Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
12 November 2011
BENARKAH RASULULLAH TIDAK PERNAH MENGUBAT ORANG YANG SAKIT?
Anda bertanya, Tuan Guru Menjawab
Saya mendengar seorang penceramah mengulas sebuah hadis bahawa Rasulullah s.a.w., pernah dibawa kepadanya seorang pesakit meminta diubati. Rasulullah tidak mengubatinya, sebaliknya pesakit itu dirujuk kepada pengubat lain.
Kata penceramah itu Rasulullah tidak mengubatkan pesakit. Oleh itu bagaimana kita hendak kaitkan ilmu perubatan Islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran sedangkan Nabi tidak melakukannya? Mohon dijelaskan kesahihan hadis tersebut.
AHMAD NIZAM YAAKUB
Jawapan
Hadis yang dirujukkan penceramah tersebut adalah betul. Ia adalah hadis sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim yang didapati dalam banyak kitab seperti Sahih Muslim dan Zaadul Ma’ad oleh Ibnul Qayyim dalam juzuk kelima.
Hadis sepenuhnya bermaksud begini:
Disebut lbnu Syihab az-Zukhri katanya; seorang lelaki telah dipatuk ular berbisa lalu dibawa kepada Rasulullah s.a.w., sengatan ular ini amat serius, lelaki itu berada di dalam sangat kritikal. Lalu Nabi bertanya kepada sahabat, apakah ada orang yang mahir mengubati bisa ular. Sahabat memberitahunya, ada, iaitu Aalu Hazmin, mereka terkenal dengan ilmu pengubatan ini. Nabi bertanya siapakah nama pengubat yang terbaik itu, lalu mereka menjawab ‘Ammarah Ibnu Hazmin. Pesakit ini dibawa berjumpa dengan ‘Ammarah, tetapi beliau enggan mengubatkannya. Lalu pesakit ini dibawa berjumpa Rasulullah s.a.w. semula.
Nabi bertanya ‘Ammarah mengapa beliau enggan merawat. Jawabnya, saya telah memeluk agama Islam dan saya Mendengar Rasulullah s.a.w. melarang jampi mantera untuk rawatan. Lalu Rasulullah s.a.w. berkata kepada beliau, bukan semua jampi mantera diharamkan. Ada yang boleh diamalkan jika tiada dalam jampi itu perkataan yang syirik. “Nabi menyuruh ‘Ammarah membaca jampi yang ada padanya untuk rawatan bisa tersebut. Selepas mendengarnya, Nabi membenarkan ‘Ammarah membacanya untuk tujuan pengubatan. Lalu beliau melakukannya dan pesakit itu sembuh dengan izin Allah SWT”
Permasalahan yang saudara bangkitkan, dengan ulasan penceramah tersebut, sememangnya boleh mencelarukan orang yang mendengarnya. Malah boleh memecah belahkan orang yang kurang ilmu pengetahuannya tentang hadis.
Orang yang banyak membaca dan memahami ilmu syariat, khususnya menguasai hadis-hadis Nabi yang banyak boleh memahami hadis ini. Kebiasaannya orang yang mahir dengan hukum, tidak mudah untuk membuat kesimpulan semata-mata dengan hanya menjumpai satu hadis sahih sahaja. Tidak wajar, daripada satu hadis sahaja penceramah sudah membuat kesimpulan dan menyalahkan orang lain, kononnya Nabi tidak pernah mengubatkan pesakit.
Hadis-hadis sahih tentang pengubatan, saya dapati amat banyak. Memudahkan untuk kita memahami hadis-hadis ini, saya membuat kesimpulan bahawa hadis-hadis sahih tersebut, dikumpulkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Diletakkan dalam satu bab khusus yang dipanggil ‘Babuttadawi’ (Bab Mengubat Penyakit). Saya menyimpulkan semua hadis-hadis sahih tentang bab pengubatan penyakit ini dalam sekurang-kurangnya enam keadaan yang berlainan tetapi mempunyai signifikan yang sendiri.
Senario Pertama
Pesakit datang berjumpa Rasulullah s.a.w. meminta dirawat dan Nabi sendiri merawat mereka dengan bacaan ayat al-Quran ataupun daripada hadis baginda sendiri. Ia terdapat misalnya dalam hadis dari Uthman Ibnul ‘Ass dan Aisyah binti Abu Bakr yang menyebut bahawa Rasulullah s.a.w. mengubati keluarganya yang sakit. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Demikian juga Anas bin Malik menceritakan bahawa Tsabit al-Banani datang kepada baginda mengadu sakit, lalu Nabi merawatnya. Dalam satu hadis lain yang diriwayatkan oleh Anas, iaitu datang seorang pesakit kepadanya lalu Anas berkata, mahukah kamu, aku jampi ke atas kamu sebagaimana jampi Rasulullah s.a.w. ke atas ku. Jawabnya mengapa tidak. Lalu Anas menjampi nya dengan jampi Rasulullah. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari.
Senario Kedua
Nabi mengajar sahabat menjampi pesakit untuk mereka menjadi pengubat. Hal ini sabit dengan hadis dari Aisyah, Uthman Ibnul ‘Ass dan Anas bin Malik, bahawa Nabi mengajar bacaan untuk mengubat penyakit..
Senario Ketiga
Nabi sendiri yang sakit, tetapi baginda tidak mengubati dirinya. Sebaliknya diubati oleh Jibril a.s. Hal ini boleh dilihat dari hadis, Abu Sa’id al-Khudri katanya: “Jibril mendatangi Rasulullah s.a.w. lalu berkata, wahai Muhammad apakah anda mengadu kesakitan? Jawab baginda, ya. Lalu Jibril menjampikan baginda.” (Hadis Sahih Muslim).
Ini menunjukkan, bahawa pasti ada perawat kepada yang sakit. Pesakit perlu dirujuk kepada perawat atau pakar lain dalam bidang-bidang tertentu.
Senario Keempat
Nabi s.a.w. sakit dan baginda merawat dirinya sendiri. Aisyah rha. menceritakan bahawa Rasulullah s.a.w. mengadu kesakitan, baginda mengubati dirinya sendiri dengan membaca ayat-ayat al-Quran. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Senario Kelima
Pesakit yang mahir ataupun pakar, boleh diubati oleh orang yang kurang pakar. Hal ini berlaku, ada ketikanya Jibril yang merawat ketika Rasulullah sakit dan dalam hadis sahih seperti peristiwa menjelang kewafatan baginda, baginda meminta Aisyah rha. merawatnya.
Pada mulanya Aisyah enggan merawat Nabi kerana mengenangkan siapalah dirinya jika hendak dibandingkan dengan Rasulullah. Oleh kerana Rasulullah sendiri yang meminta Aisyah membacanya, lalu Aisyah membaca ayat-ayat al-Quran dengan memegang tangan Rasulullah sambil mengharapkan keberkatan yang lebih dari tangan Nabi yang suci itu.
Dalam senario ini juga, Nabi meminta Aisyah membawa sebekas air untuk didoakan, setelah didoakan, lalu Nabi mencelupkan tangannya di dalam air itu, lalu Nabi menyapukannya di muka dan di badan baginda.
Senario Keenam
Nabi tidak mengubat pesakit (sedangkan baginda boleh berbuat demikian). Senario ini sama sebagaimana yang disebutkan dalam soalan tadi. Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengajar kita apabila ada pesakit yang serius (seperti dipatuk ular dalam hadis tadi), maka diarahkan supaya dirujuk kepada pakar segera.
Sememangnya Nabi s.a.w. pakar dalam segalanya, tetapi baginda memberi peluang untuk dirujukkan hal-hal tertentu kepada sahabat-sahabat yang lain.
Oleh itu maka hadis yang saudara persoalkan, hanyalah salah satu episod daripada cara pengubatan Rasulullah s.a.w.
Wallah hu ‘alam

08 November 2011
TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT ZIARAH UST ISMAIL KAMUS
Bila ulama bertemu ulama,kemesraan dan kezuhudan dipaparkan membuatkan kami yang kerdil ini terasa kekurangan dan jauh daripada sifat tersebut.
Ya ALLAH Ya Tuhanku,panjangkanlah umur mereka,berilah kesihatan kepada mereka agar dapat meneruskan usaha menyampaikan risalah Mu.
04 November 2011
UCAPAN IDULADHA TEAM DARUSSYIFA JASIN
Assalamualaikum
Allahu Akhbar,Allahu Akhbar,Allahu Akhbar.
Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat,ahli keluarga,para tabien serta seluruh mukmimin dan mukminat. Alhamdulillah, Allah taala anugerahkan kesihatan dan umur yang panjang dapat kita berjumpa lagi di hari yang mulia ini.
Team Darussyifa Jasin ingin mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Iduladha atau Hari Raya Qurban kepada seluruh umat Islam khususnya kepada Al Fadhil Tuan Guru Dato Haron Din selaku penaung Darussyifa Pusat serta ahli keluarga,tidak lupa juga kepada saf pimpinan Darussyifa pusat yang diterajui oleh Al Fadhil Tuan Haji Abdul Rahman serta jawatankuasanya juga kepada pimpinan Darussyifa Melaka yang dipimpin oleh Ustaz Faisol Sheikh Mohamad serta ahli-ahli Team Darussyifa Jasin.
Hari besar yang kita sambut saban tahun ini demi memperingati peristiwa qurban Nabi Ibrahim dan anaknya yang menjadi hari kebesaran seluruh umat Islam.Oleh yang demikian sempena dengan sambutan Hari Raya Qurban ini maka marilah kita mempersiapkan diri mengorbankan masa,tenaga,wang ringgit hatta nyawa kita demi mempertahankan agama suci yang kita anuti ini
Team Darussyifa Jasin juga mengambil kesempatan merakamkan ucapan salam dan mohon berbanyak kemaafan kepada semua perawat dan juga pesakit yang pernah kami rawat. Sesungguhnya sakit dan sihat adalah anugerah Allah,Dia yang memberi sakit dan Dia juga yang menyembuhkan,kita hanya berikhtiar untuk merawat dan mencari kesembuhan.Apa yang penting kta haruslah bannyak besabar dengan memperbanyakkan amal ibadat seperti berzikir,membaca Al Quran,mendirikan solat-solat wajib dan sunat serta menginfakkan kekuatan kita melalui masa,tenaga,wang ringgit ke arah yang diredai oleh Allah Taala.
Kepada rakan-rakan team Darussyifa Jasin antaranya yang pulang ke kampung halaman seperti di Terengganu,Pahang,Selangor,Batu Pahat dan di mana jua anda berada,mudah-mudah Allah Taala mempermudahkan setiap urusan. Amin Ya Rabbalalamin.
Selamat berkorban dan Selamat Menyambut Hari Raya Qurban.

02 November 2011
Kenapa Mesti Wanita Menutup Aurat?
Sekiranya anda berjumpa dengan perawat Darussyifa walau di mana sekalipun anda dapatkan rawatan,berpakaianlah dengan menutup aurat sebaiknya .Sebab apa dan kenapa ? anda pasti tahu sendiri !

1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya (Islam)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang berhati jahat. “karena itu mereka tidak di ganggu”.
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau non-muslim. “supaya mereka lebih mudah untuk dikenal” Sebagai seorang wanita muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung. Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya orang yang bukan muslim.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan baik berbanding kulit lelaki.

PERINGATAN UNTUK PERAWAT TEAM JASIN
Blog Darussyifa Team Jasin tidak akan menyiarkan lagi gambar-gambar pesakit walau pun gambar yang disiarkan itu diambil dari sisi yang tidak kelihatan muka atau anggota badan. Blog ini akan menyiarkan gambar-gambar perawat atau gambar aktiviti perawat yang tidak berkaitan dengan pesakit. Arahan dari pusat ini akan dipatuhi untuk mengelakkan salah faham serta menjaga nama baik pesakit dan juga Darussyifa sendiri.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.
Segala kesulitan amat dikesali.
Terima kasih.
31 Oktober 2011
MAKLUMAN
Pada Cuti Iduladha nanti iaitu pada Sabtu,Ahad dan Isnin kebanyakan perawat team Darussyifa Jasin tidak ada dalam Kawasan Jasin. Antaranya Ust Zul ke Terengganum,Ust Yusle ke Selangor,Ust Ibrahim ke Batu Pahat dan beberapa orang perawat yang tiada dalam kawasan.
Sekiranya anda memerlukan rawatan silalah berhubung dengan perawat berkenaan supaya tarikh rawatan dapat disusun.
Sekian harap maklum.

28 Oktober 2011
PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN, KADANG-KADANG HATI TERASA !
Tok Man menulis.
Perubatan Islam Darussyifa yang diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah melebar ke seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Serawak hatta Singapura dan Brunei. Bila sebut Darussyifa' 10 orang yang ditanya, lapan daripadanya mengetahui tentang Darussyifa'
Team Darussyifa' Jasin merupakan ahli-ahli Darussyifa Melaka terdiri daripada sebilangan ahli yang tinggal di Kawasan Jasin. Team ini bergitu aktif merawat di kawasan Jasin dan kerap juga dipanggil merawat dan memagar bangunan di luar kawasan Jasin seperti selatan Semenanjung seperti Batu Pahat,Gugusan Palong,Seremban,Muar sehingga Johor Bahru,Singapura dan juga Bintulu Serawak. Hampir setiap malam team ini memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa rasa penat dan jemu. Malah kami merasa gembira dan teruja memberikan bantuan dan beranggapan sekiranya penyakit atau gangguan yang dihidapi oleh pesakit terkena pada diri sendiri,anak isteri atau keluarga,alangkah berat untuk ditanggung.
Dalam era masyarakat moden yang kronik hari ini penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus sangat kerap berlaku tidak kira masyarakat kampung ataupun bandar. Khidmat perawat-perawat Darussyifa di seluruh Malaysia memang sangat diperlukan. Team Darussyifa Jasin pernah dipanggil untuk merawat Jeti pelantar petronas,bangunan kilang elektronik,sekolah,bangunan kerajaan ,swasta dan juga bangunan kediaman. Perawat Darussyifa keseluruhannya memberikan bantuan rawatan tanpa apa-apa agenda tersembunyi. Kesembuhan penyakit adalah kesyukuran yang tidak terhingga kami kepada Allah Taala.
Dalam pada itu ada juga masyarakat yang mengambil kesempatan di atas perkhidmatan yang diberikan oleh perawat Darussyifa'. Kadang-kadang kami datang dari jauh dengan kos perjalanan termasuk minyak dan tol dengan 4 atau 5 orang perawat tidak diberi apa-apa sagu hati. Bukan sagu hati itu yang kami kejarkan tapi ambillah kira duit minyak dan duit tol kalau pun tidak dikira penat lelah team ini. Kalau nak korbankan wang saku sendiri pun maklumlah !!
Kadang-kadang anda bayangkan dengan kata sinis dan sindiran yang dihamburkan kalau dalam keadaan tidak sedarkan diri kami tak kesah kerana itu perkara biasa tapi bila dalam keadaan sedar dan sembuh,memang perkataan dan ayat tersebut tidak boleh kami terima. Bayangkan dalam keadaan jam 10.30 malam,sahabat-sahabat dalam Team Jasin panggil untuk merawat,kami tetap meluangkan masa dan terpaksa balik jam 1.00 pagi...tiba-tiba ayat yang kurang menyenangkan keluar dari mulut mereka. Kadang-kadang kami tidak kesah tapi kadang-kadang juga hati kami agak terguris.
Itu adalah sebahagian daripada asam garam merawat,mudah-mudah usaha yang sedikit ini Allah Taala beri ganjaran pahala dan ditempat kami dari kalangan orang-orang yang beramal soleh. , Kepada Tuan Guru kami sentiasa mendoakan kesembuhannya dan diberi kekuatan untuk terus menaburkan khidmat bakti. Kepada rakan-rakan Darussyifa Team Jasin,banyak-banyaklah bersabar,tambahkan ilmu dan juga diberi kekuatan untuk terus merawat dan merawat. Kepada Wak Berahim,Ust Joe,Ust CD,Wak Seli,Ust Nurin, ingatlah sekiranya kita tolong agama Allah,Allah akan membentu kita.
Ketika Tok Man menulis ini, rakan-rakan Team Darussyifa Jasin merawat di Muar Johor. Semoga selamat dalam perjalanan.Amin.
10 SOLAT YANG TIDAK DITERIMA ALLAH
Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang MEMELIHARA solat, maka solat itu sebagai CAHAYA baginya, PETUNJUK dan JALAN SELAMAT dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim)
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
~► 1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
~► 2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
~► 3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
~► 4. Orang lelaki yang melarikan diri.
~► 5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
~► 6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
~► 7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
~► 8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
~► 9. Orang-orang yang suka makan riba’.
~► 10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang SOLATNYA itu TIDAK dapat menahannya dari melakukan PERBUATAN KEJI dan MUNGKAR, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan KEMURKAAN Allah S.W.T dan JAUH dari Allah.”

Langgan:
Catatan (Atom)