Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang
wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan
mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah
dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk
difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru
menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang
sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama
sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan
tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua
pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.
ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR
Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.Terbahagi kepada dua bahagian iaitu: Qada Mubram dan Qada Muallaq.
Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan
tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan
berlaku).Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Qada Muallaq: Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan
bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung
kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang
boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.
(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).
SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA
Kedua-dua jenis qada di atas ini adalah di dalam pengetahuan Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.
(Surah al-Anaam: ayat 59).
Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui
ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh
hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa
berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan
berlaku kepada kita nanti.
Sun, June 23, 2013, 6:49 am
Edisi: English | Melayu
|
|
|
Koleksi Siri-siri Video .
|
Qada dan qadar
Qada Dan Qadar

ANTARA BENTUK KETAATAN
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala.
Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan
berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.
Firman Allah Taala bermaksud:
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka
(jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan
orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu
memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu
agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Doa merupakan otak kepada ibadat.
(Riwayat at-Tarmizi).
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA
Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan
didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah
perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun
segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah
Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan
berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia
tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha
dan doa.
Firman Allah Taala bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.
(Surah ar-Rad: ayat 11).
KONSEP QADA DAN QADAR
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah
supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
PERINGATAN
Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan
kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan
perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab
itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari
berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya
kepada masyarakat awam.
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Apabila disebut tentang qadar maka diamlah…
(Riwayat Tabrani dan Abu Nuaim).
PENUTUP
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai
dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah
Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah
Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya
ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl
al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.
|
|
|
Sesuai dipaparkan menggunakan Firefox dengan resolusi 1024 x 768
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan