Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin.Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis.
Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000.
Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’.-BH-
Kepada mereka2 yang pernah tertipu dengan lelaki di atas mohon tampil bagi membantu siasatan polis. Semakin banyak kes penipuan yang melibatkan dia terbongkar semakin lama la dia kat dalam tue.
Dalam masa yang sama jika ada sesiapa yang dah terpedaya dengan lelaki tersebut atas nama "anak ustaz haron din" moga2 ini dapat memberikan pencerahan kepada korang. Bukan apa.. takut2 dorang termaki ustaz haron din pula. Padahal takde kaitan pun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan