MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

25 Ogos 2012

MERAWAT PENYAKIT DENGAN DOA



Lazimnya, manusia akan lebih mengingati Allah s.w.t. ketika berada dalam keadaan menderita, kesusahan dan kegagalan setelah melakukan pelbagai ikhtiar. Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan doa sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara 
manusia telah sesat dengan mengharapkan doa selain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri.

Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat, orang yang di­anggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya.

Kepercayaan kepada kuasa-kuasa ke­saktian melalui amalan-arnalan ilmu kebatinan, termasuk kepercayaan terhadap dukun atau bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan menerusi mimpi ataupun melalui amalan cara menurun dan sebagainya. llmu-ilmu seperti ini se­benamya bukan berasal daripada ilmu Islam.

Malah segelintir daripada kita mempunyai pemahaman bahawa perla­kuan seperti ini atau berharap kepada Allah me­lalui doa sering dikaitkan dengan golongan manusia yang berada dalam situasi terdesak atau itulah jalan terakhir mereka.


Tambah mengecewa­kan, mereka yang berdoa ini sering dianggap sebagai orang yang lemah, hilang punca dan malas berikh­tiar. Yang pasti, berdoa bu­kanlah sekadar hanya me­nyampaikan permohonan dan keinginan yang ter­kandung di dalam hati ke hadrat llahi, tetapi berdoa itu merupakan perintah Allah, juga suatu ibadah rohaniah.

Doa ialah suatu me­dium yang menghubung­kan antara manusia de­ngan Tuhannya dan me­rupakan cara kita berko­munikasi dengan Allah s.w.t. Oleh itu, tidaklah Iayak kita menghadapkan doa kepada selain dari­pada Allah.

Pandangan negatif di atas, secara tidak langsung menyebabkan amalan yang berkaitan dengan doa dipinggirkan, apatah lagi sekiranya menjadikan doa itu sebagai satu kae­dah rawatan.

Sikap sedemikian wujud akibat tidak ada penghayatan tentang falsafah doa. Selain itu, ramai berang­gapan bacaan doa hanya dilakukan pada majlis-ma­jIis tertentu seperti perkahwinan, kematian, menyambut hari kelahiran dan sebagainya. Padahal, amalan berdoa tidak mengi­ra masa, di mana dan oleh si­apa. Malah ia sewajarnya dilakukan oleh semua yang beragama Islam kerana doa adalah ibadah yang diberi ganjaran andainya kita melakukannya. Allah s.w.t. tidak menjadikan jin dan ma­nusia kecuali untuk beri­badat. Rawatan pesakit yang menggunakan doa-doa bukanlah merupakan sesuatu yang direka-reka, janggal atau bidaah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan