Syarat-syarat Utama
Menjadi Perawat yang Baik
(Pesanan ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada
7-March-2005)
1. Iltizam dengan Ilmu Pengubatan yang dipelajari – iaitu
dengan sentiasa beramal dan berdamping dengannya setiap hari.
2. Mempraktikkan ilmu pengubatan yang telah dipelajari, selalu
memberikan khidmat sukarela di klinik-klinik darussyifa' dengan memberi rawatan
kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
3. Jangan campur adukkan ilmu yang diharuskan dengan ilmu yang
dilarang iaitu jangan berbohong atau menyebutkan perkara-perkara yang tidak
betul ketika merawat umpamanya mengatakan penyakit itu adalah disebabkan sihir
atau perbuatan khianat oleh orang tertentu.
4. Ada keyakinan pada diri sendiri dan ikhlas bahawa ilmu yang
disampaikan oleh guru adalah benar dan tidak meyalahi syarak.
5. Tidak boleh melangkah larangan atau etika yang telah ditetapkan
oleh Darussyifa' contohnya tidak boleh menetapkan bayaran kepada pesakit.
6. Hendaklah setiasa berdisiplin dalam semua hal seperti dalam
pengubatan, kehidupan, beribadat, berzikir dan seumpamanya.
7. Bersungguh-sungguh dalam mengubat, berubat dan mencari
kesembuhan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan