MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

31 Mac 2013


7 Amalan Sunnah Wajib Rasulullah SAW Seharian...
Assalamualaikum semua!~

Adakah anda tahu apakah amalan2 yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah SAW di dalam kehidupan Baginda setiap hari? Kepada yang tahu, baguslah... Kepada yang tidak tahu, meh saya kongsi...

1. Solat Sunat Tahajjud

Berapa ramai yang pernah melakukan solat sunat tahajjud? Dan berapa ramai yang istiqamah dalam melakukannya? Saya pasti ramai yang agak liat untuk melakukan solat sunat tahajjud kerana waktu pelaksanaannya yang bermula pada tengah malam... Tetapi itu tidak patut dijadikan alasan kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya... Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak pernah meniggalkan solat sunat tahajjud walaupun banyak perkara dan 'tugasan' yang perlu dilaksanakan pada keesokan harinya...

2. Membaca Al-Quran

Bilakah kali terakhir kita semua menyentuh dan membaca Al-Quran? Semalam? Kelmarin? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Sudah ber-tahun2? Jika jawapan kita adalah selain daripada semalam, maka kita semua di dalam situasi yang amat parah dan kritikal... Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan bacaan Al-Quran walaupun sehari kerana banyak faedah yang kita akan dapat dengan membaca Al-Quran... Bacalah dan sampaikanlah walau sepotong ayat...

3. Berjemaah di masjid

Dalam sehari, ada 5 waktu solat yang wajib kita lakukan... Dan di dalam ke-lima2 waktu tersebut, waktu solat yang mana yang akan kita lakukan secara berjemaah di masjid? Se-baik2nya, jejakkanlah kaki anda ke masjid untuk solat berjemaah walau untuk satu waktu... Selain memperoleh pahala sebanyak 27 kali ganda daripda sembahyang bersendirian, kita juga dapat memakmurkan masjid...

4. Menjaga Solat Sunat Dhuha

Solat sunat Dhuha yang sinonim sebagai solat sunat yang membuka pintu rezeki... Rugi kalau kita melepaskan peluang untuk melakukan solat sunat Dhuha... Bagi yang bekerja, cuba curi2 masa untuk melakukannya kerana ia tidak mengambil masa yang lama untuk dilakukan... Moga2 dengan melaksanakannya rezeki akan datang men-curah2 kepada kita...

29 Mac 2013


Tahukah anda umur Ambia’?

Umur Nabi Adam 930 tahun.
Umur Nabi Nuh 1000 tahun.
Umur Nabi Ibrahim 195 tahun.
Umur Nabi Ismail 137 tahun.
Umur Nabi Ishak 137 tahun.
Umur Nabi Yaakob 144 tahun.
Umur Nabi Yusof 110 tahun.
Umur Nabi Musa 123 tahun.
Umur Nabi Daud 70 tahun.
Umur Nabi Sulaiman 180 tahun.
Umur Nabi Zakaria 300 tahun.
Umur Nabi Yahya 95 tahun.
Umur Nabi Syuib 254 tahun.
Umur Nabi Soleh 180 tahun.
Umur Nabi Hud 165 tahun.
Umur Nabi Isa semasa sebelum diangkat ke langit 33 tahun.
Umur Nabi Muhammad s.a.w 63 tahun.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:” Umur umatku antara 60 hingga 70 tahun .”





Sesiapa yang akhir ucapannya ...

 [image-52.gif]
Tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah

... dia akan dapat masuk syurga. Al-Hadis.


28 Mac 2013



SabdaNabi s.a.w yang bermaksud:

Apabila seorang lelaki mengunjungi saudara muslimnya, maka seolah-olah diaberjalan di jalan syurga sehingga dia duduk. Apabila dia sudah duduk maka rahmat Allah mengelilinginya. Jika diaberkunjun padawaktu pagi, maka tujuh puluh ribu malaika takan mendoakannya hingga petang dan begitulah sebaliknya.





[image-49.gif]

Tidak mengapa, semoga penyakit ini membersihkan dosamu, insyaAllah.

[image-49-2.gif]
Aku memohon kepada Allah Yang MahaAgung, TuhanArasy yang agung, supaya menyembuhkan engkau.

"Tiada seorang muslim yang menziarahi orang sakit yang belum sampai ajalnya, kemudian membacadoa ini tujuh kali nescaya disembuhkan penyakitny itu." At-Tarmizi& Abu Daud.



27 Mac 2013



[image-30.gif]

Maksudnya:
Akumemohonperlindungandengankalimah-kalimah Allah yang sempurnadaripadakemurkaanNyadanazabNya, daripadakejahatanhambaNyadandaripadahasutansyaitan-syaitandandaripadasyaitanmendekatiku.






Pintu-pintu kemasukan jin dan syaitan

Terdapat empat pintu utama yang ditunggu-tunggu oleh jin dan syaitan untuk merasuki manusia. Empat pintu itu ialah:

1.      Ketika terlalu marah
2.      Ketika terlalu gembira/ seronok/ leka
3.      Ketika terlalu dukacita
4.      Ketika  terlalu nafsu syahwat
Selain itu, syaitan mudah menghasut manusia apabila ia dalam keadaan kenyang, terlalu sayangkan harta dunia, melakukan sesuatu dalam keadaan tergesa-gesa, terdetik di dalam hati perasaan hasad dengki dan lain-lain lagi.

Sebenarnya banyak lagi pintu masuknya syaitan jika dikaji secara terperinci. Untuk itu, adalah lebih baik untuk sentiasa membentengi diri dengan dzikrullah (mengingati Allah) setiap masa. 

26 Mac 2013

Larangan dan Suruhan bagi Memelihara Diri Daripada Kejahatan Syaitan

1. Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama-kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda, ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan-kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya." (Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang baik).

2. Menyebut nama Allah apabila masuk ke rumah dan apabila makan

Imam Muslim meriwayatkan di dalam Sahihnya, sebuah hadith dari Jabir bin Abdullah RA, beliau pernah mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda, maksudnya:

"Apabila seorang lelaki memasuki rumahnya, lalu dia menyebut nama Allah ketika masuk dan ketika makan, syaitan akan berkata kepada teman-temannya, 'Tidak ada tempat penginapan dan makan malam untuk kalian.' Jika dia memasuki rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan akan berkata (kepada saudara-saudaranya), 'Kalian boleh ikut menginap di dalamnya malam ini.' Dan ketika makan, dia tidak menyebut nama Allah, syaitan berkata, 'Kalian boleh ikut menyantap makan malam.'"

3. Membaca doa perlindungan apabila masuk ke tandas

Terdapat hadith daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata, apabila Nabi Muhammad SAW memasuki tandas, baginda mengucapkan:

"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari jin kafir (syaitan) betina dan syaitan jantan." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

4. Berwuduk sebelum tidur

Disebutkan sebuah hadith, bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Bara` bin Azib RA, maksudnya:

"Apabila kamu hendak mendatangi tempat tidurmu, berwuduklah sebagaimana kamu berwuduk untuk melakukan solat." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

5. Membaca Ayat Kursi sebelum tidur

Dalam satu hadith yang panjang, diringkaskan di sini, bahawa Abu Hurairah RA menceritakan beliau telah didatangi seorang pencuri yang mencuri hasil kutipan zakat yang dijaganya sebanyak tiga kali, sedangkan telah dua kali diberi amaran dan dia telah berjanji tidak akan datang mencuri hasil kutipan zakat itu lagi.

Untuk kali ke tiganya, dia berkata "Lepaskanlah saya, saya akan mengajarkan beberapa kalimat semoga Allah memberikan manfaat untukmu dengan kalimat ini." Beliau pun bertanya tentang doa itu. Dia berkata, "Jika kamu berbaring di perbaringan, bacalah ayat kursi, kerana dengan begitu, Allah akan sentiasa menjagamu dan syaitan tidak akan mendekatimu hingga pagi harinya."

Maka beliau pun melepaskannya sekali lagi. Pagi esoknya, Rasulullah SAW bertanyakan akan hal tahanannya lagi, lalu Abu Hurairah RA menceritakannya. Lalu baginda bersabda, "Mahkluk itu telah berkata benar kepadamu, sedangkan ia adalah si pendusta. Wahai Abu Hurairah, tahukah kamu siapa yang kamu ajak bicara sejak tiga hari yang lalu itu?" Beliau menjawab, "Tidak". Baginda bersabda, "Ia adalah syaitan." (Hadith Riwayat Bukhari dengan ta'liq)


25 Mac 2013


JENIS-JENIS AIR UNTUK RAWATAN

Bahan asas utama untuk semua jenis rawatan ialah air. Berikut ialah senarai jenis air mengikut turutan yang paling baik;
1. Air Zam-zam (yang paling baik)
2. Air jernih biasa yang telah dibacakan Surah Yaasin oleh 40 orang atau lebih.
3. Air dari kolah di Masjid yang digunakan untuk wuduk
4. Air hujan malam Jumaat yang ditadah terus dari langit
5. Air Mineral semulajadi
6. Lain-lain air mutlak yang jernih serta suci


Iblis Dengan Ahli Neraka

DALAM sebuah hadith diterangkan bahawa apabila penghuni neraka sudah sampai di neraka, maka di situ disediakan sebuah mimbar dari api, dipakaikan pakaian dari api, bermahkota dari api dan diikat iblis itu dengan tali dari api.

Kemudian dikatakan kepada Iblis laknat: “Wahai Iblis, naiklah kamu ke atas mimbar dan bersyarahlah kamu kepada penghuni neraka.”

Setelah Iblis menerima arahan maka dia pun naik ke atas mimbar dan berkata: “Wahai para penghuni neraka.” Semua orang yang berada dalam neraka mendengar akan ucapannya dan memandang mereka kepada ketua mereka iaitu Iblis.
Kata Iblis: “Wahai orang-orang yang kafir dan orang-orang munafiq, sesungguhnya Allah SWT telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar bahawa kamu semua itu mati dan akan dihalau dan akan dihisab dan akan menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”

Berkata Iblis lagi: “Kamu semua menyangka bahawa kamu semua tidak akan meninggalkan dunia bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan di atasmu melainkan aku hanya mengganggu kamu semua. akhirnya kamu semua mengikuti aku, maka dosanya adalah untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah dari kamu sendiri, kerana sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku yang mengumpat.”

Berkata Iblis lagi: “Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah SWT sedangkan dia Allah yang menciptakan segala sesuatu?”

Akhirnya Iblis berkata: “Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari seksa Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari keharibaan Tuhan seru sekalian Alam.”

Setelah mereka (ahli neraka) mendengar kata-kata Iblis itu maka mereka melaknati Iblis itu. Setelah itu Iblis dipukul oleh Malaikat Zabaniah dengan tombak dari api dan jatuhlah dia ke tempat yang paling bawah, dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang yang menjadi pengikutnya dalam neraka.