MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

28 Jun 2013

MAKLUMAN KEPADA SEMUA

Salam.Makluman kepada semua,Pusat Rawatan Islam Darussyifa Jasin akan di tutup pada bulan RAMADHAN ini.Ini bagi memberi ruang kepada semua untuk mengimarahkan bulan Ramadhan yang Mulia ini dengan Solat Tarawih,Tadarrus Al-Quran dan lain-lain.Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan Pengerusi dan Setiausaha di telefon nombor seperti yang tercatat disebelah kiri blog ini.Sekian terima kasih.

26 Jun 2013

9 JENIS SIHIR YANG PERLU DIKETAHUI


1. Tafriq (sihir yang memisahkan suami isteri):
Akibat sihir ini timbul perasaan marah dan benci. Apabila isteri tengok suami, pada pandangannya muka suami seperti hantu, begitu juga apabila suami melihat isteri.

2. Al-Mahabbah:
Sihir ini dibuat oleh isteri kepada suami supaya suami taat, terutama jika suami kaya dan mempunyai banyak harta.

3. Takhayyul (sihir ini menyebabkan orang yang terkena sentiasa berkhayal):
Mereka yang terkena sihir ini juga sering berimaginasi benda kecil, tetapi pada pandangannya ia besar.

4. Al-Junun (menjadi seorang yang tersangat lupa dan tersasul):
Apabila orang yang terkena sihir ini bercakap, matanya terbeliak. Mereka juga tidak tetap di satu tempat dan saling bertukar kerja. Kerap dilihat merayap tanpa hala tuju dan tinggal di rumah kosong.

5. Al-Khumul:
Mereka yang terkena sihir ini lebih suka bersendirian untuk tempoh masa panjang. Mereka juga benci pada perhimpunan, sentiasa dalam keresahan dan lambat melakukan sebarang pekerjaan.

6. Al-Hawatif:
Sihir ini membuat seseorang itu mengalami mimpi ngeri, berasa diseru dalam mimpi dan mendengar suara bercakap ketika berjaga. Banyak waswas dan mereka yang terkena sihir ini banyak syak wasangka dengan orang yang rapat atau disayangi.

7. Al-Marad (sakit):
Orang yang terkena sihir ini akan sentiasa sakit anggota badan, tubuh jadi kaku dan anggota tidak berfungsi secara tiba-tiba.

8. Nazif:
Sihir ini berlaku pada orang mengalami darah istihadah (darah yang keluar selepas melewati tempoh darah haid). Apabila disihir, darah akan keluar secara berterusan hingga berbulan-bulan.

9. Ta’til tawaj:
Sihir untuk rosakkan perkahwinan seseorang. Disebabkan sihir ini, wanita takut hendak kahwin, mudah marah, lupa dan kurang syahwat

24 Jun 2013

ASAL USUL JIN,IBLIS & SYAITAN




Asal-usul Kejadian Jin, Iblis Dan Syaitan
Mungkin ada di antara kita masih lagi keliru dengan perbezaan di antara iblis, syaitan dan jin. Walhal para ulama’ sendiri berbincang panjang tentang perbezaan yang wujud di antara iblis, syaitan dan jin. Kita boleh merujuk perbincangan tersebut dalam kita tafsir al-Tabari, al-Qurtubi dan lain-lain. Namun, secara ringkasnya boleh dinyatakan bahawa jin merupakan makhluk Allah yang diberi tanggunjawab memperhambakan diri kepada Allah seumpama manusia.

Firman Allah dalam surah al-Zariyat ayat 56 bermaksud: 
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."

23 Jun 2013

RAMADHAN MENJELMA LAGI

Sama-sama lah kita berdoa semoga dipertemukan lagi dengan Ramadhan pada tahun ini.


Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : “ Wahai orang-orang yang beriman telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa ”.
(Surah Al-Baqarah Ayat 183)

Pengertian Puasa

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

QADA DAN QADAR

Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang Islam. Penjelasan mengenai qada dan qadar ini ada dibicarakan di dalam kitab-kitab aqidah dan perbincangannya agak panjang dan adakalanya begitu susah untuk difahami oleh kebanyakkan orang terutamanya bagi sesiapa yang baru menjejakkan kaki dalam perbincangan ilmu aqidah secara mendalam.
Sememangnya perkara aqidah ini memerlukan penjelasan yang sejelas-jelasnya. Para ulama mengatakan bahawa adalah tidak harus sama sekali untuk bertakliq di dalam persoalan aqidah. Saya berharap dengan tulisan ringkas ini akan memberikan kefahaman yang sempurna kepada semua pembaca pada persoalan qada dan qadar ini. InsyaAllah.

21 Jun 2013

AL FATIHAH

Jasin_20 JUN 2013,01.30 pagi,Ustaz Zulkifli bin Ahmad perawat Darusyifa Jasin telah kembali kerahmatullah.Pemergian Allahyarham amat dirasai khususnya rakan-rakan perawat.Terasa begitu sebak.Namun itulah ketentuan ILLAHI.Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang beriman.


16 Jun 2013

SAMA-SAMALAH KITA BERDOA

Ustaz Zulkifli bin Ahmad,salah seorang perawat Pusat Rawatan Islam Darusyifa Jasin telah sakit dan kini masih belum sedarkan diri.Beliau telah mula sakit pada hari Khamis( 13.06.2013 ) yang lalu.Mohon jasa baik tuan-tuan semua mendoakan agar Ustaz Zulkifli sembuh dan sihat seperti sediakala.Kepada seluruh ahli keluarga beliau diharapkan banyak-banyak bersabar diatas ujian ini.

Ustaz Zulkifli bin Ahmad

MEMAGAR BANGUNAN MYDIN BANDAR BARU BESTARI JASIN

Jasin_13 Jun 2013.Pihak pengurusan Mydin Bandar Baru Bestari Jasin telah meminta Perawat Darussyifa' Jasin untuk memagar bangunan Mydin yang baru dibuka kira-kira 5 bulan yang lepas.Aktiviti memagar bangunan berkenaan telah diadakan kira-kira pukul 11.30 malam selepas habis waktu perniagaan.Seramai 23 orang perawat Darussyifa Jasin telah hadir.Terima kasih kepada semua perawat yang telah sama-sama membantu.Semoga ALLAH membalas jasa baik kalian.

Pengerusi sedang menerangkan sesuatu
Menyediakan air sebelum bacaan Yaasin


Antara bahan-bahan untuk rawatan
Pekerja Mydin yang hadir


Wakil Pihak pengurusan Mydin
Membuka botol air untuk bacaan Yaasin


06 Jun 2013

Arwah Suami Datang Setiap Malam Untuk "Bersama" Isteri

Ustaz, suami saya telah kembali ke rahmatullah kira-kira tiga bulan yang lalu. Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini ada sesuatu yang pelik berlaku pada diri saya, iaitu pada setiap malam arwah mendatangi dan bergaul dengan saya. Kemusykilan saya ;

i) Bolehkah suami yang telah kembali ke rahmatullah, mendatangi semula dan bergaul, sepertimana mereka hidup pada malam-malam hari sebelum kematiannya?

ii) Bolehkah ruh suami saya menziarahi anggota keluarganya, menziarahi rumah atau kampung halamannya?

iii) Apakah benar ruh orang yang sudah meninggal, boleh balik memasuki tubuh anggota keluarganya, seolah-olahnya boleh berinteraksi dengan orang hidup.

Hamimah Abdullah
Banting, Selangor.