ASAL KEJADIAN JIN
AGAMA PUAK-PUAK JIN
Jin Juga seperti manusia, iaitu ada yang baik, ada yang jahat, ada
yang soleh, ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmim, ada ada yang
kufur, ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga dan ada yang
dihumbankan oleh Allah ke dalam neraka di hari akhirat kelak.
Majoriti puak-puak Jin terdiri daripada golongan Jin kafir.
Golongan Jin kafir ini kebanyakanya beragama Yahudi, Kristian, Komunis dan
sangat sedikit daripada mereka yang beragama Buddha dan Majusi. Terdapat juga
golongan Jin yang tidak beragama. Golongan Jin yang memeluk Islam hanyalah
sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan
dengan keseluruhan bilangan Jin.
Seperti juga manusia biasa, Jin juga berada dalam tingkat-tingkat
iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan
mereka kepada Allah. Antaranya ada Jin Islam yang bertaraf awam sahaja , Jin
Islam yang di tingkat iman Khawas dan Jin Islam yang berada ditingkat iman yang
Khawasil-Khawas.
Walaupun Jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya , tetapi masih ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.
Mungkin inilah yang sering diperkatakan bahawa " sebaik-baik
Jin itu ialah sejahat-jahat manusia yang fasik. " Tetapi yang berbezanya
manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan