MAKLUMAN

INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASIN

Infakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.

Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaun
Bank Islam 04-033-02-027914-3

09 September 2012

10 September 2012 - Rawatan kumpulan 2


Sahabat-sahabat Kumpulan 1 harap laksanakan tugas pada Isnin ini- Sila datang awal

Kumpulan 1
 (Sep 10,13,27) (Okt 4,18,29) (Nov 1,15,29)(DIS 3,13,24)
Ust kamalruzaman(K) Hj Shamsudin Ali, Ust Zainurin,Hj Nordin,Ust Nazri Zainal,Ust Rahmat Minhat,Ust Raihan ,ust Faizul Fakri)

30 Ogos 2012

KENAPA JIN SUKA MASUK KE DALAM BADAN MANUSIA


Jin sebenarnya suka memikat manusia, terutama wanita yang suka bersolek dan gemar berpakaian mendedah aurat,” katanya ketika membentangkan kertas kerja berkaitan peranan jin di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin tidak akan datang mengacau seseorang itu melainkan ia sudah terpikat.

“Bila sudah berkenan, jin akan berusaha memasuki tubuh orang yang dia suka dan terus bersarang di dalamnya,?tambahnya.

Lazimnya, kata beliau, jin memilih manusia yang lemah semangat dan tidak mempunyai pendinding diri untuk dipikat.

“Manusia yang sudah lupa Allah dan menjauhi Al Quran tidak lagi mempunyai pendinding diri dan sebab itu mudah dipengaruhi jin,” tambahnya.Menurut Ustaz Dasuki lagi, jin menyusup masuk ke dalam tubuh manusia dengan berbagai cara, antaranya diminta manusia sendiri sama ada sedar atau tidak. Lebih malang lagi, katanya, manusia sendiri menggunakan khidmat jin sebagai khadamnya untuk melakukan pengkhianatan kepada orang lain.

Ustaz Dasuki menyatakan 18 sebab jin merasuk manusia, iaitu:

1. Apabila manusia meringankan solat dan tidak mentaati perintah Allah.
2. Terdapat alat muzik atau alat melalaikan didalam rumah
3. Meninggikan suara dalam bilik air
4. Menangis dan merintih sebelum tidur
5. Membuang air panas ke dalam bilik air
6. Melompat tinggi tanpa membaca Bismillah
7. Memasuki tempat gelap yang ditinggalkan
8. Perasaan terlalu takut dan terlampau gembira, seperti ketawa berlebihan
9. Selalu bertengkar suami isteri
10. Terlampau marah
11. Mengikut hawa nafsu
12. Terdapat gambar lukisan manusia dan anjing di dalam rumah
13. Terdapat lambang salib pada lantai, sejadah atau langsir
14. Menghadiri majlis yang melekakan tanpa menyebut kalimah Allah
15. Perempuan suka bersolek
16. Berlaku sihir perjanjian di antara jin dan tukang sihir
17. Jin jatuh cinta pada manusia
18. Suka membaca buku cerita hantu dan buku berunsur sihir.

Beliau juga memberikan beberapa tanda manusia dirasuk jin, antaranya sukar tidur malam, hati berdebar-debar terutama pada waktu senja atau perasaan resah tidak menentu.Mimpi berulang mengenai perkara yang menakutkan seperti melihat anjing hitam, kucing, ular, manusia pelik, dibawa ke kubur atau diusung ke tempat mengerikan juga dikaitkan dengan gangguan jin.Selesema berpanjangan juga dikaitkan dengan gangguan makhluk halus selain malas berzikir dan solat, katanya.Selain itu, manusia dirasuk jin merasa sakit pada sesetengah anggotanya tapi sukar dikesan oleh doktor.

26 Ogos 2012

KESAH IBLIS BERJUMPA DENGAN NABI


Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Anshar, tiba - tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah:"Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku. "Rasulullah bersabda : "Tahukah kalian siapa yang memanggil?"Kami menjawab : "Allah dan rasulNya yang lebih tahu."Beliau melanjutkan, "Itu iblis, laknat Allah bersamanya.

Umar bin Khattab berkata: "Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah"

Nabi menahannya :" Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik."

Ibnu Abbas RA berkata: Pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi..

Iblis berkata: "Salam untukmu Muhammad.... Salam untukmu para hadirin..."

Rasulullah SAW lalu menjawab : "Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu? "

Iblis menjawab : "Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa."

"Siapa yang memaksamu? "

"Seorang malaikat utusan Allah mendatangiku dan berkata:

25 Ogos 2012

MERAWAT PENYAKIT DENGAN DOA



Lazimnya, manusia akan lebih mengingati Allah s.w.t. ketika berada dalam keadaan menderita, kesusahan dan kegagalan setelah melakukan pelbagai ikhtiar. Akan tetapi sebahagian manusia telah lupa tentang kedudukan doa sebagai otak ibadah. Oleh itu tidak hairanlah ramai di antara 
manusia telah sesat dengan mengharapkan doa selain daripada Allah bagi keperluan hajat yang di luar kemampuan mereka sendiri.

Mereka memohon dengan melakukan pemujaan kepada tempat-tempat yang dianggap keramat, orang yang di­anggap sebagai wali serta mempunyai kelebihan dan sebagainya.

Kepercayaan kepada kuasa-kuasa ke­saktian melalui amalan-arnalan ilmu kebatinan, termasuk kepercayaan terhadap dukun atau bomoh yang mendakwa mendapat ilmu kedukunan menerusi mimpi ataupun melalui amalan cara menurun dan sebagainya. llmu-ilmu seperti ini se­benamya bukan berasal daripada ilmu Islam.

Malah segelintir daripada kita mempunyai pemahaman bahawa perla­kuan seperti ini atau berharap kepada Allah me­lalui doa sering dikaitkan dengan golongan manusia yang berada dalam situasi terdesak atau itulah jalan terakhir mereka.

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA EIDUL FITRI DARUSSYIFA'


Adalah dimaklumkan Majlis Sambutan Hari Raya Eidul Fitri Darussyifa' Pusat akan diadakan seperti berikut;

Tarikh: 27-Ogos-2012 (Isnin)
Masa : 6:00 Petang
Tempat: Darussyifa' Bandar Baru Bangi
Semua ahli Darussyifa' dijemput hadir 

SAKA DAN NYANYOK

Nyanyok adalah sesauatu yang berkaitan dengan gangguan ingatan,perubahan tingkahlaku dan intelek.Biasanya dikaitkan dengan mereka yang telah lanjut umur.Sakit ini boleh berlaku akibat :

1. Kecederaan bahagian kepala akibat kemalangan yang tidak semestinya baru berlaku,jangkitan pada otak,barah atau pendarahan otak.

2. Sawan juga kecederaan atau penyakit saluran darah.

3. Daah tinggi  yang menyebabkan saluran darah dalam otak tersumbat menyebabkan tisu-tisu otak yang akhirnya menyebabkankesejahteraan otak terjejas.

4. Kencing manis yang merosakkan urat saraf otak

5. Akibat keracunan termasuk tabiat minum minuman keras

6. Kerosakan jantung.hati atau buah pinngang.

Apa yang sering diberitahu oleh waris pesakit apabila  menerima rawatan daripada perawat Darussyifa' bahawa ibu bapa,nenek atau datuk mereka ada 'saka' kerana setiap hari asyik bercakap yang bukan-bukan atau seolah-olah sedang bercakap dengan sesaorang. Entah mana mereka tahu bahawa nenek atau datuk mereka ada saka,mereka sendiri pun hanya agak-agak.Sedangkan ibu ayah atau datuk nenek mereka mengalami nyanyok akibat apa yang diterangkan di atas.

Oleh yang demikian adalah lebih baik kita tidak buruk sangka dengan tuduhan yang tidak berasas. Apa yang sebaiknya ialah pesakit tersebut dirawat dan diberi harapan.. Sekiranya ibu ayah kita mengalami masalah demikian,kita sebagai anak atau waris pelihara dan jagailah mereka dengan sebaik mungkin dan jangan sekali-kali menganggap mereka sebagai liabiliti dalam kehidupan kita.

Darussyifa' Cawangan Jasin. 

23 Ogos 2012

MAKLUMAN PEMBUKAAN DARUSSYIFA' JASIN

ASSALAMUALAIKUM

Untuk makluman semua,Darussyifa' Jasin akan dibuka semula pada 27 Ogos 2012 (Isnin malam Selasa).
Anda yang ingin mendapatkan rawatan sila hadir ke Pusat Rawatan kami bertempat di Taman Maju Jasin (Belakang Klinik Zanawati) dari Jam 7.30 malam hingga 10.30 malam setiap Isnin dan Khamis.

07 Ogos 2012

KAEDAH BEDAH CARA BATIN HARAM

Perbuatan dengan bantuan jin boleh pesong akidah

ISLAM mementingkan kebaikan dan kesihatan. Di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis berkaitan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit.

Malah ada enam kali sebutan syifa’ atau kesembuhan dalam al-Quran antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga.” (Surah Al-Isra’, ayat 82)

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari al-Quran, ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat kepadanya; dan al-Quran tidak menambah kepada orang yang zalim melainkan kerugian juga. - Surah Al-Isra’, Ayat 82
Amalan perubatan menggunakan doa atau bacaan ayat al-Quran adalah satu daripada cabang rawatan diakui syarak sebagai amalan mulia. Ia dipanggil ruqyah ataupun jampi bersesuaian syarak. Malah ia diamalkan pada zaman Rasulullah dan salafussoleh.

Daripada Auf bin Malik katanya: “Kami pandai menjampi pada zaman jahiliah, maka kami bertanya Nabi SAW, Ya Rasulullah SAW apakah pandangan anda mengenai jampi? Lalu Baginda SAW meminta mereka memperdengarkan jampi digunakan sejak zaman jahiliah itu. Baginda SAW menyatakan harus dilakukan, selagi tidak menyebabkan syirik.” (Hadis riwayat Muslim) 

Kalangan masyarakat menamakan rawatan secara ruqyah saja dianggap perubatan Islam. Manakala rawatan secara saintifik di hospital adalah perubatan moden semata-mata. Hakikatnya perubatan moden sebahagian daripada perubatan Islam.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah sendiri dalam kitabnya Tibb al-Nabawi dan Zaad al-Ma’ad menceritakan bagaimana Nabi SAW merawat menggunakan kaedah berbekam, penggunaan biji habbatussauda, madu dan bermacam lagi makanan kesihatan. 
Namun, sejak akhir-akhir ini ada kaedah rawatan mula menjadi tumpuan masyarakat iaitu pembedahan batin. Selepas meneliti unsur terdapat dalam pembedahan batin diamalkan sesetengah perawat maka beberapa nas hukum perlu diperjelaskan agar tidak memberi kecelaruan kepada masyarakat dalam menilai benar atau salah.

31 Julai 2012

TOLONG MENOLONG

Merawat di rumah sebuah keluarga Tiong Hua di Johor Baharu.

Selepas Rawatan

Perawat D'Syifa Jasin bersama keluarga pesakit