CARA PEMBIAKAN JIN
Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk
melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama untuk matang
dan menjadi baligh.
Berbeza dengan Jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki
dengan alat kelamin perempuan, maka Jin perempuan akan terus mengandung dan
beranak dan anak Jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaanya
sehingga ke hari kiamat.
Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan
mengeluarkan 33 biji telor. Dalam setiap biji telor itu ada 33 pasang benihnya.
Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan
keluar seperti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakan Jin dan Iblis
sehinggalah ke hari kiamat.
Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang Ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan Jin dengan lelaki atau perempuan dari kalangan manusia. Anak yang terhasil daripada percampuran itu dikenali dengan nama Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian ini dalam beberapa perkara mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut Jin.
Jika asal usul datuk manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul datuk
Jin pula ialah " Jaan " yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan
melahirkan keturunan yang beriman. Selepas itu terdapat pula dari keturunan
Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang
asal beriman itu ada yang kekal dalam iman dan ada pula yang kufur dan ada pula
yang kembali beriman kepada Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan