MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

09 Oktober 2011

PROFESOR DATO` DR. HARON DIN~


Pengasas Darussyifa`, Timbalan Mursyidul Am  dan Tokoh Akademik.

Front Cover

Bermula dengan kerjaya sebagai Pensyarah di Jabatan Syariah, Fakulti Islam, sejak awal Universiti Kebangsaan Malaysia ditubuhkan dan menjawat sebagai Profesor. Beliau adalah keluaran Kolej Islam Kelang – Sijil Tertinggi (1965). Menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar pada peringkat Master (1966-68) dan Ph. D di Universiti Darul Ulum Qahirah (1972-74). Sekembalinya beliau berkhidmat di UKM.

Darussyifa` ditubuhkan pada 1977 dengan beberapa pelajar datang meminta beliau mengajarkan `Perubatan` yang beliau praktikkan bermula dari kediamannya di Taman Bangi di Jalan Reko, Kajang. Kemudian berpindah ke No. 3, Jalan 1/7D, Bandar Baru Bangi. Bermula dari seorang pelajar (Abdul Rahman Mustafa (1977) dan berkembang hingga berjumlah 32 (1980). Bangunan Daruysifa` sekarang dibina dan digunakan pada 17 Mac 1990 bersamaan 01 Ramadhan 1411. Kini Darussyifa mempunyai banyak cawangan di dalam negeri Selangor (8) dan luar dari negeri Selangor (40). Kini pelajar-pelajarnya berjumlah puluh ribuan. Beliau dianggap orang terawal memperkenalkan Rawatan Islam dengan pendekatan tersendiri dan menjadi ikon masyarakat umat.
Dr. Harun Din yang berasal dari Perlis ini seorang tokoh prolific dan banyak menghasilkan karangan.

Antara karyanya ialah Manusia dan Islam, Islam Jihad Sebagai Survival Islam dan beberapa siri karya perubatan Islam/

2 ulasan:

  1. semoga Allah beri kesihatan dan kesembuhan pada Tn Guru Haron Din..

    dia banyak mengajar erti akan kesembuhan pada masyarakat, semoga Allah sentiasa beri die kesembuhan.

    BalasPadam
  2. Insyallah,mudah-mudahan dengan kesembuhan itu mendorong tuan guru meneruskan amal kebajikannya dan yang penting semua masyarakat memperolehi manfaatnya.Amin

    BalasPadam