MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

28 Oktober 2011

PERAWAT TEAM DARUSSYIFA JASIN, KADANG-KADANG HATI TERASA !

Tok Man menulis.
Perubatan Islam Darussyifa yang diasaskan oleh Yang Berbahagia Tuan Guru Dato Dr Haron Din telah melebar ke seluruh semenanjung termasuk Sabah dan Serawak hatta Singapura dan Brunei. Bila sebut Darussyifa' 10 orang yang ditanya, lapan daripadanya mengetahui tentang Darussyifa'

Team Darussyifa' Jasin merupakan  ahli-ahli Darussyifa Melaka terdiri daripada sebilangan ahli yang tinggal di Kawasan Jasin. Team ini bergitu aktif merawat di kawasan Jasin dan kerap juga dipanggil merawat dan memagar bangunan di luar kawasan Jasin seperti selatan Semenanjung  seperti Batu Pahat,Gugusan Palong,Seremban,Muar sehingga Johor Bahru,Singapura dan juga  Bintulu Serawak. Hampir setiap malam team ini memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa rasa penat dan jemu. Malah kami merasa gembira dan teruja memberikan bantuan dan beranggapan sekiranya penyakit atau gangguan yang dihidapi oleh pesakit terkena pada diri sendiri,anak isteri atau keluarga,alangkah berat untuk ditanggung.

Dalam era masyarakat moden yang kronik hari  ini penyakit yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus sangat kerap berlaku  tidak kira masyarakat kampung ataupun bandar. Khidmat perawat-perawat Darussyifa di seluruh Malaysia memang sangat diperlukan. Team Darussyifa Jasin pernah dipanggil untuk merawat Jeti pelantar petronas,bangunan kilang elektronik,sekolah,bangunan kerajaan ,swasta dan juga bangunan kediaman. Perawat Darussyifa keseluruhannya memberikan bantuan rawatan tanpa apa-apa agenda tersembunyi. Kesembuhan penyakit adalah kesyukuran yang tidak terhingga kami kepada Allah Taala.

Dalam pada itu ada juga masyarakat yang mengambil kesempatan di atas perkhidmatan yang diberikan oleh perawat Darussyifa'. Kadang-kadang kami datang dari jauh dengan kos perjalanan termasuk minyak dan tol dengan 4 atau 5 orang perawat tidak diberi apa-apa sagu hati. Bukan sagu hati itu yang kami kejarkan tapi ambillah kira duit minyak dan duit tol  kalau pun tidak dikira penat lelah team ini. Kalau nak korbankan wang saku sendiri pun maklumlah !!

Kadang-kadang anda bayangkan  dengan kata sinis dan sindiran yang dihamburkan kalau dalam keadaan tidak sedarkan diri kami tak kesah kerana itu perkara biasa tapi bila dalam keadaan sedar dan sembuh,memang perkataan dan ayat tersebut tidak boleh kami terima. Bayangkan dalam keadaan jam 10.30 malam,sahabat-sahabat dalam Team Jasin panggil untuk merawat,kami tetap meluangkan masa dan terpaksa balik jam 1.00 pagi...tiba-tiba ayat yang kurang menyenangkan keluar dari mulut mereka. Kadang-kadang kami tidak kesah tapi kadang-kadang juga hati kami  agak terguris.

Itu adalah sebahagian daripada asam garam merawat,mudah-mudah usaha yang sedikit ini Allah Taala beri ganjaran pahala dan ditempat kami dari kalangan orang-orang yang beramal soleh. , Kepada Tuan Guru kami sentiasa mendoakan kesembuhannya dan diberi kekuatan untuk terus menaburkan khidmat bakti. Kepada rakan-rakan Darussyifa Team Jasin,banyak-banyaklah bersabar,tambahkan ilmu dan juga diberi kekuatan untuk terus merawat dan merawat. Kepada Wak Berahim,Ust Joe,Ust CD,Wak Seli,Ust Nurin, ingatlah sekiranya kita tolong agama Allah,Allah akan membentu kita.

Ketika Tok Man menulis ini, rakan-rakan Team Darussyifa Jasin merawat di Muar Johor. Semoga selamat dalam perjalanan.Amin.

1 ulasan:

  1. Allahurabbi..

    Sabar, insya Allah. Allah lebih mengetahui..Ingat lagi kata Tn Guru Dr masa taklimat pelajar baru, bersabar la apabila di uji.

    Saya doakan agar team darussyifa' jasin sentiasa di berkati Allah.

    Rindu betul nak pergi kelaas kat Melaka.

    BalasPadam