MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

28 September 2011

SEJARAH DARUSSYIFA MELAKA


Pada 5 Ogos 2006 Cawangan Darussyifa’ Melaka yang baru berusia 3 bulan telah mengorak langkah seterusnya dengan menyediakan peluang kepada penduduk-penduduk Islam diselatan tanahair khususnya disekitar Melaka untuk mengikuti Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’.
Pada 5 Ogos 2006, majlis pelancaran Kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ Cawangan Melaka telah disempurnakan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din. Majlis pelancaran Kuliah Pengubatan yang pertama dan untuk kumpulan yang pertama ini telah diadakan di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah, Solok Gaung, Air Molek Melaka bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

Pada tahun 2004, enam orang sahabat yang menetap di Melaka telah berazam untuk belajar ilmu Pengubatan Islam yang dianjurkan oleh Darussyifa’ di Bandar Baru Bangi. Mereka telah diterima belajar untuk sessi 2005/2006 dalam Kumpulan ke-17. Mereka telah berulang-alik dari Melaka ke Bandar Baru Bangi setiap hari Isnin dengan berkongsi menaiki MPV selama setahun untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam yang disampaikan oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Alhamdulillah dengan berkat kegigihan akhirnya mereka telah diijazahkan pada penghujung tahun 2005. Mereka kemudiannya telah mencadangkan kepada Darussyifa’ Pusat supaya Darussyifa’ Cawangan Melaka ditubuhkan. Cadangan mereka telah direstui, kemudian pada 24 April 2006 cawangan Melaka ini telah dilancarkan secara rasminya oleh Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din.
Cadangan untuk mengadakan Kuliah pengubatan di cawangan ini adalah cetusan dari enam sahabat ini yang terdiri daripada Ustaz Faisol Sheikh Mohamed, Ustaz Awang b Abdul Rahman, Ustaz Ibrahim, Ustaz Mohd Diah, Ustaz Kamarulzaman b Ahmad, Tuan Haji Nordin b Hj Yusof dan juga seorang peserta kumpulan yang terdahulu iaitu Tuan Haji Saad yang melihat bertapa perlunya kelas tersebut diwujudkan untuk manfaat peserta dari selatan khususnya di Melaka.

Seramai 130 orang telah membuat permohonan untuk mengikuti kuliah Pengubatan Islam Darussyifa’ di Melaka ini bagaimanapun setelah di temuduga hanya 113 orang sahaja yang telah diterima iaitu terdiri daripada 94 orang lelaki dan 19 orang wanita.
Kuliah Pengubatan Islam yang kedua akan bermula pada hari Ahad 27 Ogos 2006 bertempat di Surau Sekolah Menengah Agama Ar-Rahmah ini juga. Kuliah seterusnya akan berlangsung selama setahun dengan kekerapan 2 kali sebulan dan diadakan pada hari Ahad bermula jam 9:00 pagi hingga ke petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan