Gambar menunjukkan Pusat Rawatan Darulsyifa Melaka yang terletak di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka. Tempat ini akan penuh sesak apabila hari Ahad di mana ianya dibuka dari jam 6.30 pagi hingga 12.30 tengahari. perawat-perawat Team Darussyifa Jasin akan bertumpu di sini setiap minggu untuk membantu perawat-perawat lain yang bergitu excited membantu masyarakat yang memerlukan bantuan.
Pesakit yang datang bukan sahaja dari Melaka malah ada yang datang dari Johor,Negeri Sembilan,Pahang dan tidak ketinggalan juga dari Singapura. Anda yang menghadapi masalah gangguan makhluk halus atau penyakit fizikal yang disahkan oleh doktor perubatan,boleh mendapatkan rawatan alternatif di pusat rawatan ini.
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
04 Oktober 2011
03 Oktober 2011
APAKAH ISTIMEWANYA KAKI DAN TANGAN DALAM GAMBAR INI ?
Gambar tangan dan kaki i ni Wak Berahim ambil ketika merawat di Sek Men Sains Semberong Keluang ketika rombongan Darussyifa merawat dan "memagar" sekolah tersebut. Gambar kaki dan tangan ini adalah milik seorang pemandu bas sekolah berkenaan. Inilah kelebihan pemandu itu yang Allah Taala anugerahkan kepadanya supaya kita bersyukur
"BELAH MULUT" ATAU "POTONG" ...MACAM WAJIB SELEPAS MERAWAT.
Selepas merawat di Masjid Tanah,Team Darussyifa Jasin sempat singgah di sebuah gerai untuk basahkan tekak....Wak berahim (berbaju hitam) sempat tersenyum walaupun badan terasa penat !
ANDA BERTANYA,TUAN GURU MENJAWAB
Bolehkah menggunakan Tangkal yang bertulisan ayat-ayat al-quran sebagai pendinding diri?
Jawapan
Di zaman permulaan Islam, amalan memakai tangkal untuk berlindung adalah amalan umum bagi rata-rata masyarakat jahiliyah.
Rasulullah s.a.w mengharamkan penggunaan tangkal dan menggantikannya dengan ayat-ayat al-Quran dan doa-doa khusus untuk memohon daripada Allah, menghindari dari apa yg tidak diingini.
Dalam musnad Imam Ahmad, juzuk ke empat, halaman 156 disebut mahfum hadis, "Seiapa yang menggantung tangkal maka sesungguhnya, dia telah melakukan perkara syirik.
Hadis ini hadis umum. Pernah sahabat yang menerima ayat-ayat al-Quran untuk amalan meghindari daripada gangguan, khasnya makhluk halus, telah menulis ayat-ayat itu dikertas untuk digantungkan kepada anak-anak mereka yang belum pandai membaca al-Quran.
Apabila perkara ini sampai kepada Rasulullah s.a.w, baginda tidak melarang. Oleh demikian maka ada sebahagian pendapat yang mengatakan bahawa, kalau tangkal diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Ulama-ulama muktabar berpendapat seperti dalam sebut Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) halaman 253, bahawa adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama berselisih pendapat, di kalangan ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak ada sedikit yang mengharuskannya dengan syarat-syarat khusus.
Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu, sedang keharusan yang Rasulullah sebutkan pada para sahabat, itu adalah pada permulaan Islam, apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka dilarang sama sekali pengunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat Quran kerana 1. Mencegah daripada keburukan yang lebih besar. 2. Mengaja kesucian al-Quran dari terbawa hingga ke dalam tandas 3. Membulatkan keyakinan bahawa Allah S.W.T yang melindungi manusia daripada segala-galanya. Wallauhu a'lam.
TEAM DARUSSYIFA JASIN DAN MELAKA "MEMAGAR" DI SEK MEN SAINS SEMBERONG"
Ahli Darussyifa Jasin dan Melaka berjumlah 21 orang telah dijemput oleh pihak Sekolah Menengah Sains Semberong Keluang Johor untuk memagar kawasan sekolah yang keluasannya 65 hektar. Sekolah tersebut adalah sekolah baru yang masih berlum berpenghuni dan dijangka menempatkan pelajar baru pada pertengahan bulan Oktober ini.
Menurut Penolong Kanan sekolah tersebut berbagai jenis gangguan terjadi antaranya ada yang berjumpa manusis tidak berkepala,bangunan yang belum ada sumber elektrik tetapi lampu menyala dengan sendirinya dan berbagai lagi jenis gangguan yang dihadapi oleh pengawal keselamatan dan petugas yang bertugas di situ.
Antara program yang disusun ialah program bacaan Yasin,zikir dan solat hajat selepas itu memagar di bahagian tertentu di sekolah tersebut dengan mengggunakan garam,lada hitam dan air Yasin..Rombongan bertolak balik jam 10.30 dan .
Perawat Darussyifa melaka dan Team Jasin bergambar bersama kakitangan Sek Men Sains Sembrong keluang Johor.
petugas-petugas Team Darussyifa Jasin
Ust Halim (Setiausaha Darussyifa Melaka) mendengar taklimat daripada pihak sekolah
02 Oktober 2011
MENDERITA DI SOMALIA, DI MANA KEDUDUKAN KITA.
Ketika mereka kelaparan,mengutip walaupun sebutir nasi yang jatuh...kita bagaimana ? buang makanan yang tidak habis atau sengaja meninggalkan baki makanan kita tanpa dimakan. Aduhh....kasihan mereka. Membazirnya kita,kesiannya kita kerana dilaknat oleh makanan yang kita tinggalkan walaupun sebutir nasi !!
PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN SENTIASA MEMBERIKAN PERKHIDMATAN.
Hari ini Ahad 2 Oktober 2011,awal pagi lagi perawat-perawat Team Darussyifa Jasin sudah berada di Pusat Rawatan Islam Darussyifa di Madrasah Arrahmah Solok Gaung Air Molek Melaka. Hari ini pesakit yang datang sangat ramai sementara perawat yang memberi khidmat agak terhad. Perawat dari Team Jasin terdiri dari ustaz Yusle,Ustaz Abdullah Suhaimi,Ustaz Zulkifli Ahmad dan ust Man serta Ust Ibrahim Kamsan.
Seperti biasa suasana agak hingar bingar dengan susra pesakit yang menjerit kerana rasukan makhluk halus. Anda yang ingin melihat suasana demikian bolehlah datang ke pusat rawatan kami di Madrasah Arrahmah Solok Gaung setiap hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Penulis juga agak sibuk dengan urusan rawatan,selepas rawatan di Solok Gaung terus ke Tangkak dan Chohong. Ust Ibrahim pulak dengan rawatannya di IKM Jasin.Malam ini di Tambak Paya. Jadi jangan lupa sahabat-sahabat Team Darussyifa Jasin bersedia ke sana.
Ust Yusle dan Ust Abdullah Suhaimi sedang menguruskan pesakit
Seperti biasa suasana agak hingar bingar dengan susra pesakit yang menjerit kerana rasukan makhluk halus. Anda yang ingin melihat suasana demikian bolehlah datang ke pusat rawatan kami di Madrasah Arrahmah Solok Gaung setiap hari Ahad jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari.
Ustaz Khalis di kaunter penerimaan
Penulis juga agak sibuk dengan urusan rawatan,selepas rawatan di Solok Gaung terus ke Tangkak dan Chohong. Ust Ibrahim pulak dengan rawatannya di IKM Jasin.Malam ini di Tambak Paya. Jadi jangan lupa sahabat-sahabat Team Darussyifa Jasin bersedia ke sana.
ANDA BERTANYA TUAN GURU MENJAWAB
SOALAN: Apakah jenis-jenis penyakit yang boleh disebabkan oleh Makhluk Halus?
Jawapan
Berdasarkan kepada nas-nas yang sahih khususnya dalam al-Quran dan sunnah Nabawiyyah, bahawa Allah SWT memperincikan bahawa makhluk halus seperti jin, ifrit dsbnya, dalam keadaan tertentu boleh memberikan berbagai penyakit ke atas anak Adam.
Di antara penyakit itu disebut dalam Surah al-Baqarah ayat 102 (mafhumnya), "Sesungguhnya orang-orang yang memakan riba' tidak dibangunkan pada Hari Kiamat melainkan dalam keadaan seperti orang yang telah rasuk oleh syaitan daripada sentuhan yang membawa kepada kecelakaan."
Istilah yang Allah digunakan dalam ayat tersebut ialah 'attkhabbut' yang bermakna dipukul dengan kuat atau dicederakannya.
Surah al-A'raf ayat 201, Allah menggunakan perkataan 'almass' yang diantara maksudnya, "Sesungguhnya orang-orang yang taqwa itu apabila mereka diganggu oleh syaitan dengan 'mass', sentuhan yang boleh membawa kepada kehilangan akal oleh jin-jin yang berkeliaran. Mereka segera ingat kepada Allah SWT, lalu mereka dapat pulih."
Surah al-Mujadalah ayat 19, Allah menggunakan perkataan 'istihwaaz', maksudnya syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupakan segalanya.
Surah al-A'raf ayat 300, syaitan boleh mengenakan kepada manusia 'annazghu' atau menipu dan menghasut untuk melakukan kejahatan. Ertinya golongan syaitan boleh menipu dan menghasut manusia sehingga kepada membunuh.
Surah as-Saad ayat 41, syaitan boleh mengenakan 'annasad' dalam ayat ini yang mafhumnya, "Dan ingatlah peristiwa hamba kami Ayub a.s, ketika ia bermunajat kepada Allah dengan mengadu katanya, 'sesungguhnya saya ya Allah, dikenakan oleh syaitan dengan 'nusghin wa azab'." Nasad yang membawa makna penat atau lebih yang amat sangat.
Jelas bahawa kepenatan, keletihan, kesusahan dan azab sengsara boleh dilakukan oleh makhluk ini berdasarkan ayat-ayat yang saya sebutkan.
Dalam sunnah yang sahih, disebut bahawa syaitan dan suku sakatnya boleh menyebabkan manusia menjadi gila. Hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, dikisahkan tentang seorang anak muda yang baru berkahwin sempena dengan Peperangan Ahzab. Beliau menyertai Rasulullah s.a.w mengorek parit di waktu tengahari, beliau memohon izin kepada Rasullah untuk pulang. Rasulullah keberatan mengizinkan. Namun atas desakannya lalu dibenarkan. Bagaimanapun Rasullullah mengingatkan kepada pemuda tersebut supaya membawa senjata. Apabila sampai di rumah beliau dapati isterinya berada di luar rumah. Lalu dilihat dalam rumahnya ada ulat hitam yang besar. Pemuda ini terus menusuk tombaknya kepada ular tersebut. Lalu ular itu menggelupur, tapi dalam waktu yang sama pemuda itu turut menggelupur. Akhirnya ular itu mati dan pemuda pun mati juga. Apabila peristiwa ini dimaklumkan kepada Rasulullah, lalu baginda menyebut itu (ular) adalah jin. (Sahih Mulim, Juzuk ke 4 hadis 1756).
Suatu peristiwa lain, Yaa'li bin Murrah menceritakan dari bapanya, bahawa suatu ketika seorang perempuan telah membawa anaknya yang berpenyakit 'lammam' (akal yang bercelaru atau gila). Rasullah s.a.w merawatnya dengan membaca sesuatu, lalu baginda menepuk belakangnya dan pemuda itu termuntah lalu keluarlah objek kehitam-hitaman berlari keluar dan terus hilang, lalu pemuda ini kembali siuman seperti biasa. Hadis ini terdapat dalam Musnah Imam Ahmad.
Inilah di antara sebahagian penyakit yang boleh dicetuskan syaitan ke atas manusia.
ANTARA TANDA-TANDA TERKENA GANGGUAN MAKHLUK HALUS
Assalamualaikum.
Para pembaca yang dihormati, gangguan makhluk halus ini kadang-kadang menjadi pertikaian masyarakat umum. Ada yang percaya dan tidak kurang juga yang tidak percaya.Terpulanglah kepada masing-masing. Hidup mereka yang terkena gangguan tidak tenteram,rumah tangga jadi porak peranda,boleh mengakibat berlakunya cerai berai,bergaduh adik beradik atau anak beranak mahupun jiran dan berbagai-bagai lagi immplikasi lain yang menyusahkan hidup.Walaubagaimanapun di Darussyifa,kita mengalakkan mereka berjumpa dengan doktor terlebih dahulu.Sekiranga pihak hospital kata tiada penyakit walaupun telah dibuat rawatan dengan alatan canggih,maka cubalah dengan rawatan Islam di Darussyifa. Di Melaka,anda boleh berjumpa kami setiap hari Ahad(hari ini) bermula jam 8.30 pagi hingga jam 12. 30 tengahari. Aturcara rawatan ialah bermula 8.30 pagi bacaan Yasin / zikir dan solat hajat serta diakhiri tazkirah ringkas daripada perawat Darussyifa.
Antara tanda-tanda gangguan makhluk halus yang sering dihadapi oleh pesakit ialah pesakit tidak berada dalam kondisi yang baik antaranya ialah selalu pening kepala(tidak sembuh walaupun makan ubat) cepat panas baran (walaupun hal yang kecil) badan rasa sakit atau rasa berat badan,tidak boleh tidur malam ataupun asyik hendak tidur,selalu mimpi binatang bisa atau buas seperti ular,anjing,kerbau dan lain-lain,rasa panas badan bila baca Al-Quran,tidak suka dengar azan,sering nampak benda-benda ghaib,rumah selalu diganggu dan banyak lagi gangguan yang ganjil pada pandangan biasa.
Sekiranya ada tanda-tanda tersebut,cubalah ikhtiarkan dengan rawatan alternatif di Darussyifa ,kami sentiasa bersedia membantu anda.Darussyifa Melaka di Solok Gaung Air Molek dibuka hari ini(Ahad),silalah datang sekiranya anda memerlukan rawatan
Langgan:
Catatan (Atom)