ASAL KEJADIAN JIN
Keterangan "Al-Maarij "
Maarij bermaksud nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas
bahangnya atau " Al-Lahab " iaitu jilatan api yang sudah bercampur
antara satu sama lain iaitu merah, hitam, kuning dan biru. Sesetengah ulama
pula mengatakan " Al-Maarij " itu ialah api yang sangat terang yang
memiliki suhu yang amat tinggi sehingga bercampur antara merah, hitam, kuning
dan biru.
Sesetengah pendapat pula mengatakan Al-Maarij itu ialah api yang
bercampur warnanya dan sama maknanya dengan " As-Samuun " iaitu api
yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah
sebati dengan Al-Maarij itulah Allah jadikan Jaan.
Menurut suatu Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud pula
menyatakan bahawa angin Samuun yang dijadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian
daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas itu.
Dari api yang amat panas inilah Allah telah menciptakan Jin, iaitu
dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. Kemudian Allah masukkan
roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang dikehendaki oleh
Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan
rupa yang disukai dan dikehendakinya kecuali rupa Rasulullah s.a.w mengikut
tahap dan kemampuan masing-masing.
Jin juga diperintahkan oleh Allah menerima syariat Islam
sepertimana yang diperintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk Jin yang
asal selepas di cipta dan ditiupkan roh itu, hanya Allah dan Rasulnya sahaja
yang mengetahuinya. Menurut sesetengah ulama rupa, tabiat, kelakuan dan
perangai Jin adalah 90 peratus mirip kepada manusia.
Asal kejadian manusia ialah campuran daripada Jisim Kathif iaitu
tanah dan air, Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani, iaitu roh,
akal, nafsu dan hati yang dinamakan "Latifatur-Rabbaniah " sesuai
dengan manusia sebagai sebaik-baik kejadian yang diciptakan Allah dan sebagai
Khalifah Allah di muka bumi ini. Manakala kejadian Jin pula ialah campuran
Jisim Syafaf iaitu campuran api dan angin dan Nurani iaitu roh, akal, nafsu dan
hati yang sesuai dan sepadan dengan kejadian Jin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan