MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

25 Ogos 2012

MERAWAT PENYAKIT DENGAN DOA



Lazimnya, manusia akan lebih mengingati Allah s.w.t. ketika berada dalam keadaan menderita, kesusahan dan kegagalan setelah melakukan pelbagai ikhtiar. Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan doa sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara 
manusia telah sesat dengan mengharapkan doa selain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri.

Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat, orang yang di­anggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya.

Kepercayaan kepada kuasa-kuasa ke­saktian melalui amalan-arnalan ilmu kebatinan, termasuk kepercayaan terhadap dukun atau bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan menerusi mimpi ataupun melalui amalan cara menurun dan sebagainya. llmu-ilmu seperti ini se­benamya bukan berasal daripada ilmu Islam.

Malah segelintir daripada kita mempunyai pemahaman bahawa perla­kuan seperti ini atau berharap kepada Allah me­lalui doa sering dikaitkan dengan golongan manusia yang berada dalam situasi terdesak atau itulah jalan terakhir mereka.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI DARUSSYIFA'


Adalah dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Darussyifa' Pusat akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 27-Ogos-2012 (Isnin)
Masa : 6:00 Petang
Tempat: Darussyifa' Bandar Baru Bangi
Semua ahli Darussyifa' dijemput hadir 

SAKA DAN NYANYOK

Nyanyok adalah sesauatu yang berkaitan dengan gangguan ingatan,perubahan tingkahlaku dan intelek.Biasanya dikaitkan dengan mereka yang telah lanjut umur.Sakit ini boleh berlaku akibat :

1. Kecederaan bahagian kepala akibat kemalangan yang tidak semestinya baru berlaku,jangkitan pada otak,barah atau pendarahan otak.

2. Sawan juga kecederaan atau penyakit saluran darah.

3. Daah tinggi  yang menyebabkan saluran darah dalam otak tersumbat menyebabkan tisu-tisu otak yang akhirnya menyebabkankesejahteraan otak terjejas.

4. Kencing manis yang merosakkan urat saraf otak

5. Akibat keracunan termasuk tabiat minum minuman keras

6. Kerosakan jantung.hati atau buah pinngang.

Apa yang sering diberitahu oleh waris pesakit apabila  menerima rawatan daripada perawat Darussyifa' bahawa ibu bapa,nenek atau datuk mereka ada 'saka' kerana setiap hari asyik bercakap yang bukan-bukan atau seolah-olah sedang bercakap dengan sesaorang. Entah mana mereka tahu bahawa nenek atau datuk mereka ada saka,mereka sendiri pun hanya agak-agak.Sedangkan ibu ayah atau datuk nenek mereka mengalami nyanyok akibat apa yang diterangkan di atas.

Oleh yang demikian adalah lebih baik kita tidak buruk sangka dengan tuduhan yang tidak berasas. Apa yang sebaiknya ialah pesakit tersebut dirawat dan diberi harapan.. Sekiranya ibu ayah kita mengalami masalah demikian,kita sebagai anak atau waris pelihara dan jagailah mereka dengan sebaik mungkin dan jangan sekali-kali menganggap mereka sebagai liabiliti dalam kehidupan kita.

Darussyifa' Cawangan Jasin. 

23 Ogos 2012

MAKLUMAN PEMBUKAAN DARUSSYIFA' JASIN

ASSALAMUALAIKUM

Untuk makluman semua,Darussyifa' Jasin akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin malam Selasa).
Anda yang ingin mendapatkan rawatan sila hadir ke Pusat Rawatan kami bertempat di Taman Maju Jasin (Belakang Klinik Zanawati) dari Jam 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap Isnin dan Khamis.

07 Ogos 2012

KAEDAH BEDAH CARA BATIN HARAM

Perbuatan dengan bantuan jin boleh pesong akidah

ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.

Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga. - Surah Al-Isra’, Ayat 82
Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.

Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim) 

Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan. 
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

31 Julai 2012

TOLONG MENOLONG

Merawat di rumah sebuah keluarga Tiong Hua di Johor Baharu.

Selepas Rawatan

Perawat D'Syifa Jasin bersama keluarga pesakit

20 Julai 2012

DOA SELAMAT SEMPENA MENYAMBUT RAMADHAN

Sebahagian perawat yang hadir
Pengerusi menyampaikan ucapan

Khusyuk mendengar ucapan

Membasahkan tekak

09 Julai 2012

Kelebihan Membaca dan Menghayati Al-Quran


Al-Quran adalah kalam ALLAH. Padanya ada suruhan, larangan, iktibar dan pedoman buat manusia secara umumnya, dan buat mukminin khususnya. Membaca dan menghayati al-Quran tentunya menatijahkan kebaikan yang teramat banyak buat sesiapa yang melaziminya. Berikut adalah beberapa hadith dari Nabi sallAllahu `alaihi wasallam mengenai kelebihan membaca dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran:

1) Al-Quran akan memberikan pertolongan pada Hari Kiamat.

Dari Abu Umamah radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Bacalah olehmu semua akan al-Quran itu, sebab al-Quran itu akan datang pada Hari Kiamat sebagai sesuatu yang dapat memberikan syafa`at (pertolongan) kepada orang-orang yang memilikinya (mengamalkannya).” 
(HR Muslim)
Dari an-Nawwas bin Sam`an radhiAllahu `anhu katanya: ”Saya mendengar Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Al-Quran itu akan didatangkan pada Hari Kiamat nanti, demikian pula ahli-ahli al-Quran iaitu orang-orang yang mengamalkan al-Quran itu di dunia, didahului oleh surah al-Baqarah dan surah ali-Imran. Kedua surat ini menjadi hujah untuk keselamatan orang yang mempunyainya (membaca, memikirkan dan mengamalkan).”(Riwayat Muslim)