MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

16 Disember 2012

Sila Click Maps untuk cari lokasi Darussyifa' Cawangan Jasin


Anda yang nak cari Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin,sila click maps
Gosur Maps
Darussyifa' Jasin
Explore maps, plan routes, search addresses and find nearby places. Find street views and satellite photos. All what you need in just one place!

15 Disember 2012

MAJLIS SILATURRAHIM PERAWAT DARUSSYIFA' CAW. JASIN

PERAWAT-PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN

Adalah dimaklumkan bahawa Darussyifa' Cawangan Jasin akan mengadakan majlis silaturrahim dikalangan perawat-perawat Darussyifa' Jasin  pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh      :  28 Disember 2012
Tempat    :  Medan Ikan Bakar Saba Aur Muar
Jumlah ahli  :  34 orang
Masa       :  Berhimpun di kompleks Guru Jasin dan bertolak jam 6.15 petang.

Tentatif  ;

6.00 petang - berhimpun di kompleks Guru Jasin
6.15 petang - bertolak ke Saba Aur Muar
7.05 malam - Solat maghrib berjemaah
7.25 malam - Ucapan aluan pengerusi
7.35 malam - Ucapan Penasihat Darussyifa' Jasin  - Ust Faisol Sheikh Mohamad
8.00 malam - jamuan makan

Jangan ada dikalangan ahli yang menguzurkan diri kerana kedatangan adalah wajib !

BENARKAH RASULULLAH TIDAK PERNAH MENGUBAT ORANG YANG SAKIT?


Saya mendengar seorang penceramah mengulas sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w., pernah dibawa kepadanya seorang pesakit meminta diubati. Rasulullah tidak mengubatinya, sebaliknya pesakit itu dirujuk kepada pengubat lain.
Kata penceramah itu Rasulullah tidak mengubatkan pesakit. Oleh itu bagaimana kita hendak kaitkan ilmu perubatan Islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran sedangkan Nabi tidak melakukannya? Mohon penjelasan

Jawapan

Hadis yang dirujukkan penceramah tersebut adalah betul. Ia adalah hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim yang didapati dalam banyak kitab seperti Sahih Muslim dan Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim dalam juzuk kelima.
Hadis sepenuhnya bermaksud begini:
Disebut lbnu Syihab az-Zukhri katanya; seorang lelaki telah dipatuk ular berbisa lalu dibawa kepada Rasulullah s.a.w., sengatan ular ini amat serius, lelaki itu berada di dalam sangat kritikal. Lalu Nabi bertanya kepada sahabat, apakah ada orang yang mahir mengubati bisa ular. Sahabat memberitahunya, ada, iaitu Aalu Hazmin, mereka terkenal dengan ilmu pengubatan ini. Nabi bertanya siapakah nama pengubat yang terbaik itu, lalu mereka menjawab ‘Ammarah Ibnu Hazmin. Pesakit ini dibawa berjumpa dengan ‘Ammarah, tetapi beliau enggan mengubatkannya. Lalu pesakit ini dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w. semula.
Nabi bertanya ‘Ammarah mengapa beliau enggan merawat. Jawabnya, saya telah memeluk agama Is­lam dan saya Mendengar Rasulullah s.a.w. melarang jampi mantera untuk rawatan. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada beliau, bukan semua jampi mantera diharamkan. Ada yang boleh diamalkan jika tiada dalam jampi itu perkataan yang syirik. “Nabi menyuruh ‘Ammarah membaca jampi yang ada padanya untuk rawatan bisa tersebut. Selepas mendengarnya, Nabi membenarkan ‘Ammarah membacanya untuk tujuan pengubatan. Lalu beliau melakukannya dan pesakit itu sembuh dengan izin Allah SWT”

RAWATAN DI PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' CAW JASIN DIBUKA SEPERTI BIASA

Assalamualaikum.

Kepada anda yang budiman,Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Cawangan Jasin dibuka seperti biasa setiap Isnin dan Khamis malam bermula selepas solat Maghrib. Anda yang memerlukan rawatan sila berkunjung ke Pusat rawatan tersebut.
harap maklum.

Anak Ustaz Harun Din kena tahan?

Macam2 cara dorang nak menipu zaman sekarang. Pula tu menipu menggunakan nama tokoh2 terkenal. Buatnya ada orang terpedaya dan tahu benda neh merupakan satu penipuan tak pasal2 merosakkan nama baik tokoh tersebut. Apa pun tak boleh la dorang neh. Menyusahkan orang je. Pui.



Auta seorang lelaki yang menyamar anak kepada pengamal perubatan Islam terkenal, Datuk Dr Haron Din dan kononnya dia mahir dalam ilmu perubatan Islam terbongkar apabila dia dicekup polis, malam kelmarin. 

Lelaki berusia 28 tahun itu yang aktif memperdaya golongan kaya sekitar bandar raya ini dan Klang sejak tahun lalu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira jam 9.30 malam kelmarin. Dia ditahan di rumah seorang mangsanya di Seksyen 13, di sini, selepas mangsa terbabit berpakat dengan polis. 
Polis menahan lelaki itu berikutan waran tangkap dikeluarkan ke atasnya oleh Mahkamah Majistret Klang kerana gagal hadir perbicaraan bersabit kes penipuan seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang dianggarkan berjumlah lebih RM300,000. 
Sebelum penahanan suspek, mangsa yang mahu dikenali sebagai Tina, 46, menunggu kedatangan lelaki itu yang mahu menjual batu azimat dinamakan ‘batu petir’.-BH-

Kepada mereka2 yang pernah tertipu dengan lelaki di atas mohon tampil bagi membantu siasatan polis. Semakin banyak kes penipuan yang melibatkan dia terbongkar semakin lama la dia kat dalam tue. 

Dalam masa yang sama jika ada sesiapa yang dah terpedaya dengan lelaki tersebut atas nama "anak ustaz haron din" moga2 ini dapat memberikan pencerahan kepada korang. Bukan apa.. takut2 dorang termaki ustaz haron din pula. Padahal takde kaitan pun.

18 November 2012

MERAWAT BERSAMA DARUSSYIFA' PUSAT DI BEMBAN MELAKA

Perawat-perawat Darussyifa' Jasin,anda dijemput  ke majlis bacaan Yasin dan zikir di Bemban malam ini (18.11.2012) bersama denga perawat-perawat Darussyifa' Pusat - Bangi.
Sila berhimpun distesen minyak Petronas Bemban jam 6.15 petang.

Harap ambil perhatian.

12 November 2012

AWAL MUHARRAM

UNTUK MAKLUMAN SEMUA..
Pusat Rawatan Darussyifa Jasin akan ditutup sehari pada hari Khamis,15/11/2012.Sempena sambutan Awal Muharram.Selamat Menyambut Tahun baru Hijrah 1434.Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas.

25 Oktober 2012

SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR



Team Darusyifa' Jasin mengucapkan selamat kembali ke tanah air kepada Tuan Haji Nordin yang telah melakukan lawatan dan ziarah ke Baitul Maqdis Palestin. Beliau telah kembali ke tanah air dengan selamat pada 23 Oktober lepas. Semoga beliau diberikan kekuatan untuk terus membantu Darussyifa' Jasin.

PUSAT RAWATAN DARUSSYIFA' JASIN DITUTUP SEHARI PADA 25 OKT 2012

Assalamualaikum.

Makluman kepada semua pembaca,Pusat Rawatan Darussyifa' Jasin ditutup sehari pada 25 Okt 2012 sempena sambutan Iduladha. Pusat Rawatan tersebut akan dibuka semula pada hari Isnin ini bersamaan
29 Okt 2012.

Harap Maklum. Terima Kasih

21 Oktober 2012

Bagaimana untuk mengatasi dan membuang bahan-bahan yang disyaki bahan sihir yang ditabur?



Soalan
Di pejabat saya, acap kali berlaku kecoh bila didapati benda-benda pelik ditaburkan di pintu pejabat bos kami, seperti kemenyan, beras kunyit, kain warna warni, telur, daging mentah dan bangkai burung gagak hitam bersepah sehingga ke dalam bilik bos saya. Apakah maksud kerja-kerja sebegini dan bagaimana untuk mengatasinya pada pandangan Dato'?

Tuan Guru Menjawab
Sering berlaku berbagai benda pelik diletakkan di hadapan rumah, kedai, warung, tempat-tempat makan, di pejabat dan sebagainya.
Orang Melayu mempunyai kefahaman menebal adanya kerja halus dilakukan, untuk menyampaikan maksud jahat, tidak puashati dengan seorang ketua ataupun seorang teman sepekerjaan, lalu berfikir untuk menukarkan mereka ke tempat lain atau dengan tujuan tertentu.
Perkara yang disebutkan saudari, memang ada imbas-imbas pekerjaan sihir, tetapi apakah setiap kali kita berjumpa perkara tersebut, hendak dikaitkan dengan sihir, atau mungkin ia suatu perang psikologi?
Mungkin ia bertujuan menakutkan seseorang, atau membuatkan orang yang 'dibuat' itu menarik diri dari jawatannya. Mungkin ianya kerja nakal, gurauan atau perbuatan suka-suka tanpa ada mainan sihir.
Jika diandaikan ia amalan sihir, saya rasa ianya tersasar. Sihir itu ialah perbuatan tersembunyi dan tidak dapat dilihat. Kebiasaannya kerja sihir dilakukan di tempat gelap dan bahan sihir biasanya disembunyikan.
Bahan sihir ditanam atau dimasukkan dalam konkrit, disangkutkan di atas bumbung atau di siling rumah dengan tujuan tiada orang yang dapat melihat.
Ia dilakukan dengan jampi mentera, berhubung dengan makluk halus sebagai perantara untuk menyampaikan maksud jahat mereka. Sihir merupakan suatu perbuatan yang tidak diketahui, tersembunyi dan ianya tiba-tiba berlaku di alam nyata.
Benda yang dapat dilihat dengan mata sebegitu, tentulah bukan sihir. Ianya perbuatan nakal untuk memerangi psikologi orang yang berkenaan.
Saya nasihatkan, janganlah dihebohkan perkara sebegini kerana ia bukan sihir.
Kita perlu mengatasinya dengan menyebarkan ajaran Islam yang sebenar, bahawa kerja-kerja berinsusiasi dengan amalan sihir adalah suatu dosa besar, padah besar yang mengundang kecelakaan dunia sampai kepada akhirat.
Keduanya, mengajak manusia bertanggungjawab atas amalan mereka. Sekiranya amalan jahat dilakukan, hari ini mungkin untuk orang lain, tetapi hal yang sama mungkin akan dilakukan ke atas dirinya pula. Maka kerja seburuk ini hendaklah dihentikan serta merta.
Ketiga, atasilah masalah yang berlaku dalam kehidupan kita secara gentleman dengan tidak membabitkan kerja-kerja yang membawa kepada kekecohan atau buruk sangka sesama rakan sekerja.
Keempat, jadilah panduan, Islam itu sebagai suatu pegangan. Perkara yang melanggar hukum Islam dijauhi, khasnya perkara syirik yang merupakan perkara fitnah dalam masyarakat.
Kelima, fitnah memfitnah mengundang padah. Buruk sangka sama-sama di pejabat mengundang kecelaruan dan menjauhkan kita daripada ketenangan.
Maka oleh kerana itu, kita hendaklah melakukan amalan-amalan yang mendekatkan diri kita dengan Allah SWT supaya dihindarkan kita daripada kecelakaan sihir dan sebagainya. Wallahua'lam.
Amalan selama 40 hari ditolak jika percaya benda ghaib