MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

31 Mac 2012

MAKLUMAN RAWATAN DI SEGAMAT MALAM INI

Peringatan: Malam(31 Mac 2012)  ini rawatan  di Pusat Pendidikan Kitab Turath dan Tahfiz Melayu Raya Segamat .Bertolak jam 5.00 petang berhimpun di kompleks guru Jasin..

Maklumat  awal berkaitan dengan tempat rawatan.
Pusat Pendidikan Kitab Turath dan Tahfiz Al-Quran ini dibangunkan oleh Ustaz Razali Jamil Al-Hafiz  dengan 2 buah bangunan  asrama lelaki dan perempuan serta bilik kuliah dan sebuah dewan besar serba guna. Terdapat lebih 70 pelajar lelaki dan perempuan  serta sebilangan guru. Pusat pendidikan tersebut baru sahaja dirasmikan tetapi mudir dan keluarga ,tenaga pengajar serta beberapa orang murid telah diserang oleh gangguan makhluk halus. Perkara berkenaan menimbulkan masalah kepada semua penghuni  madrasah tersebut termasuk juga mudir dan gurunya sehinggakan Al Fadhil Ustaz Razali Jamil terpaksa tawaquf sementara semua aktiviti kuliah umumnya.

Oleh yang demikian ,adalah menjadi tanggungjawab Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Darussyifa'  Cawangan Jasin membantu sekadar termampu dan diharapkan dengan izin Allah usaha yang sedikit ini dipermudahkan oleh Allah dan dikembalikan seperti sediakala   suasana di pusat pendidikan tersebut.

Adalah diharapkan semua perawat Darussyifa dapat mengorbankan masa dan tenaga membantu Ustaz Razali.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan