA ,TUAN GURU MENJAWAB

Apakah hikmahnya Allah menciptakan makhluk halus yang boleh melihat manusia sedangkan manusia tidak boleh melihat rupa asal mereka. Dalam masa yang sama makhluk ini memusuhi manusia dan sering menyakiti manusia. Senang mereka memperlakukan manusia kerana mereka dapat melihat manusia. Mengapa begitu, harap Dato' jelaskan.
ZAINAL ABIDIN HUSSIN
Kota Sarang Semut
Jawapan
Bukan semua makhluk halus sentiasa mencelakakan manusia. Ada kalangan mereka beragama Islam dan ada yang kafir. Yang Islam kebiasaannya seperti manusia. Makhluk halus yang benar-benar Islamnya tidak akan menyakiti mana-mana makhluk.
Berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya):"Seorang muslim yang sebenar adalah seorang muslim yang akan memberi keselamatan dan kesejahteraan kepada makhluk lain sama ada melalui lidahnya mahupun perbuatannya."
Manusia muslim dengan makhluk halus yang muslim adalah bersaudara berdasarkan Firman Allah dalam al-Quran (mafhumnya)""Sesungguhnya semua orang mukmin itu adalah bersaudara."
Makhluk halus yang benar-benar muslim menjadi saudara kepada kita dan tidak akan menyakiti kita.
Bagaimanapun, permusuhan merupakan salah satu sifat yang ada pada manusia dan makhluk halus.
Seperti manusia, sesama mereka pun bermusuhan, berperang dan berbunuhan, sifat yang sama juga ada pada makhluk halus.
Allah menganugerahkan suatu rahmat yang amat besar kepada manusia dengan mereka tidak dapat melihat makhluk halus.

23 Mei 2013

Rawatan Islam Darussyifa' malam ini 23 Mei 2013

Rawatan Darussyifa' malam ini berjalan seperti biasa bertempat di Taman Maju Jasin bermula jam 7.30 malam. Didahului dengan solat Maghrib,bacaan Yasin,zikir,Solat Isya dan rawatan. Anda digalakkan solat berjemaah serta baca Yasin bersama kerana ianya adalah sebahagian daripada rawatan.

"ORANG GILA"


Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk, baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi berkopiah.

Duduk bersandar di tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2 memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.

Pakcik tadi tenung aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.

Ada apa pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini, nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas. "Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni. Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab, tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu duduk kat tiang tu.

22 Mei 2013

Perawat Darusyifa Jasin berkhidmat untuk masyarakat Parit Sulong Batu Pahat.

JASIN 21 MEI - Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin telah menerima undangan rawatan di Masjid Parit Sulong Muar Johor di bawah kelolaan pengurusan masid tersebut. Kira-kira empat ratus orang ahli jamaah termasuk lelaki dan perempuan telah diberi penerangan dan taklimat berkaitan rawataan yang disediakan. Sementara itu empat belas orang perawat Darussyifa' Jasin yang diketuai oleh Ustaz Faisol Sheikh Mohamad telah membantu hampir 100 orang pesakit yang menerima rawatan. Mereka berharap program seperti itu akan diadakan di masa-masa akan datang sebagai alternative rawatan moden yang sedia ada.
 
Pujian harus diberi kepada pengurusan masjid kerana disamping mengadakan kuliah bulanan yang disampaikan oleh Ustaz Faisol,mereka juga mengadakan program rawatan untuk  mengelakkan orang ramai kususnya di kariah masjid tersebut menerima rawatan daripada dukun atau bomoh atau pihak-pihak yang mengambil kesempatan mendapatkan keuntungan. Ustaz Faisol dalam ucapannya menyeru orang ramai berhati-hati dengan pihak berkenaan dan kembali kepada fitrah kejadian manusia menerima Islam sebagai satu penyelesaian masalah.

DARUSSYIFA' JASIN SANGAT MEMERLUKAN BANTUAN SUMBANGAN SERTA INFAK ANDA

Darussyifa' Jasin dalam proses memiliki bangunan sendiri di Jasin Melaka. Oleh yang demikian pihak kami sangat memerlukan sumbangan anda dalam bentuk kewangan demi merilisasikan impian dan harapan agar tertegaknya sebuah pusat rawatan Islam khususnya di Selatan Tanah Air.Ketika ini kami telah berjaya mengumpulkan sejumlah wang untuk proses awal tetapi jumlah  yang diperlukan lebih dari itu.

Pihak kami ada menyediakan sijil waqaf yang bernilai RM50.00 untuk satu kaki persegi dan masih lagi menjualnya kepada orang ramai khususnya kepada umat Islam. Di samping itu juga kami mengalu-alukan sumbangan dan derma daripada orang r amai yang berhajat untuk menginfakkan  atau mewaqafkan kepada arwah ibubapa,saudara mara, atau siapa sahaja di samping untuk diri sendiri.Semua sumbangan boleh disampaikan melalui bendahari atau sesiapa sahaja jawatankuasa Darussyifa' Jasin atau masukkan terus ke akaun bank Islam seperti nombor yang disediakan di atas blog ini.
Semoga Allah memberkati usaha baik kita bersama ,insyallah.

22 April 2013

KHIDMAT MASYARAKAT

Muar_21 April 2013.Satu program rawatan oleh perawat Darussyifa Jasin telah diadakan di Kg.Sg Agas.Program ini diadakan sempena Kuliah Dhuha oleh Utz.Faisol bersama penduduk disana.
Seramai 56 orang penduduk telah mendapar rawatan yang diberikan oleh kira-kira 14 orang perawat Darussyifa Jasin.Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua masyarakat disana yang telah memberikan kerjasama yang sangat baik.Begitu juga,jutaan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan perawat yang sama-sama meluangkan masa untuk program ini.Tidak lupa juga kepada Tn.Hj.Shukor,tuan rumah.Terima kasih.Semoga ALLAH membalas jasa baik Tn.Hj sekeluarga.Amin.

Antara yang hadir
Perawat Darussyifa
Mengambil airYaasin
Berehat selepas merawat
Tn.Hj.Shukor
Berehat Minum Pagi
Utz.Awang
Bacaan Yaasin