Darussyifa Jasin beroperasi setiapa hari Isnin dan Khamis dari jam 7.00 malam hingga 10.30 malam beroperasi di belakang bangunan klinik Zanawati Taman Maju Jasin. Anda yang punya masalah atau kemuskilan sila hubungi petugas yang berkenaan.
Kami sedia membantu anda yang menghidap penyakit fizikal juga gangguan makhluk halus. Waktu rawatan: pukul 8.30_10.30 malam.Setiap Isnin (malam Selasa ) & Khamis ( malam Jumaat )
MAKLUMAN
INFAK/ WAKAF BANGUNAN DARUSSYIFA' JASINInfakkan sebahagian daripada harta anda untuk diwakafkan kepada pembelian bangunan Darussyifa' Jasin sebanyak 3000 kaki persegi dengan harga RM50.00 sekaki persegi.Hubungi bendahari Ustaz Azrul di talian 0104252580 atau akaunBank Islam 04-033-02-027914-3
14 Jun 2012
Mohonlah kepada Allah
Dua hari lepas perawat Darussyifa' Jasin telah merawat seorang pesakit dari Puterajaya. Dalam keadaan badan yang sihat dan kelat sedikit riak muka maka ianya telah dirawat. Seperti biasa perawat bertanya apa masalah yang dihadapi,beliau berkata buang air berdarah,tak boleh buang air kecil dan sakit dibahagian punggung dan perut. Menurut isterinya suaminya telah menahan sakit berguling-guling sejak dari pagi lagi.
Semasa dibacakan dengan tangan di atas kepala,pesakit telah mula meronta-ronta dan terus berdengus serta minta tolong untuk keluar dari badan. Sedikit tekanan yang diberikan menyebabkan pesakit menjerit dan apa bila ditanya ada berapa ekor jin yang ada dalam badan,ia berkata ada 3 ekor..Pertama ada di punggung sehingga pesakit berak berdarah,kedua berada di pangkal peha sehingga pesakit tidak boleh kencing dan ketiga berada di perut menyebabkan pesakit rasa sakit yang amat sangat.
Setelah berjanji untuk keluar maka pesakit pun sedar dan sembuh seperti sedia kala.
Pembaca yang budiman,kita tidak tahu bagaimana makhluk halus boleh masuk ke dalam badan. Apa yang perlu kita lakukan ialah banyakkan solat,zikir,bacaan AlQuran serta buat pendinding seperti yang diajarkan.di samping itu hindarilah dari perbuatan maksiat dengan mengerjakan apa yang disuruh dan meninggallkan apa yang dilarang . Insyallah. Allah memerlihara kita semua.

PELUANG MENAMBAH AMAL JARIAH DI BULAN REJAB
Pusat Rawatan Islam Darussyifa' Jasin telah dibuka sejak 2 bulan yang lepas dan ketika ini mereka yang mendapatkan rawatan di pusat ini semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh kerana bilangan pesakit yang bertambah ramai dan tempat yang disediakan agak panas walaupun disediakan bebeapa buah kipas namun ianya tetap tidak merubah keadaan,maka pihak kami telah memasang 2 set penghawa dingin dengan 2 kuasa kuda setiap satu dengan kos sebanyak RM4500.00.
Oleh kerana keadaan kewangan agak terhad dan kos dibayar secara ansuran,maka pihak kami dengan sukacita membuka peluang kepada orang ramai untuk sama-sama infakkan sebahagian daripada wang untuk menyelesaikan pembayaran penghawa dingin tersebut.Alhamdulillah pesakit dan perawat yang berada di Darussyifa' Jasin merasa selesa dan tidak lagi panas seperti dulu.
Segala urusan sumbangan boleh diserahkan kepada Ustaz Zulkifli bin Ahmad iaitu bendahari Darussyifa Jasin di talian 012-9064614.
Terima kasih atas sumbangan anda,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.

13 Jun 2012
KUMPULAN BERTUGAS KHAMIS (14 JUN 2012)
Kumpulan 1
(Mei 17,31) (Jun 14,26)(Jul 9,12) (Ogs 30) (Sep 10,13,27) (Okt 4,18,29) (Nov 1,15,29)(DIS 3,13,24)
Ust kamalruzaman(K) Hj Shamsudin Ali, Ust Zainurin,Hj Nordin,Ust Nazri Zainal,Ust Rahmat Minhat,Ust Raihan ,ust Faizul Fakri)
Untuk makluman mereka yang ingin mendapatkan rawatan di Pusar Rawatan Islam Darussyifa' Jasin sila hadir paa waktunya iaitu dari jam 7.30 malam hingga 10.30 malam. Pihak kami ada menyediakan air dan juga daun bidara sebagai asas rawatan. Terima kasih.
29 Mei 2012
Album gambar Perawat Darussyifa' Jasin
Pengerusi Darussyifa' Caangan Melaka Ustaz Faisol Sheikh Mohamad (tengah) bersama dengan Ustaz Kamarudin Hj Sedik ( Pengetua Sekolah Menengah Agama Arrahmah Air Molek Melaka) ketika perasmian bangunan Pusat Rawatan Darussyifa' Melak.
ANDA BERTANYA ,TUAN GURU MENJAWAB
Adakah sama Saka dengan Qareen?
Saya banyak mendengar perkataan saka yang dirujuk kepada gangguan makhluk harus atas seseorang yang berpunca daripada keturunan seseorang yang mendampinginya sentiasa meminta berbagai permintaan atau mengenakan berbagai keburukan. Adakah ini sama dengan istilah qareen yang pernah Dato' sentuh dalam jawapan terdahulu. Samakah antara saka dengan qareen? Bagaimana hendak mengatasi hal ini apabila ianya berlaku?
Jawapan
Saka adalah suatu istilah yang biasanya digunakan oleh tukang ubat atau bomoh tradisional yang merujuk kepada suatu fenomena gangguan spiritual yang berlaku ke atas manusia kebanyakannya kaum wanita dan ada juga lelaki, yang mengaitkannnya dengan makhluk yang kononnya diamanahkan menjaga seseorang. Bagi tujuan menjaga tersebut maka berbagai-bagai gangguan spiritual berlaku. Gangguan seperti ini dikenali sebagai gangguan makhluk halus.
Saka dikaitkan dengan kononnya ada makhluk yang berdampingan dengan keturunan bapa, ibu, datuk atau nenek seseorang yang menjaga atau bersahabat dengan makhluk ini dan dipesan kepada makhluk tersebut selepas kematiannya untuk menjaga dan mengawal anak cucu mereka.
SELAMAT BERCUTI PERAWAT DARUSSYIFA' JASIN
Selamat bercuti kepada perawat-perawaat Team Darussyifa' Jasin yang akan ke kampung halaman mereka di seluruh pelusuk tanah air . Ust Yusle Hj Yusof (Pulau Pinang) Ust Saidi Sulaiman ( Kuantan ) Ust Zulkifli Ahmad (Terengganu) Ust Ibrahim Kamsan,Ust Adzli,Ust Kamalruzaman(Kedah) Tn Hj Shamsudin (Kelantan) dan tidak lupa kepada Tuan Haji Nordin Hj Yusof yang kini berada di Vietnam.
Semoga kalian dalam keadaan sihat dan kembali semula ke Jasin dan meruskan usaha murni Tuan Guru Dato Dr Haron Din membantu mereka yang memerlukan pertolongan.
Kepada perawat -perawat yang masih ada di Jasin,anda diminta membantu memenuhi jadual yang ditetapkan,insyallah.

10 JAM TUAN GURU BERTARUNG NYAWA

BANGI: Hati anak mana yang tidak gembira apabila bapa tercinta kembali sihat dan ceria.
Begitulah yang dialami lima pemata hati Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mula sembuh dari pembedahan jantungnya dan selamat tiba ke tanah air 13 Mei lalu.
Dr Haron Din, seorang tokoh agamawan melakukan pembedahan di Stanford Hospital & Clinics, San Francisco, California, Amerika Syarikat (AS) pada 2 April lalu.

Anak keduanya, Hamdi Haron (gambar)yang juga seorang peguam sempat meluangkan masa menceritakan keadaan bapanya kepada Harakah Khamis lalu. Datuk Haron, mendapat rawatan sejak 18 Mac lalu dirawat oleh Pakar Bedah Jantung, Dr Robert C Robbins.Selama berada di sana katanya, mereka sekeluarga termasuk bondanya Datin Khadijah Mohd Salleh tidak berenggang dengan bapanya.
"Alhamdulillah sejak buat pembedahan dan dimasukkan pula ke ICU dan CCU ada perkembangan dan kesihatan beliau makin sihat," katanya yang ditemui di kediaman bapanya di Bandar Baru, Bangi, Selangor.Selama sepuluh jam bertarung nyawa di bilik bedah, katanya bapanya tidak patah semangat dan seolah-olah tidak ada rasa sakit.
Langgan:
Catatan (Atom)