MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

02 April 2012

JANGAN TERKELIRU DENGAN DARUSSYIFA'

Assalamualaikum.
Rawatan Islam Darussyifa' yang dipeloporai oleh Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah dan sedang berkembang pesat di seluruh tanah air. Tidak ketinggalan di Jasin juga terdapat Pusat Rawatan Darussyifa'. Dalam masa yang sama pusat rawatan yang lain juga tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Masing-masing menawarkan perkhidmatan rawatan yang  pelbagai dan tidak ketinggalan juga mengenakan bayaran yang tertentu. Ramai juga pesakit yang mengadu bahawa Darussyifa mengenakan bayaran yang mahal menyebabkan kami terperanjat kerana perawat Darussyifa' tidak pernah menetapkan apa-apa bayaran. Setelah diselidiki sahlah bahawa perawat yang merawat mereka bukan daripada Darussyifa' tetapi daripada pusat rawatan lain yang berorientasikan perniagaan juga menggunakan perkataan syifa'.

Adalah menjadi satu kesalahan kepada mana-mana perawat darussyifa' menetapkan bayaran selepas rawatan .Mana-mana perawat yang mengenakan atau menetapkan bayaran tindakan akan diambil ke atas mereka. Oleh yang demikian segala tomahan yang dikenakan kepada Darussyifa' adalah tidak benar dan sekiranya ada berlaku, pesakit diminta melaporkan kepada Darussyifa Melaka atau Darussyifa Pusat di Bangi supaya tindakan boleh diambil ke atas mereka.

Datanglah ke pusat-pusat rawatan Darussyifa di Solok Gaung Air Molek,Sg Rambai di Merlimau dan Taman Maj di Jasin. Insyallah kami sedia membantu anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan