MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

08 Oktober 2011

ANDA BERTANYA : TUAN GURU MENJAWAB



Soalan

Saya sudah berbulan-bulan tidak tidur bersama suami kerana dia menjauhkan daripada saya. Setiap kali saya mendekatinya dia merungut “panas, rimas dan jauh daripada aku, aku tidak boleh mendekati kamu.” Apabila saya mengajaknya berubat dia enggan, sebaliknya mendakwa saya yang sakit dan perlu diubati. Ramai pengubat yang saya temui mengatakan suami saya disihir. Jika benar, apakah yang perlu saya lakukan untuk mengatasi masalah ini yang semakin genting.

Jawapan

Masalah dalam rumah tangga memang banyak. Salah satu daripadanya berkenaan kisah yang puan paparkan. Permasalahan sebegini banyak berlaku dan saya selalu diadukan hal-hal seperti ini.

Ramai ahli perubatan mudah menyimpulkan dan mengaitkan masalah ini dengan sihir. Bagaimanapun saya sendiri tidak pandai untuk mengatakan bahawa suami disihir kerana saya tidak mengetahui perkara yang sebenar.

Sebenarnya tiada orang yang boleh tahu ia adalah fenomena daripada sihir.

Sihir memang wujud. Ia perkara ghaib. Nama atau istilah sihir itu sendiri bermakna sesuatu yang disembunyikan atau tersembunyi daripada orang ramai.

Jika ia sihir, ia dilakukan secara sulit dan penuh rahsia. Jika ia rahsia, bagaimana para pengubat boleh mengatakan ia adalah sihir.

Jika pengubat berkenaan memberitahu bahawa suami puan terkena sihir, maka ertinya dia mengetahui perkara ghaib.

Saya pernah menjelaskan dalam ruangan ini sebelum ini, bahawa insan mana pun tidak akan mengetahui perkara yang ghaib kerana Allah berfirman (mafhumnya): "Katakanlah ‘Tiada sesiapapun mengetahui perkara yang ghaib sama ada yang menghuni langit atau bumi, melainkan Allah SWT sahaja...(hingga akhir ayat)." - Surah an-Naml ayat 65

Firman Allah (mafhumnya): "Allah sahajalah yang mengetahui segala yang ghaib, maka ada yang dizahirkan keghaiban itu kepada sesiapapun.” - Surah al-Jinn, ayat 26.

Dalam peristiwa lain dalam hadis sahih diceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. disihir seorang Yahudi yang bernama Labeed bin al-A'ksam dan baginda sendiri tidak mengetahui disihir sehinggalah diberitahu oleh Jibril a.s.

Jika Rasulullah s.a.w. sendiri tidak mengetahui disihirkan, bagaimana kita mudah-mudah mengetahui ada orang disihirkan?

Oleh yang demikian saya berfikir kes puan ada kaitannya dengan permasalahan suami isteri.

Ada kalanya saya bersetuju, apa yang dipaparkan ia ada kena mengena dengan sihir. Salah satu senario sihir seperti Firman Allah (mafhumnya): "...Dalam pada itu ada yang mempelajari ilmu sihir daripada Harut dan Marut, dengannya boleh menceraikan antara suami dan isteri...(hingga akhir ayat)." - Surah al-Baqarah, ayat 102.

Ayat ini jelas menunjukkan wujudnya ilmu sihir dan antara perkara yang boleh berlaku adalah (dengan izin Allah) memusuh, melaga-lagakan sehingga mencerai beraikan suami isteri.

Apa yang puan alami adalah kerengangan yang merosakkan fungsi perkahwinan. Seolah-olah telah hilang kemesraan dan kasih sayang sudah bertukar kepada permasalahan yang membawa keadaan yang tidak diingini.

Kejadian seperti ini tidak semestinya daripada sihir perbuatan orang. Jika tidak kerana disihirkan pun, boleh terjadi kejadian sedemikian itu.

Mungkin antaranya adalah kerana suami berpenyakit mati pucuk (sebagai contoh), dia malu memberitahu isterinya, lalu bersikap dingin, menyalahkan orang lain, kononnya dia disihirkan.

Atau, suami hilang minat kepada isteri di atas kelemahan-kelemahan isteri yang suami tidak tahu untuk mengatasinya dan tidak mahu membincangkannya.

Atau, kerana perangai-perangai isteri yang keterlaluan hingga menyebabkan suami menyampah terhadapnya.

Atau dengan sebab-sebab lain seperti ada campur tangan pihak ketiga dan sebagainya yang menyebabkan suami hilang minat terhadap isteri, maka berlakulah perkara yang puan sebutkan tadi.

Saya tidak bermaksud untuk meletakkan hal-hal yang sedemikian itu berlaku kepada puan. Saya sekadar ingin mengajak puan dan semua yang berlaku kes seumpama ini pada diri mereka, melihat dahulu faktor-faktor fizikal melanda kehidupan kita.

Sekalipun berlaku apa yang puan sebutkan itu, maka ubatilah masalah itu dengan bersungguh-sungguh tanpa melabelkan ia perbuatan sihir.

Ada kemungkinan bahawa hal seperti ini berlaku kerana gangguan syaitan yang tidak disuruh mana-mana atau dipergunakan ilmu sihir yang berinsusiasi dengan makhluk halus.

Sememangnya syaitan itu musuh utama yang sentiasa berusaha memporak perandakan kehidupan anak Adam. Pun demikian tidak dikatakan sihir, walaupun tanda-tandanya semacam sihir. Jika mudah-mudah dianggap sebagai sihir, ia menimbulkan satu lagi penyakit iaitu sakit hati kepada orang yang buat sihir.

Lebih malang lagi jika ada yang menuding jari 'si pulan itu membuatnya, si anu itu membuatnya' atau lebih teruk mendakwa jiran, kawan sepejabat atau orang terdekat melakukannya. Keparahan itu menyebabkan penyakit tidak terlerai, penyakit tidak disembuhkan.

Apapun puan perlu cuba mengubati orang yang berpenyakit, cuba berjumpa orang yang diyakini boleh menolong, tiada penyakit yang tiada penawarnya.

Sekurang-kurangnya puan dan suami berdoa ke hadrat Allah untuk disembuhkan, beramal dengan ayat-ayat al-Quran seperti yang tersebut dalam hadis-hadis sahih.

"Nabi menyuruh keluarganya beramal dengan membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas, ayat al-Kursyi dan lain-lain." (Hadis riwayat A'ishah r.anha)

Atau puan dan suami boleh tambah membawa 11 ayat dalam Surah al-Baqarah, ayat 1, 2, 3, 4 dan 5, baca ayat 255, 256, 257 dan 284, 285 serta 286.

Berbuatlah demikian, lakukan cara yang disarankan oleh syarak untuk mengubati penyakit suami puan.

JAWATAN KOSONG SELEPAS BUDGET

MERAWAT DI IKM JASIN (8 OKT 2011) JUMAAT

Selepas Team Darulsyifa Jasin balik dari Pagoh,Muar Johor..Wak berahim menerima mesej supaya bantu merawat di IKM Jasin - Pesakit adalah dari sebuah intitut Pendidikan Guru...kecek Kelete walaupun bukan orang Kelantan. Jin pun pandai cakap Kelantan. Puas jugak nak keluarkan Jin tu...lain kali kena jumpa Jins Shamsudin...tengok apa dia kata !!
Pesakit muntahkan sesuatu...adoi kesiannya dia.

MERAWAT DI PAGOH MUAR JOHOR (8 Okt 2011) JUMAAT

 Wak Berahim sedang memberi penerangan  kepada pesakit tentang apa yang perlu dilakukan selepas rawatan antaranya cara untuk mandi dengan daun bidara dan juga pendinding yang harus dilakukan oleh pesakit.

Che Lee jangan melompat pulak ! pesakit baru nak bukak kungfu . Awas..kena satu penendang tersandar ke dinding

MERAWAT DAN MEMAGAR RUMAH DI BANDAR BARU TANGKAK (JUMAAT)

Team Darulsyifa Jasin merawat dan memagar rumah di Bandar Baru Tangkak di rumah seorang doktor yang terkena gangguan makhluk halus. Ini adalah antara usaha dan ikhtiar yang dapat kami lakukan. Semoga diberi kesembuhan hendaknya ,amin.

GAMBAR RAWATAN DI JEMENTAH PADA 7 OKT 2011 (KHAMIS)

Gambar-gambar perawat Darulsyifa Team Jasin ketika memagar dan membuat rawatan di Jementah,Segamat Johor. Terdiri daripada Wak Berahim,Tok Man,Che Lee dan Ust CD



07 Oktober 2011

Istighfar (Mohon Keampunan)

APABILA fikiran terganggu atau jiwa tidak tenteram, maka jangan lupa menyebut astaghfirullah'azim.

Begitu juga jika ditimpa penyakit, kehidupan berasa sempit, khuatir menjadi lemah dan inginkan kekuatan dan apabila melakukan kesalahan, maka segeralah beristighfar.
Sesungguhnya beristighfar itu adalah kunci rahmat Allah. Tujuan dan fadilatnya amat besar. Hakikat dan ganjarannya tidak terkira.

Mengapa kita beristighfar?
Kita adalah hamba-Nya yang tidak sunyi daripada kesilapan. Kita berusaha sedaya upaya untuk mengerjakan kebaikan tetapi tersilap juga. Yang demikian, kita beristighfar sebagai cara mengiktiraf diri, sebagai makhluk yang dijadikan-Nya dan hidup semata-mata untuk menyembah-Nya. Kita beristighfar semoga sentiasa beroleh niat baik-Nya. Jika kita telah mengerjakan kebaikan, maka kita akan diberi pahala. Tetapi apabila kita melakukan kesalahan, kita hendaklah segera memohon keampunan-Nya.

Ini adalah satu pengiktirafan bahawa sesungguhnya sifat sempurna itu adalah milik Allah semata-mata. Kita beristighfar kepada Allah kerana Dialah Yang Maha Besar dan Berkuasa atas segala-galanya. Malah, kita sentiasa berhajat kepada-Nya.

Bilakah masanya kita beristighfar?
Kita harus beristighfar pada setiap hari, setiap langkah setelah kita melangkah, setiap pandangan setelah kita memandang, malah setiap saat. Kita diseru beristighfar kerana padanya terdapat penghuraian bagi semua masalah yang kita hadapi. Allah berfirman yang maksudnya: Maka Aku katakan kepada mereka: Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun; nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.-Surah Nuh: 10-12

Beristighfar juga memberikan kekuatan kepada sesuatu umat: Dan (Dia berkata): Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertaubatlah kepada-Nya, nescaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa.-Surah Hud: 52

Kesimpulannya ialah beristighfar merupakan huraian bagi pelbagai masalah manusia daripada ekonomi membawa kepada kesihatan. Rasulullah saw telah menggesa umatnya agar terus beristighfar. Baginda menegaskan bahawa beristighfar adalah satu cara untuk keluar daripada kesempitan, bebas dari segala keraguan dan pembuka jalan untuk mendapatkan rezeki.

Sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Sesiapa yang membiasakan beristighfar, maka Allah akan tunjukkan baginya satu jalan keluar dan pada setiap keraguan itu pula satu jalan untuk menenteramkan jiwa dan Dia mencurahkan rezeki dengan tidak terkira." Rasulullah saw telah mengajar kita betapa perlunya seseorang itu beristighfar, merayu serta memohon taubat daripada Allah sebagaimana sabdanya yang bermaksud: "Sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah 100 kali dalam sehari."

Ibnu Umar ra juga telah berkata bahawa "kami pernah mengira Rasulullah saw beristighfar sebanyak 100 kali dalam satu majlis yang maksudnya: "Ya Tuhanku, ampunilah daku. Sesungguhnya Engkaulah Penerima Taubat dan Amat Penyayang."

Sesungguhnya jika kita beristighfar 100 kali dalam sehari pun masih belum mencukupi.
Kita harus memohon ampun daripada-Nya setakat yang terdaya dengan memuji dan bersyukur atas ni'mat yang tidak terputus kepada Hamba-Nya. Justeru itu, beristighfar adalah satu jaminan bagi seorang Muslim itu untuk masuk ke syurga kerana Allah akan mengampuni dosa hamba-Nya yang memohon taubat. Rasulullah saw telah memberitahu kita bahawa sesungguhnya seorang hamba itu apabila telah melakukan maksiat dan kemudian bertaubat kepada-Nya, nescaya Allah tidak akan menulis segala kesalahannya itu dalam sijil golongan orang-orang yang berdosa. Maka gugurlah segala hukumannya itu. Perlu diingatkan bahawa janganlah seseorang itu berputus asa daripada
rahmatAllah, walau apa jua pun dosa dan kesalahan yang dilakukannya.

Sesungguhnya rahmat Allah itu luas. Allah berfirman dalam Quran yang bermaksud: Katakanlah: Hai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Surah Az-Zumar: 53)

06 Oktober 2011

Kaedah bedah cara batin haram !



ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.
Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)

Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.

Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim)

Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan.
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

Rawatan itu ada yang membedah tubuh badan dengan tangan kosong atau tanpa peralatan moden, membetulkan tulang tanpa sentuhan fizikal, menggunakan peralatan ghaib, perubatan jarak jauh dan seumpamanya.

Penggunaan ayat al-Quran atau doa diharuskan tetapi jika disertai dengan sihir, iaitu membabitkan jin, perbuatan itu salah kerana amalan berkenaan termasuk dalam kategori dosa besar yang membinasakan iaitu sihir.

Walaupun pengamal perubatan batin menyatakan ia berpegang kepada ayat al-Quran dan kaedah syarak, namun difikir secara logik, ternyata bukan mudah seseorang itu, terutama orang awam memastikan status amalan itu.

Apabila sesuatu yang di luar adat kebiasaan itu dilazimi secara berterusan seperti upacara pembedahan batin, sekali gus jelas bagi kita ia sudah terkeluar dari kaedah asas perubatan yang diizinkan.

Ia jauh daripada perubatan secara saintifik moden, ruqyah serta tibb al-Nabawi yang menepati syarak. Jelaslah kaedah perubatan secara pembedahan batin ini meminta bantuan jin kerana sesuatu yang magis dan di luar adat tidak boleh berlaku secara berterusan.

Memang ada ulama membenarkan perubatan dengan meminta pertolongan jin antaranya Imam Ibnu Taimiyah dalam Majmu’ Fatawa dan ulama Saudi, Syeikh Ibn ‘Uthaimin dalam Fatawa al-Aqidah. Mereka mengharuskan khidmat jin dengan syarat penggunaan pada perkara diharuskan di samping wasilah juga diharuskan syarak.

Ini bermakna rawatan menggunakan khidmat jin diharuskan dengan syarat wasilah adalah harus. Hujah mereka ialah kisah Nabi Sulaiman yang mendapatkan khidmat jin untuk memindahkan istana Puteri Balqis dari Yaman dan ini adalah kurniaan Allah SWT.

Namun, ada pendapat menolak pandangan ini kerana peristiwa Nabi Sulaiman bukan syariat yang ditinggalkan kepada kita.

Pendapat ini dihuraikan Syeikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz, Dr Ahmad bin Nasir bin Mohd al-Hamd dan ramai lagi. Bahkan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 pada 21 September 1995 juga memutuskan bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perubatan, mencari kekuatan dan kehebatan ditegah syarak dan haram.

Masyarakat Islam dinasihatkan meninggalkan rawatan syubhah seperti pembedahan batin. Umat harus memahami, setiap penyakit ada penawarnya tetapi setiap penawar tidak dijamin boleh menyembuhkan. Semoga Allah membebaskan kita dari segala penyakit dengan reda-Nya, bukan diberi kesihatan dengan kemurkaanNya.

JADUAL RAWATAN PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN

Program Rawatan dan "Memagar Rumah" Team Darussyifa Jasin.

6. 10.2011  - Rawatan di Buluh Kasap Segamat  Johor - bertolak jam 6.00 petang
                   - 9.00 malam di Jementah
                   - 11.00 malam di rumah Dr Paya Mas Tangkak


7.10.2011 - Rawatan di Panchor Muar Johor - betolak jam 6.00 petang


8.10.2011 - Rawatan di Kuala Lumpur - bertolak jam 5.00 petang
                 - Rawatan di UPM Serdang

05 Oktober 2011

ANDA BERTANYA,WAK BERAHIM MENJAWAB

Assalamualaikum ustaz,

Kakak saya menghidapi penyakit kanser  payu dara pada tahap awal,dalam masa yang sama dia juga mengalami masalah gangguan makhluk halus sehingga menyebabkan keadaannya sekarang tidak keruan. Bolehkah perawat Darulsyifa Jasin merawat penyakit kakak saya dan kalau boleh apakah keperluan yang perlu saya sediakan dan siapakah yang harus saya hubungi ? harap dapat ustaz membantu.

Manisnya,Jasin.

Team Darulsyifa Jasin akan menjawab persoalan ini. secepat mungkin.

Ibadat solat didik budaya hidup berdisiplin, hargai masa

ALLAH berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya solat itu ialah satu ketetapan yang diwajibkan ke atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah al-Nisa’, ayat 103)

Semua amal ibadat manusia disukai dan diterima oleh Allah. Ibadat adalah jambatan menghubungkan manusia dengan Penciptanya. Hasil pelaksanaan ibadat dapat meningkatkan darjat ketakwaan ke hadrat Allah di samping menggilap kualiti jiwa kemanusiaannya.

Semakin baik dan ikhlas ibadat seseorang Muslim, maka semakin dekat hatinya kepada Allah dan semakin baik hubungannya sesama manusia.

Petikan al-Quran: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. – Surah al-Ankabut, Ayat 45

Untuk berhubung secara terus dengan Allah tidak memerlukan sebarang alat komunikasi canggih, memadailah seorang Muslim bermunajat pada bila-bila masa dan di mana juga melalui ibadat solat. Solat itu tiang agama dan kemuncak nilai atau etika kehidupan Muslim.

Rasulullah menganjurkan umatnya melaksanakan ibadat solat tepat pada waktunya. Baginda SAW pernah ditanya oleh Ibnu Mas’ud: Apakah amalan yang paling afdal? Jawab Baginda: Menunaikan solat tepat ada waktunya. Kemudian Ibnu Mas’ud bertanya lagi: Selepas itu, apa pula? Jawab Baginda: Berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa. Akhirnya Rasulullah ditanya lagi: Kemudian, apa lagi? Ujar Baginda: Berjihad pada jalan Allah. (Hadis riwayat Bukhari)

Antara hikmah solat ialah mendidik umat hidup dengan budaya ‘tepat pada waktunya’ sekali gus menggambarkan pentingnya masa dalam kehidupan seorang Muslim. Di samping itu, ibadat solat juga melatih umat hidup secara tertib dan berperaturan.

Fungsi solat juga sebagai penawar ketenangan hati di samping membersihkan jiwa dan raga daripada sebarang kekotoran.

Rasulullah SAW menegaskan bahawa solat adalah penyejuk mata hati Baginda.
Kesan yang paling besar terhasil daripada pelaksanaan ibadat solat dengan penuh khusyuk dan ikhlas, ia berupaya menghalang seseorang Muslim daripada keinginan melakukan kemungkaran, baik tindakan mahupun perkataan.

Allah berfirman yang bermaksud: Dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah daripada perbuatan yang keji dan mungkar. Dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Firman ini secara jelas menegaskan solat penawar atau jalan penyelesaian ampuh untuk mencegah amalan tidak bermoral dan jenayah yang membarah dalam kehidupan manusia sejagat. Dalam erti kata lain, ibadat solat tonggak mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan hidup umat Islam.

Sesaat seorang hamba Allah berdiri tegak menunaikan ibadat solat, dia tidak boleh menoleh ke kanan mahupun kiri melainkan meluruskan pandangan wajahnya ke arah tempat sujud.

Mereka juga terikat dengan ikrar dibaca dalam solat, inilah solatku dan ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk-Mu ya Allah Tuhan sekalian alam.

Ibadat solat jika dilaksanakan dengan sempurna dan ikhlas akan memantulkan ketenangan hati, keimanan mapan dan ketrampilan akhlak yang terpuji.



sumber : epondok

ANDA BERTANYA : TUAN GURU MENJAWAB


Soalan :

Bagaimanakah cara menghindarkan Diri Daripada Sihir ?

Jawapan

Menghindarkan diri dari sesuatu yang tidak diingini diistilahkan sebagai al-wiqaayah. Al-wiqaayah adalah suatu yang dituntut Islam, malah dalam pengunaan kata-kata yang terkenal, menjaga diri sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini seperti penyakit, adalah lebih baik daripada mengubati penyakit itu jika terkena.
Dalam Islam, banyak disarankan ikhtiar kepada manusia untuk menghindarkan diri dari sihir, setidak-tidaknya yang senang kita fahami, ada surah di dalam al-Quranul karim yang selalu digunakan oleh ramai masyarakat kita sebagai ayat pelindung yang dipanggil dengan istilah al-muawwizat, iaitu tiga surah terakhir iaitu Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah an-Naas.
Kita dianjurkan mengamalkannya sebagai satu perlindungan bagi menghindar diri daripada sihir dan banyak lagi ayat-ayat lain seperti ayatul kursi.
Boleh ikhtiar untuk menghindar dari syaitan, sihir dan niat jahat manusia, iaitu sentiasa mendampingi Allah S.W.T dengan menghias diri melakukan amal kebajikan serta menghindar diri daripada kemaksiatan.
Zikir kepada Allah, berdoa kepada Allah supaya kita dijauhkan daripada perkara yang dibimbangi mengenai kita.
Jalan untuk menghindarkan diri daripada sihir dengan al-wiqaayah lebih berkesan. Jangan dekati suatu perkara yang boleh menghindarkan diri daripada sihir, kerana jika sudah terkena, ada kesukaran untuk menghilangkannya.
Semakin lama penyakit tersebut dalam diri manusia, ia semakin susah untuk dirawati.

PERAWAT TEAM DAARULSYIFA JASIN SEMPAT RIADAH DI D'VILLAGE AIR KEROH MELAKA

Perawat Darulsyifa Team Jasin sempat beriadah bersama dengan anak-anak dan isteri masing-masing.. Semoga aktiviti ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang sekiranya ada masa terluang.

04 Oktober 2011

MERAWAT DAN "MEMAGAR RUMAH" DI MELAKA PERDANA

Perawat Darulsyifa Team Jasin diminta berada di Kompleks Guru Jasin pada 5 Oktober 2011(malam esok) berkumpul 8.30 malam. program memagar dan merawat rumah di Taman Melaka Perdana bermula selepas Solat Isya. Pastikan kehairan anda,bantuan anda sangat diperlukan.

SETIAP HARI KITA MAKAN SEDAP-SEDAP, MEREKA ...?

Mengutip sebiji jagung untuk meneruskan hidup ketika lalat-lalat juga berusaha untuk hidup. Mereka bersaing mendapatkan makanan. Aduhai....betapa melempah ruahnya rezeki yang Allah Taala berikan kepada kita selepas merawat boleh singgah di gerai atau restoran untuk "belah mulut" dengan makanan yang istimewa ,kadang-kadang tak habis ...yang pastinya setiap satu akan dihitung oleh Allah Taala. Mari kita muhasabah diri. Jangan kedekut untuk memberikan sumbangan kepada mereka yang sangat memerlukan.

DI MANA DARULSYIFA MELAKA BEROPERASI ?

Gambar menunjukkan Pusat Rawatan Darulsyifa Melaka yang terletak di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka. Tempat ini akan penuh sesak apabila hari Ahad di mana ianya dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengahari. perawat-perawat Team Darussyifa Jasin akan bertumpu di sini setiap minggu untuk membantu perawat-perawat lain yang bergitu excited membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.

Pesakit yang datang bukan sahaja dari Melaka malah ada yang datang dari Johor,Negeri Sembilan,Pahang dan tidak ketinggalan juga dari Singapura. Anda yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus atau penyakit fizikal yang disahkan oleh doktor perubatan,boleh mendapatkan rawatan alternatif di pusat rawatan ini.

03 Oktober 2011

APAKAH ISTIMEWANYA KAKI DAN TANGAN DALAM GAMBAR INI ?



Gambar tangan dan kaki i ni Wak Berahim ambil ketika merawat di Sek Men Sains Semberong Keluang ketika rombongan Darussyifa merawat dan "memagar" sekolah tersebut. Gambar kaki dan tangan ini adalah milik seorang pemandu bas sekolah berkenaan. Inilah kelebihan pemandu itu yang Allah Taala anugerahkan kepadanya supaya kita bersyukur 

"BELAH MULUT" ATAU "POTONG" ...MACAM WAJIB SELEPAS MERAWAT.

Selepas merawat di Masjid Tanah,Team Darussyifa Jasin sempat singgah di sebuah gerai untuk basahkan tekak....Wak berahim (berbaju hitam) sempat tersenyum walaupun badan terasa penat !

ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB

Bolehkah menggunakan Tangkal yang bertulisan ayat-ayat al-quran sebagai pendinding diri?

Jawapan

Di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal untuk berlindung adalah amalan umum bagi rata-rata masyarakat jahiliyah.
Rasulullah s.a.w mengharamkan penggunaan tangkal dan menggantikannya dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah, menghindari dari apa yg tidak diingini.
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Seiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya, dia telah melakukan perkara syirik.
Hadis ini hadis umum. Pernah sahabat yang menerima ayat-ayat al-Quran untuk amalan meghindari daripada gangguan, khasnya makhluk halus, telah menulis ayat-ayat itu dikertas untuk digantungkan kepada anak-anak mereka yang belum pandai membaca al-Quran.
Apabila perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda tidak melarang. Oleh demikian maka ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa, kalau tangkal diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.
Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana 1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar. 2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas 3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. Wallauhu a'lam.

GAMBAR TUAN GURU DATO DR HARON DIN KETIKA MERASMIKAN BANGUNAN BARU DARUSSYIFA MELAKA


Mendengar taklimat dan cadangan daripada Tuan Guru

TEAM DARUSSYIFA JASIN DAN MELAKA "MEMAGAR" DI SEK MEN SAINS SEMBERONG"

 Ahli Darussyifa Jasin dan Melaka berjumlah 21 orang telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Sains Semberong Keluang Johor  untuk memagar kawasan sekolah yang keluasannya 65 hektar. Sekolah tersebut adalah sekolah baru yang masih berlum berpenghuni dan dijangka menempatkan pelajar baru pada pertengahan bulan Oktober ini.

Menurut Penolong Kanan sekolah tersebut berbagai jenis gangguan terjadi antaranya ada yang berjumpa manusis tidak berkepala,bangunan yang belum ada sumber elektrik tetapi lampu menyala dengan sendirinya dan berbagai lagi jenis gangguan yang dihadapi oleh pengawal keselamatan dan petugas yang bertugas di situ.

Antara program yang disusun ialah  program bacaan Yasin,zikir dan solat hajat selepas itu memagar di bahagian tertentu di sekolah tersebut dengan mengggunakan garam,lada hitam dan air Yasin..Rombongan bertolak balik jam 10.30 dan .



Perawat Darussyifa melaka dan Team Jasin bergambar bersama kakitangan Sek Men Sains Sembrong keluang Johor.

petugas-petugas Team Darussyifa Jasin


Ust Halim (Setiausaha Darussyifa Melaka) mendengar taklimat daripada pihak sekolah

02 Oktober 2011

MENDERITA DI SOMALIA, DI MANA KEDUDUKAN KITA.

Ketika mereka kelaparan,mengutip walaupun sebutir nasi yang jatuh...kita bagaimana ? buang makanan yang tidak habis atau sengaja meninggalkan baki makanan kita tanpa dimakan. Aduhh....kasihan mereka. Membazirnya kita,kesiannya kita kerana dilaknat oleh makanan yang kita tinggalkan walaupun sebutir nasi !!

PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN SENTIASA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN.

Hari ini Ahad 2 Oktober 2011,awal pagi lagi perawat-perawat Team Darussyifa Jasin sudah berada di Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka. Hari ini pesakit yang datang sangat ramai sementara perawat yang memberi khidmat agak terhad. Perawat dari Team Jasin terdiri dari ustaz Yusle,Ustaz Abdullah Suhaimi,Ustaz Zulkifli Ahmad dan ust Man serta Ust Ibrahim Kamsan.
Ust Yusle dan Ust Abdullah Suhaimi sedang menguruskan pesakit

Seperti biasa suasana agak hingar bingar dengan susra pesakit yang menjerit kerana rasukan makhluk halus. Anda yang ingin melihat suasana demikian bolehlah datang ke pusat rawatan kami di Madrasah Arrahmah Solok Gaung setiap hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
      Ustaz Khalis di kaunter penerimaan

Penulis juga agak sibuk dengan urusan rawatan,selepas rawatan di Solok Gaung terus ke Tangkak dan Chohong. Ust Ibrahim pulak dengan rawatannya di IKM Jasin.Malam ini di Tambak Paya. Jadi jangan lupa sahabat-sahabat Team Darussyifa Jasin bersedia ke sana.

ANDA BERTANYA TUAN GURU MENJAWAB


SOALAN: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?

Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.

ANTARA TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Assalamualaikum.

Para pembaca yang dihormati, gangguan makhluk halus ini kadang-kadang menjadi pertikaian masyarakat umum. Ada yang percaya dan tidak kurang juga yang tidak percaya.Terpulanglah kepada masing-masing. Hidup mereka yang terkena gangguan tidak tenteram,rumah tangga jadi porak peranda,boleh mengakibat berlakunya cerai berai,bergaduh adik beradik atau anak beranak mahupun jiran dan berbagai-bagai lagi immplikasi lain yang  menyusahkan hidup.Walaubagaimanapun di Darussyifa,kita mengalakkan mereka berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.Sekiranga pihak hospital kata tiada penyakit walaupun telah dibuat rawatan dengan alatan canggih,maka cubalah dengan rawatan Islam di Darussyifa. Di Melaka,anda boleh berjumpa kami setiap hari Ahad(hari ini) bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12. 30 tengahari. Aturcara rawatan ialah bermula 8.30 pagi bacaan Yasin / zikir dan solat hajat serta diakhiri tazkirah ringkas daripada perawat Darussyifa.

Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus yang sering dihadapi oleh pesakit ialah pesakit tidak berada dalam kondisi yang baik antaranya ialah selalu pening kepala(tidak sembuh walaupun makan ubat) cepat panas baran (walaupun hal yang kecil) badan rasa sakit atau rasa berat badan,tidak boleh tidur malam ataupun asyik hendak tidur,selalu mimpi binatang bisa atau buas seperti ular,anjing,kerbau dan lain-lain,rasa panas badan bila baca Al-Quran,tidak suka dengar azan,sering nampak benda-benda ghaib,rumah selalu diganggu dan banyak lagi gangguan yang ganjil pada pandangan biasa.

Sekiranya ada tanda-tanda tersebut,cubalah ikhtiarkan dengan rawatan alternatif di Darussyifa ,kami sentiasa bersedia membantu anda.Darussyifa Melaka di Solok Gaung Air Molek dibuka hari ini(Ahad),silalah datang sekiranya anda memerlukan rawatan