
Apabila kita sakit banyak-banyaklah beristigfar. Mungkin Allah nak bagi pahala dekat kita dengan sebab banyak menyebut nama Allah dan beristigfar.Apa lagi kalau sakit disebabkan oleh gangguan,jangan cepat mengatakan bahawa sakit ini dibuat oleh orang ini atau orang itu. Pergilah ke hospital dahulu untuk memastikan adakah ianya sakit biasa atau sakit "luar biasa".
Ramai pesakit berkata,sakit mereka disebabkan oleh perbuatan orang tertentu dan ramai juga yang mengatakan bahawa penyakit mereka adalah ' saka'. Entah mana dia tahu sakitnya itu disebabkan saka,perawat Darussyifa' pun tak tahu. Apa yang penting pesakit itu dirawat dan kalau ada gangguan makhluk halus,minta dia keluar dari badan. Pesakit juga dibekalkan dengan ayat-ayat pendinding. Dapatkan rawatan di pusat-pusat rawatan darussyifa' yang bertebaran di bumi Mlaysia ini,insyallah Allah memberi kesembuhan.
Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin mula dibuka pada 9 April 2012 jam 7.30 malam hingga 10.30 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan