
Perawat Darussyifa' Jasin diingatkan supaya tidak keluar merawat sendirian kerana berbagai kemungkinan boleh berlaku. Perkara ini pernah diingatkan oleh Pengrusi Darussyifa' Pusat Al-Fadhil Tn Hj Abdul Rahman b. Ahmad dalam satu taklimat di Bangi.
Maklumlah bila keluar merawat sendirian, ada pihak yang tidak senang hati ataupun kedudukan mereka terancam kerana perawat Darussyifa' tidak punya agenda tersembunyi. Oleh yang demikian adalah diingatkan supaya merawat secara berkumpulan seperti yang diamalkan oleh perawat-perawat Team Darussyifa' Jasin sekarang.. Sifat suka tunjuk berani hendaklah dielakkan kerana kita tidak tahu bagaimana pesakit yang hendak dirawat.Kemungkinan ianya memerlukan perawat yang lebih dari seorang dan bila merawat secara berkumpulan maka urusan merawat lebih mudah dan kalau berlaku kejadian mendrem atau mengamuk ,perkara tersebut boleh diatasi dengan mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan