MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

11 Januari 2013

BIODATA IBLIS LAKNATULLAH

Nama : Iblis
Gelaran : Laknatullah ‘Alaihi (semoga Allah melaknatnya)
Lahir : Sebelum diciptakan manusia
Tempat tinggal : Bilik air, jamban atau rumah yang tidak disebut nama Allah ketika memasukinya
Singgahsana : Di atas air
Rumah masa depan : Neraka Jahanam, seburuk-buruk tempat tinggal
Agama : Kafir


Jawatan : Pimpinan Umum orang-orang yang dimurkai Allah dan sesat
Tempoh Jawatan : Hingga hari Kiamat
Pekerja : Setan jin dan setan manusia
Rakan Kerja : Orang yang diam daripada kebenaran
Ejen : Dukun dan paranormal
Musuh : Kaum Muslimin
Kekasih Di Dunia : Wanita yang minatnya bertelanjang dan pamer aurat
Keluarga : Para taghut

Cita-cita : Ingin membuat semua manusia kafir
Moto : Kemunafikan adalah akhlak yang paling utama
Hobi : Menyesatkan manusia dan menjerumuskan ke dalam dosa
Lukisan Kesayangan : Tatu
Mata Pencarian : Mencari harta yang haram
Makanan Kesukaan : Bangkai manusia (ghibah)
Tempat Kesukaan : Tempat-tempat najis dan tempat maksiat
Tempat yang Dibenci : Majlis ilmu dan temat-tempat ketaatan kepada Allah
Alat Komunikasi : ghibah (mengumpat), namimah (adu domba) dan dusta
Ikrar :
1. Melakukan kebatilan
2. Menamakan maksiat dengan nama yang indah
3. Menamakan ketaatan dengan nama yang tidak disukai
4. Masuk melalui pintu yang disukai manusia
5. Menyesatkan manusia secara bertahap
6. Menghalang-halangi manusia daripada kebenaran
7. Berlagak sebagai penasihat


Kelemahan :
1. Terdiam di hadapan orang yang ikhlas
2. Tewas menghadapi orang yang berilmu
3. Lari daripada suara azan
4. Lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya
5. Menghindari orang yang berzikir kepada Allah
6. Menangis ketika melihat orang bersujud kepada Allah

Diringkaskan dan diadaptasi daripada kitab “Wiqayatul Insan minal Jin wasy Syayaathin”, karya Wahid Abdus Salam Bali, oleh : Abu Umar Abdillah

03 Januari 2013

SOLATLAH WALAU MACAMANA SAKIT SEKALI PUN !


Solatlah walau ketika sakit..




























KAEDAH MENGAMBIL TUMBUHAN UNTUK PERSEDIAAN RAWATAN


1. Memberi salam kepada nabi Ilyas sebelum mengambil sesuatu tanaman (pokok, daun, bunga dan sebagainya) untuk buat ubat, caranya; ” Assalammu’alaikum wahai nabi Ilyas, saya hendak mengambil pokok ini untuk merawat penyakit …….(sebut nama penyakit) yang di hidapi oleh …..(sebut nama pesakit)”
2. Baca Surah Al-Fatihah sebelum memetik atau memotong pokok tersebut
3. Jangan tindih bayang. Pastikan pokok tersebut tidak terlindung bayang badan kita ketika mengambilnya. (Samaada bayang cahaya matahari di waktu siang atau bayang bulan dan lampu suluh di waktu malam).
4. Ambil tumbuhan yang segar – tidak dimakan ulat, tidak terlalu tua dan tidak terlalu muda.
5. Gunakan Periuk yang dibuat daripada tanah untuk merebus bahan ubat.
6. Bila mengacau bahan ubat, pergerakan pusingan hendaklah mengikut pusingan tawaf ka’abah (anti clock wise).
JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN
Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci

24 Disember 2012

MAKLUMAN UNTUK PERAWAT BERTUGAS HARI INI


Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin akan dibuka seperti biasa hari ini (24 Disember 2012 - jam 7.30 - 10.30 malam). Memandangkan pesakit semakin ramai maka adalah diharapkan perawat bertugas dapat hadir lebih awal supaya aktiviti bacaan Yasin dan zikir dapat diadakan lebih awal iaitu selesai sahaja solat Maghrib.Ianya bertujuan untuk menjimatkan masa dan juga tempih menunggu bagi pesakit yang datang awal..

Sementara itu diingatkan kepada pesakit supaya tidak membawa anak-anak kecil untuk mengelakkan gangguan serta kosentrasi kepada perawat semasa merawat melainkan anak-anak yang dibawa ke pusat rawatan untuk dirawat. Kerjasama daripada semua adalah amat diharapkan.

Terima kasih.

Pengerusi Darussyifa Cawangan Jasin.

PENTINGNYA TIDUR APABILA MENGANTUK


Pentingnya Tidur Apabila Mata Mengantuk
 “Jika salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk bermungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang mencaci dirinya sendiri.”Dalam sebuah hadis disebutkan tentang kisah Abu Darda’ yang, di antaranya, tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah. Salman, sahabatnya, telah menegurnya dengan berkata: 
“Tuhanmu ada hak ke atasmu, badanmu ada hak ke atasmu dan isterimu ada hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.” Ketika Nabi mendengar perkataan Salman, Baginda berkata: “Benarlah Salman.” (Bukhari) Dalam hadis yang lain diceritakan bahawa Baginda Nabi telah memasuki Masjid dan ternampak seutas tali yang merentangi dua tiang. Selepas bertanya, Baginda diberitahu bahawa tali itu adalah kepunyaan Zainab agar dia dapat berpaut kepadanya ketika keletihan melakukan sembahyang. Nabi pun terus mengeluarkan arahan:
 “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersembahyang ketika dirinya cergas, dan ketika sudah mengantuk hendaklah tidur.” (Bukhari-Muslim)Semua ini menunjukkan bahawa Islam amat mementingkan produktiviti yang berkualiti dalam setiap amalan. Ia juga menampakkan tentang perkaitan di antara produktiviti dan kualiti dengan tahap kecergasan diri seseorang.Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.Di dalam kitab ‘Misykatul Masabih’ disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: “Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya.”
 Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin’ telah berkata:
 “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”
wallahu a’lam

16 Disember 2012

Sila Click Maps untuk cari lokasi Darussyifa' Cawangan Jasin


Anda yang nak cari Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin,sila click maps
Gosur Maps
Darussyifa' Jasin
Explore maps, plan routes, search addresses and find nearby places. Find street views and satellite photos. All what you need in just one place!

15 Disember 2012

MAJLIS SILATURRAHIM PERAWAT DARUSSYIFA' CAW. JASIN

PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN

Adalah dimaklumkan bahawa Darussyifa' Cawangan Jasin akan mengadakan majlis silaturrahim dikalangan perawat-perawat Darussyifa' Jasin  pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh      :  28 Disember 2012
Tempat    :  Medan Ikan Bakar Saba Aur Muar
Jumlah ahli  :  34 orang
Masa       :  Berhimpun di kompleks Guru Jasin dan bertolak jam 6.15 petang.

Tentatif  ;

6.00 petang - berhimpun di kompleks Guru Jasin
6.15 petang - bertolak ke Saba Aur Muar
7.05 malam - Solat maghrib berjemaah
7.25 malam - Ucapan aluan pengerusi
7.35 malam - Ucapan Penasihat Darussyifa' Jasin  - Ust Faisol Sheikh Mohamad
8.00 malam - jamuan makan

Jangan ada dikalangan ahli yang menguzurkan diri kerana kedatangan adalah wajib !

BENARKAH RASULULLAH TIDAK PERNAH MENGUBAT ORANG YANG SAKIT?


Saya mendengar seorang penceramah mengulas sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w., pernah dibawa kepadanya seorang pesakit meminta diubati. Rasulullah tidak mengubatinya, sebaliknya pesakit itu dirujuk kepada pengubat lain.
Kata penceramah itu Rasulullah tidak mengubatkan pesakit. Oleh itu bagaimana kita hendak kaitkan ilmu perubatan Islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran sedangkan Nabi tidak melakukannya? Mohon penjelasan

Jawapan

Hadis yang dirujukkan penceramah tersebut adalah betul. Ia adalah hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim yang didapati dalam banyak kitab seperti Sahih Muslim dan Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim dalam juzuk kelima.
Hadis sepenuhnya bermaksud begini:
Disebut lbnu Syihab az-Zukhri katanya; seorang lelaki telah dipatuk ular berbisa lalu dibawa kepada Rasulullah s.a.w., sengatan ular ini amat serius, lelaki itu berada di dalam sangat kritikal. Lalu Nabi bertanya kepada sahabat, apakah ada orang yang mahir mengubati bisa ular. Sahabat memberitahunya, ada, iaitu Aalu Hazmin, mereka terkenal dengan ilmu pengubatan ini. Nabi bertanya siapakah nama pengubat yang terbaik itu, lalu mereka menjawab ‘Ammarah Ibnu Hazmin. Pesakit ini dibawa berjumpa dengan ‘Ammarah, tetapi beliau enggan mengubatkannya. Lalu pesakit ini dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w. semula.
Nabi bertanya ‘Ammarah mengapa beliau enggan merawat. Jawabnya, saya telah memeluk agama Is­lam dan saya Mendengar Rasulullah s.a.w. melarang jampi mantera untuk rawatan. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada beliau, bukan semua jampi mantera diharamkan. Ada yang boleh diamalkan jika tiada dalam jampi itu perkataan yang syirik. “Nabi menyuruh ‘Ammarah membaca jampi yang ada padanya untuk rawatan bisa tersebut. Selepas mendengarnya, Nabi membenarkan ‘Ammarah membacanya untuk tujuan pengubatan. Lalu beliau melakukannya dan pesakit itu sembuh dengan izin Allah SWT”

RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' CAW JASIN DIBUKA SEPERTI BIASA

Assalamualaikum.

Kepada anda yang budiman,Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Cawangan Jasin dibuka seperti biasa setiap Isnin dan Khamis malam bermula selepas solat Maghrib. Anda yang memerlukan rawatan sila berkunjung ke Pusat rawatan tersebut.
harap maklum.

Anak Ustaz Harun Din kena tahan?

Macam2 cara dorang nak menipu zaman sekarang. Pula tu menipu menggunakan nama tokoh2 terkenal. Buatnya ada orang terpedaya dan tahu benda neh merupakan satu penipuan tak pasal2 merosakkan nama baik tokoh tersebut. Apa pun tak boleh la dorang neh. Menyusahkan orang je. Pui.



Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin. 

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis. 
Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000. 
Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’.-BH-

Kepada mereka2 yang pernah tertipu dengan lelaki di atas mohon tampil bagi membantu siasatan polis. Semakin banyak kes penipuan yang melibatkan dia terbongkar semakin lama la dia kat dalam tue. 

Dalam masa yang sama jika ada sesiapa yang dah terpedaya dengan lelaki tersebut atas nama "anak ustaz haron din" moga2 ini dapat memberikan pencerahan kepada korang. Bukan apa.. takut2 dorang termaki ustaz haron din pula. Padahal takde kaitan pun.