Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
09 Februari 2013
NOSTALGIA PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN
Rabu 28 Mac 9.40 malam - Kali kedua Team Darussyifa Jasin merawat seorang pesakit di depan Matrikulasi Tangkak. Seperti biasa kami sama-sama membaca Yasin dan zikir seterusnya memagar rumah. Kali ini pesakit tersebut muntah mengeluarkan lebih 60 batang jarum peniti,9 batang paku dan juga klip kertas serta kerongsang .. Anda bayangkan bagaimana pesakit tersebut kesakitan apabila dibacakan ayat-ayat tertentu dan ditepuk belakangnya sehingga mengelupur dan mengeluarkan jarum peniti dan paku !!
Inilah antara pengalaman-pengalaman mengerikan semasa merawat. Ya Allah,lindungilah kami,keluarga kami,rakan-rakan perawat kami dari gangguan makhluk halus samada daripada jin,syaitan.iblis mahupun manusia..Semoga pesakit tersebut sembuh dan perawat-perawat Darussyifa keseluruhannya diberi kekuatan dan kesihatan.
Perawat yang terlibat ialah Wak Berahim,Ust Joe,Ust Awang,Wak Seli, Tok Man serta Ust CD.
MAJLIS JAMUAN KESYUKURAN
MEMANCING DI PARIT PERUPOK MUAR JOHOR
Tok Man dan keluarga memancing di Parit Perupok Muar. 6 Ekor siakap seberat 1 kilo lebih seekor..wow lumayan. Kali ini Tok Man tidak bersama Cik Li,UCD dan Ust Joe...mereka semua tidak berkesempatan. "Lain kalilah !"
Tips Dan Panduan Khusyuk Solat
.
3. KETIKA MENUNAIKAN SOLAT
.
i) Meneliti Dan Memahami Bacaan Solat
Meneliti bacaan-bacaan
dalam solat, sama ada bacaan itu terdiri dari ayat-ayat al-Qur’an atau selain
dari ayat-ayat al-Quran (tasbih dan takbir dan doa). Jika boleh, fahami
makna bacaan-bacaan tersebut. Perkara ini amat penting untuk menghadirkan hati
dalam solat. Hati mestilah ikut mengetahui segala apa yang kita baca.
Membaca dengan baik (Khusnul
Qori’ah), berusaha untuk memahami dan mengerti bacaan dalam solat
termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan, terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan
maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam
solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang
yang melaksanakannya.
.
ii) Merendahkan Diri
Salurkan rasa rendah hati
dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud serta dipanjangkan tempoh masa
rukuk dan sujud.
Rasulullah ShallAllahu
‘alaihi wasallam bersabda: “Seseorang hamba paling
dekat dengan Tuhannya sewaktu ia bersujud.” (Hadis
riwayat Muslim)
06 Februari 2013
Tips Dan Panduan Khusyuk Solat
.
2. KETIKA HENDAK MENUNAIKAN
SOLAT
.
i) Azan dan iqamah
Kumandangkan Azan dan
iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan solat bersendirian ataupun
sekurang-kurangnya iqamat sahaja.
.
ii) Lakukan Solat Secara Berjemaah
Berusahalah melakukan solat
secara berjemaah kerana iaadalah suatu tuntutan dan syi‘ar agama Islam. Selain
pahala solat berjemaah itu melebihi solat seorang diri dengan dua puluh tujuh
darjat, ada ulama mengatakan, pada kebiasaannya orang yang solat berjemaah itu
akan memperolehi kekhusyukan ketika bersolat dan terselamat daripada perkara
yang lagha dan boleh melalaikannya.
.
iii) Menghadirkan
Hati.
Maksudnya ialah sebelum
mendirikan solat kosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu
ataupun yang tidak ada sangkut-paut dengan ibadat solat yang dikerjakan.
Abu Darda’ RadhiAllahu
‘anhu berkata: “Antara tanda kefahaman seseorang ialah dia memulai memenuhi
keperluannya terlebih dahulu sebelum dia masuk menunaikan solat supaya dia
masuk ke dalam solat dalam keadaan hatinya kosong dari perkara yang lain.”
.
iii) Mengingatkan
Mati
Agar pemikiran tidak liar,
sebelum solat ingatkan diri bahawa kematian seolah-olah amat hampir dengan kita
dan solat tersebut kemungkinan merupakan solat yang terakhir sekali dalam hidup
kita dan perlulah dijadikan yang terbaik.
Diriwayatkan daripada Hatim
al-Asham RadhiAllahu ‘anhu bahawa ditanyakan kepadanya tentang solatnya, beliau
beliau menjawab: “Apabila tiba waktu solat aku menyempurnakan
wudhuk dan aku mendatangi tempat di mana di situ aku hendak mendirikan solat.
Lalu aku duduk pada tempat itu sehingga berkumpullah seluruh anggota tubuhku.
Kemudian aku berdiri menunaikan solatku dan aku jadikan Ka‘bah di antara dua
keningku, titian ash-shirath di bawah tapak kakiku, syurga di sebelah kananku,
neraka di sebelah kiriku, malaikat maut di belakangku, aku menyangka solat ini
adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku berdiri di antara mengharap dan
takut, aku bertakbir dengan penuh keyakinan, aku membaca dengan bacaan yang
betul, aku ruku‘ dengan merendahkan diri, aku sujud dengan khusyu‘, aku duduk
atas punggung kiri dan aku bentangkan belakang tapak kaki kiri, aku tegakkan
tapak kaki kanan atas ibu jari kaki dan aku ikutkan keikhlasan hati. Kemudian
aku tidak tahu sama ada solatku diterima atau tidak?”
.
iv) Membaca Zikir
Sebelum mengangkat takbir
elok membaca mana-mana zikir yang boleh menjauhkan diri daripada syaitan.
Umpamanya seperti membaca:
a.) Surah an-Nas
b.) Ta‘awudz
c.) Tahlil:
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ
“Tidak ada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah.”
d.) Zikir:
امنا با الله و برسوله
“Kami beriman dengan Allah dan rasul-rasulNya.”
.
v) Berusaha Melawan Gangguan Syaitan
Antara tipu daya syaitan
ialah memesongkan atau memalingkan perhatian semasa solat. Caranya ialah dengan
memalingkan hati kita dari meneliti dan memahami apa yang sedang kita
baca. Dari situ kita akan hilang renungan untuk hari akhirat dan
keikhlasan ibadat yang dilakukan. Adakalanya sehingga seorang itu boleh menjadi
ragu dan was-was tentang bilangan rakaat yang telah ditunaikannya, adakah sudah
cukup atau masih lagi kurang.
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Sesungguhnya salah seorang daripada kamu apabila berdiri menunaikan
solat syaitan akan mendatanginya, lalu syaitan menimbulkan kesamaran ke atas
orang itu sehingga dia tidak tahu berapa rakaat sudah ditunaikannya.”
(Hadits riwayat Muslim)
05 Februari 2013
Tips Dan Panduan Khusyuk Solat
Perkara-perkara berikut
perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap mukmin bagi mengekalkan solat
yang khusyuk:
.
1. SEBELUM MENDIRIKAN SOLAT:
.
i) Menjaga makanan,
minuman dan pemakaian.
Khusyuk itu berkaitan
dengan kerja hati. Oleh itu, hati perlu dipelihara kesuciannya dengan
menjauhkannya daripada benda-benda yang haram atau tidak halal. Oleh itu,
pastikan apa yang kita makan, minum, pakai, tempat tinggal dan lain-lain
hendaklah datang dari punca dan sumber yang halal tanpa syubhah.
Sabda Rasulullah
ShallAllahu ‘alaihi wasallam: “Ketahuilah! Bahawa di
dalam badan ada seketul daging; apabila ia baik baiklah badan seluruhnya dan
apabila ia rosak rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah ya dikatakan hati.” (Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
ii) Membersihkan diri dan bersugi.
Diriwayatkan daripada Abu
Hurairah RadhiAllahu ‘anhu bahawa Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam
bersabda: “Jika tidak mendatangkan kesusahan ke atas umatku atau ke atas
manusia nescaya aku menyuruh mereka bersiwak pada setiap kali hendak solat.”(Hadits
riwayat al-Bukhari dan Muslim)
.
iii) Wudhuk yang
sempurna
Mengambil wudhuk dengan
sempurna supaya air mengenai semua anggota wajib serta mengingati
niat. Sebab kesempurnaan solat juga terletak kepada kesempurnaan wudhuk.
Diriwayatkan daripada Abu
Rauh al-Kula‘ie daripada seorang laki-laki bahawa beliau pernah
mendirikan solat Subuh bersama Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wasallam dan
Baginda membaca surah ar-Ruum. Pada salah satu ayatnya, bacaan Baginda
terganggu. Lalu apabila selesai solat Baginda bersabda:
“Sesungguhnya
bacaan kami terganggu disebabkan terdapat beberapa orang di antara kamu yang
solat bersama kami tidak menyempurnakan wudhuk mereka. Oleh itu, siapa yang
mendirikan solat bersama kami, maka sempurnakanlah wudhuknya.” (Hadits
riwayat Ahmad dan an-Nasa’ie)
Di samping itu sebahagian
kelebihan wudhuk itu dapat menjauhkan seseorang daripada gangguan syaitan.
Saidina ‘Umar RadhiAllahu ‘anhu berkata: “Sesungguhnya wudhuk yang
baik itu mengusir syaitan daripada engkau.”
JIN, IFRIT, SYAITAN DAN IBLIS
Jin, Ifrit, Syaitan dan Iblis adalah merupakan sebahagian daripada
golongan Jin, cuma tugas dan fungsi mereka sahaja yang berbeza. Jin sebagaimana
yang telah diterangkan di atas ialah sejenis mahkluk Allah yang tersembunyi dan
tidak kelihatan oleh manusia. Pengetahuan mereka lebih luas dan sangat panjang
usianya.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Manakala Ifrit pula adalah daripada golongan Jin yang sangat kuat dan bijak menipu serta sangat busuk hati terhadap manusia. Golongan ini tersangat sombong lagi amat durhaka kepada Allah.
Iblis dan Syaitan juga terdiri daripada golongan Jin dan mereka
merupakan golongan Jin yang sangat sombong lagi durhaka, pengacau dan menjadi
musuh utama manusia dan mendapat kutukan Allah sehingga ke hari kiamat.
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud :
" Iblis menjawab : Sebab engkau telah menghukum saya dengan
tersesat, saya akan menghalang halangi mereka dari jalan Mu yang lurus.
Kemudian saya akan mendatangani mereka dari depan dan dari belakang mereka,
dari kanan dan kiri mereka. Engkau tak akan mendapati kebanyakan dari mereka
bersyukur ( taat )."
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Sesetengah ulama berpendapat bahawa Azazil itu bukanlah moyang Jin, sebenarnya beliau merupakan satu Jin yang paling abid dan alim di kalangan Jin yang di angkat menjadi ketua ahli-ahli ibadat kepada Jin dan Malaikat. Dia menjadi angkuh dan takbur di atas keilmuan, ketakwaan dan banyak beribadat serta asal usul kejadiannya berbanding dengan manusia ( Adam ). Maka dengan sifat beliau yang sombong itu Allah telah melaknatnya menjadi kafir dengan nama Iblis.
Bermula dari saat itulah Iblis melancarkan gerakan permusuhan
dengan manusia sehingga ke hari kiamat.
Allah telah menjelaskan bahawa terdapat tiga jenis permusuhan
dilakukan oleh Jin ke atas manusia iaitu :-
Melalui Kejahatan ( As-Suu’ ) : iaitu berkenan dan gemar kepada
dosa-dosa dan maksiat hati dan segala anggota tubuh badan.
Kekejian ( Al-Fahsyaa’ ) : iaitu kejahatan yang lebih buruk dan
jahat lagi. Kekejian ini adalah sebahagian daripada perkara yang
membawa kepada kedurhakaan dan maksiat kepada Allah.
Melalui pembohongan dan menipu Allah melalui perbuatan, perkataan
dan nawaitu.
KERAJAAN JIN
Jin juga mempunyai pemimpin dan kerajaannya yang tersendiri.
Antara Raja Jin alam bawah yang kafir ialah seperti Mazhab, Marrah, Ahmar,
Burkhan, Syamhurash, Zubai’ah dan Maimon. Empat raja Jin Ifrit ( Jin yang
paling jahat ) yang mempunyai kerajaan yang besar yang menjadi menteri kepada
Nabi Allah Sulaiman a.s ialah Thamrith, Munaliq, Hadlabaajin dan Shughal.
Manakala Raja Jin Alam atas yang Islam pula ialah Rukiyaail,
Jibriyaail, Samsamaail, Mikiyaail, Sarifiyaail, ‘Ainyaail dan Kasfiyaail. Raja
Jin yang mengusai kesemua Jin tersebut bernama THOTHAMGHI YAM YA LI.. Manakala
Malaikat yang mengawal kesemua Jin-Jin di atas bernama Maithotorun yang
bergelar QUTBUL JALALAH.
ANAK-ANAK IBLIS JUGA MEMPUNYAI KERAJAAN YANG
BESAR ANTARANYA :
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
1. Thubar Merasuk manusia yang di timpa musibah dan bala.
2. Daasim Merasuk
manusia untuk menceraikan ikatan silatulrahim, rumah tangga,
keluarga, sahabat handai, jemaah dan sebagainya.
3. Al-‘Awar
Merasuk manusia supaya meruntuhkan akhlak, berzina, minum arak, liwat, berjudi
dan sebagainya
4. Zalanbuur Merasuk manusia
dengan api permusuhan dan pembunuhan.04 Februari 2013
GELARAN-GELARAN JIN DALAM ISTILAH ORANG-ORANG
MELAYU
Jin menurut orang-orang Melayu mempunyai beberapa nama dan gelaran
menurut perwatakkan dan rupa bentuk penjelmaan mereka. Kebanyakan nama Jin-Jin
itu dimulai dengan hantu. Hantu-hantu tersebut sebenarnya adalah terdiri
daripada golongan Jin, cuma di kalangan orang Melayu, menganggap hantu itu
adalah makhluk yang berbeza daripada Jin.
ANTARA JIN-JIN YANG POPULAR DI KALANGAN
ORANG-ORANG MELAYU IALAH:
Hantu Raya, Hantu Pontianak, Hantu Polong, Hantu Toyol, Hantu
Langsuir, Hantu Penanggal, Hantu Pelesit, Hantu Air, Hantu Bukit, Hantu Kubur,
Hantu Pari, Hantu Punjut, Hantu Jerangkung, Hantu Laut, Hantu Bawah Tangga,
Hantu Galah, Jin Tanah, Hantu Kum-Kum, Hantu Bungkus, Hantu Pocong, Hantu mati
di bunuh, Hantu Bidai, Hantu pari-pari, Hantu Kopek ( Tetek ), Harimau Jadian,
Jembalang Tanah, Hantu Tengelong.
KUMPULAN-KUMPULAN JIN
Jin juga seperti manusia yang inginkan keturunan dan hidup
berpuak-puak. Puak dan kumpulan Jin terlalu banyak dan bercakap dalam
berbagai-bagai loghat dan bahasa. Ada sesetengah ulama membahagikan Jin kepada
beberapa kumpulan, antaranya kumpulan yang menunggu kubur, kumpulan yang
menunggu gua, kumpulan yang menunggu mayat manusia, kumpulan yang menunggu
hutan rimba, kumpulan yang menunggu bukit bukau, kumpulan yang menunggu air
mata air, kumpulan yang menunggu tasik, kolam, teluk, kuala, pulau dan
sebagainya.
Langgan:
Catatan (Atom)