(Pesanan
ini disampaikan oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din pada 7-March-2005)
1. Ada penyakit , ada ubat.
2. Allah yang menjadikan penyakit , Dialah yang menjadikan
ubatnya.
3. Kesembuhan bukan milik sesiapa, hanya milik Allah Ta'ala.
4. Manusia boleh berusaha, insya' Allah kalau kena dengan
ubatnya, Allah Ta'ala akan sembuhkan.
5. Al-Quran adalah panduan dan penghubung kepada kesembuhan
penyakit.
6. Doa'-doa' dan bacaan-bacaan adalah ikhtiar yang menjadi
sebab untuk sembuh penyakit.
7. Rawatan dengan bacaan ataupun doa', telah diijmakkan harus
oleh para ulama', malah digalakkan dengan tiga syarat;
i.
Dengan membaca Al-Quran (dengan bacaan yang betul).
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
ii. Dengan bacaan-bacaan (selain daripada Al-Quran) yang diketahui maknanya.
iii. Dengan mengiktikadkan bahawa Allah ta'ala sahaja yang akan menyembuhkan.
8. Bahan ubat hendaklah daripada bahan yang halal dan harus (jangan
menggunakan bahan-bahan yang haram seperti benda yang najis, tangkal dan
seumpamanya)
9. Tidak boleh berputus asa dalam berikhtiar untuk mencari ubat dan
kesembuhan.
10. Keyakinan kepada diri sendiri, ubat yang dibuat, doa yang
dibaca dan ikhtiar yang betul, pasti Allah Ta'ala akan menyembuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan