MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

20 Februari 2013


TEMPAT TINGGAL JIN DAN SYAITAN
ALLAH SWT berfirman:

Maksudnya:
”Iblis nampak kamu dan juga golongannya (nampak kamu) sekira-kira kamu tidak nampak mereka.”
(Surah al-a’araaf:: ayat 27)

Mengapa manusia tidak nampak jin dan syaitan?. Bukan disebabkan jin dan syaitan berada di alam ghaib atau alam lain dari alam atau dunia ini, tetapi disebabkan tubuhnya halus seperti angin. Bagaimana kita tidak dapat melihat angin maka begitulah juga kita tidak dapat melihat jin dan syaitan, walaupun jin dan syaitan itu berada di depan mata kepala kita.

Menurut keterangan beberapa ayat al-Quran, syaitan dan jin tinggal di atas muka bumi ini.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya:
”Ingatlah kamu ketika Kami berfirman: Turunlah kamu semua, kamu bermusuhan antara satu sama lainnya dan bagi kamu ada tempat tinggal dan kehidupan di atas muka bumi.”
(Surah al-Baqarah: Ayat 36)

Di mana rumah jin dan syaitan?. Dari keterangan yang dibuat oleh para ulama’, seperti Imam Sayuti dalam kitabnya, Ahkam al-Jan yang didasarkan kepada beberapa hadis Nabi SAW bahawa jin dan syaitan suka mendiami tempat-tempat kotor, seperti najis binatang, sampah sarap, dan sebagainya. Tubuh manusia juga adalah merupakan tempat yang disukai untuk dihuni oleh mereka, terutamanya bahagian yang busuk dan kotor, ketiak, punggung dan sebagainya. Jin dan Syaitan juga suka tinggal dalam air jampi para pawang, azimat, tangkal, sesuatu yang dipuja seperti keris, tongkat dan lain-lain. Demikian juga di rumah-rumah sembahan kafir, kuil, pagoda dan gereja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan