MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

18 Oktober 2011

DAUN BIDARA ANTARA BAHAN RAWATAN DI DARULSYIFA


Daun bidara adalah antara bahan  yang digunakan dalam rawatan perubatan di Darussyifa ,digunakan khususnya bila merawat mereka yang terkena gangguan makhluk halus. Biasanya bila setelah dibuat rawatan pesakit dibekalkan dengan daun bidara ini. Caranya ialah daun bidara ditumbuk dengan lesung batu separuh hancur kemudian dibungkus dengan 3 bungkusan. Masukkan ke dalam peti sejuk bahagian bawah. Cara mandi ialah gunakan setengah baldi air (ikut keperluan) masukkan sebungkus daun bidara bersama dengan sebahagian air yang didoakan. Setelah  mandi dan bersihkan badan, gunakan air yang telah disediakan tadi untuk dibuat bilasan. Sebelum bilas,baca selawat dan ratakan air ke seluruh anggota badan. Jangan lap air tersebut,biarkan  dibadan dan terus pakai pakaian.

Waktu mandi ialah selepas Solat Asar dan sebelum masuk waktu maghrib. Mandilah dengan mengikut bilangan bungkusan yang disediakan. Ini adalah satu usaha dan ikhtiar kita untuk membantu pesakit yang terkena gangguan makhluk halus.

Sekiranya anda berada di Jasin,daun ini boleh didapati di Hamas,di IKM Jasin dan di rumah Tok Man

Tiada ulasan:

Catat Ulasan